Siri L0 (Jepun: L0系, Hepburn: Eru-zero-kei, "siri L zero")[1] ialah sejenis kereta api maglev berkelajuan tinggi yang sedang diuji oleh Central Japan Railway Company (JR Central) supaya boleh digunakan untuk landasan Chūō Shinkansen yang sedang dalam pembinaan antara Tokyo dan Osaka di Jepun. Ia menggunakan sistem SCMaglev rekaan orang Jepun. Empat belas kenderaan pra-pengeluaran sedang dibina oleh Mitsubishi Heavy Industries dan Nippon Sharyo, sebuah anak syarikat JR Central.[2]
Sebuah kereta api tujuh gerabak berjaya mencatat rekod kelajuan dunia 603 km/j (375 mph) pada 21 April 2015.[3]
Rujukan
Pautan luar