Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (lahir 15 Julai 1964) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Tras, Di peringkat parti beliau ialah Timbalan Setiausaha Agung DAP.
Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli (2018-2020) dan Ahli Parlimen Raub selama sepenggal (2018-2022).
Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, merupakan anak kepada Tengku Puji Tengku Abdul Hamid, Mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat. Tengku Zulpuri merupakan seorang ahli perniagaan dan juga merupakan AJK DAP Pahang,Timbalan Pengerusi DAP Raub dan Ahli Parlimen Raub. Beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Selayang, Selangor pada tahun 2009.[2]
Bekas Timbalan Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji merupakan Ahli Parlimen Raub Pahang selama sepenggal.
Beliau merupakan Naib Pengerusi DAP Pahang merangkap Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Pusat.
Bekas Ahli Majlis Perbandaran Selayang Selangor selama empat tahun pernah menyandang ADUN Mentakab selepas menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Tengku Zulpuri menjadi ahli DAP pada tahun 2000, kemudian dilantik Ahli Jawatankuasa (AJK) DAP Pahang pada 2008.
Sebelum menceburi bidang politik, beliau pernah bekerja dengan sebuah syarikat Jepun di Kawasan Zon Perdagangan Bebas P1 Selangor.
Dalam penglibatan badan bukan berkanun, beliau pernah dilantik Setiausaha Agung Persatuan Kontraktor Elektrikal, Elektronik dan Mekanikal Melayu Malaysia pada 2008 hingga 2009.
Semasa PRU14, Tengku Zulpuri daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 20,659 undian ketika menentang Chew Mei Fun daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 17,500 undi dengan majoriti undi sebanyak 3,159.
Kerjaya:
Jawatan disandang dalam politik:
Penglibatan dalam Badan Bukan Berkanun:
Pendidikan:
Tengku Zulpuri Shah Raja Puji di Facebook
1 • ke-2 • ke-3 • ke-4 • ke-5 • ke-6 • ke-7 • ke-8 • ke-9 • ke-10 • ke-11 • ke-12 • ke-13 • ke-14
Rencana berkenaan biografi ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.