Koordinat: 13°44′40″N 100°32′26″E / 13.74444°N 100.54056°E / 13.74444; 100.54056
Tragedi Pengeboman Ratchaprasong 2015 merupakan siri serangan bom yang berlaku pada tanggal 17 Ogos 2015 diluar Biara Erawan dekat Ratchaprasong dalam daerah Pathum Wan, Bangkok, Thailand.[2][3] Seramai 23 terbunuh dan 123 orang lagi mengalami kecederaan.[2]
Dua ledakan bom meletus di kaki lima Ratchaprasong berdekatan Pusat Membeli-belah Siam Paragon di Bangkok pada Februari 2015 mengakibatkan 2 orang tercedera. Serangan dipercayai ada kaitan dengan anasir politik.[4][5] Pada bulan April, sebuah kereta telah dibom dekat Ko Samui.[4]
Pada 17 Ogos 2015, kira-kira jam 18:56 ICT (11:56 UTC), sebuah bom telah meledak di persimpangan Ratchaprasong yang sibuk dekat pusat bandar Bangkok berdekatan Biara Erawan.[1][6] Pasukan penyiasat Polis Diraja Thai mengatakan 3 kilogram (6.6 lb) bahan letupan TNT telah digunakan dalam bentuk bom paip, dan diletakk di dalam biara, manakala litar elektronik dikenal pasti sebagai modus operandi kawalan telah dijumpai 30 meter dari kawasan sasaran.[2]
Tiada man-mana pihak yang mengaku akibat serangan ini.[7] Serangan ini dipercayai berkaitan dengan anasir politik, tetapi pihak bertanggungjawab masih belum diketahui.[4]
Kebanyakan pelancong yang menjadi mangsa adalah mereka yang melawat biara tersebut.[4][2][13][11][12] 12 kematian direkodkan akibat dari siri serangan ini.[4] Polis Thai merekodkan juga seramai 123 orang mengalami kecederaan, termasuk seorang masing dari dari Taiwan dan Hong Kong.[2][14]
<ref>
The Malay Mail Online