13 Januari - Hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Azilah dan Sirul Azhar selepas membenarkan rayuan pendakwaan.
5 Mac-8 Mac – Kerajaan Iraq melaporkan bahawa bandar-bandar pra-Islam iaitu Hatra dan Nimrud telah dimusnahkan oleh ISIS, yang mendakwa mereka adalah kufur.[1][2][3]
Harun Salim Bachik, bekas pelawak, pelakon, pengarah & pengacara meninggal dunia kira-kira jam 4:30 petang selepas rebah di tandas stesen minyak Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol di Bukit Merah.
21 April Kereta api maglevSiri L0 berjaya memecahkan rekod kelajuan dunia dan menjadi kereta api pertama yang mampu bergerak dalam kelajuan melebihi 600 km/h (375 mph).
4 Julai Ahli sains mengumumkan penemuan Kepler-452b, planet luar suria berpotensi yang pertama berada dalam zon boleh didiami bintang seperti Matahari.
3 OgosSPRM memaklumkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak adalah dana sumbangan penderma dan bukannya disalurkan oleh 1MDB.
3 OgosTaufan Soudelor membadai Taiwan dan merosakkan banyak harta dan mengakibatkan kematian dan kecederaan.
25 Ogos Untuk pertama kalinya dalam sejarah negeri Washington, pihak berwajib meminta penduduk secara sukarela membantu memadamkan kebakaran hutan yang memusnahkan kira-kira 1.6 juta ekar hutan.
14 Julai – Kapal angkasa lepas New Horizons milikan NASA dijangka akan melewati Pluto dan Kharon pada 50,000 kilometer sejam dan menjelajahi kawasan itu selama lima bulan sehingga jaraknya terlalu besar. New Horizons kemudian akan memasuki jalur Kuiper dan akhirnya meninggalkan Sistem Suria.
September
10 September – Ratu Elizabeth II akan mengatasi Ratu Victoria sebagai raja pemerintah yang paling lama dalam sejarah British jika beliau masih memerintah.
Operasi plasma pertama reaktor pelakuran nuklear dijangka akan bermula.
Tarikh sasaran untuk negara-negara OECD meningkatkan aras bantuan sehingga 0.7% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), seperti ditetapkan oleh Perjanjian Paris.
Bandaraya Masdar dijadualkan akan siap. Matlamatnya adalah untuk menjadi bandar raya pertama yang boleh kekal, berkarbon sifar, dan bersisa sifar sepenuhnya.