YB Senator Tuan Robert Lau Hui Yew atau Robert Lau Junior ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) untuk penggal kedua. Di peringkat parti beliau ialah Timbalan Bendahari Agung SUPP dan Ketua SUPP Cawangan Bawang Assan.
Pada 8 Mei 2010, kuarters 10 orang pekerja kilang papan milik bapanya di Sibu terbakar. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail menafikan sebarang unsur khianat walaupun hari ini adalah hari penamaan calon di Sibu.[1]