Kemenangan muktamad Bersekutu, berakhirnya Perang Dunia Kedua di Eropah (serentak dengan Barisan Barat), kemusnahan Jerman Nazi
Kuasa Paksi Jerman Nazi Romania (hingga 1944) Hungary Itali (hingga 1943) Bulgaria (hingga 1944) Finland (hingga 1944)
Pihak Bersekutu Kesatuan Soviet Poland Czechoslovakia (dari 1943) Yugoslavia (dari 1944) Tuva (dari 1944)
Bulgaria (dari 1944) Finland (dari 1944)
Perancis (1943–45) United Kingdom (1941)
Adolf Hitler (Pemerintah Tertinggi) Ernst Busch Heinz Guderian Ewald von Kleist Gunther von Kluge Georg von Kuchler Wilhelm Ritter von Leeb Wilhelm List Erich von Manstein Walter Model Friedrich Paulus(Menyerah kalah) Gerd von Rundstedt Fedor von Bock † Felix Steiner Ferdinand Schörner Erhard Raus Walther von Reichenau Helmuth Weidling(Menyerah kalah)
1941
1943
1945
Asia-Pasifik
Mediterranean dan Timur Tengah
Kempen lain
Rampasan kuasa
Barisan Timur atau Perbatasan Timur ialah medan pertempuran Perang Dunia Kedua di antara kuasa Paksi Eropah dan rakan-rakan subahatnya Finland menentang Kesatuan Soviet, Poland, Norway dan beberapa negara Sekutu lain yang merangkumi Eropah Utara, Selatan, Tengah dan Eropah Timur dari 22 Jun 1941 hingga 9 Mei 1945. Ia dikenali sebagai Perang Patriotik Agung/Perang Patriotik Besar (Rusia: Великая Отечественная Война; Bahasa Ukraine: Велика Вітчизняна війн (sebelum 2015); Bahasa Belarus: Вялікая Айчынная вайна) di bekas Kesatuan Soviet dan Rusia dan negara bekas Kesatuan Soviet yang lain, manakala di Jerman ia dipanggil Medan Timur (Jerman: die Ostfront), Kempen Timur (Jerman: der Ostfeldzug) atau Kempen Rusia (Jerman: der Rußlandfeldzug). Perang ini juga kini dikenali sebagai Perang Jerman-Soviet (Bahasa Jerman: Deutsch-Sowjetischer Krieg; Bahasa Ukraine: Німецько-радянська війна (selepas 2015)) di Jerman dan Ukraine.
Pertempuran di Barisan Timur merupakan konfrontasi tentera yang terbesar dalam sejarah. Medan perang ini telah disifatkan dengan keganasan yang belum pernah berlaku, kemusnahan yang sangat dahsyat, pengusiran besar-besaran dan kehilangan nyawa yang begitu banyak sekali akibat peperangan, kebuluran, terdedah pada cuaca sejuk, penyakit, pembunuhan beramai-ramai dan lain-lain faktor kematian kesan daripada perperangan. Medan Timur, iaitu tempat majoriti kesemua kem penghapusan, kawat maut, ghetto, lokasi majoriti penghapusan etnik atau genosid yang berlaku di Kancah Eropah Perang Dunia Kedua dan juga merupakan pusat utama Holokus ketika Perang Dunia Kedua. Daripada lebih kurang 70 juta orang terkorban disebabkan Perang Dunia II, hampir 30 juta maut yang kebanyakannya orang awam berlaku di Barisan Timur. Medan Timur memuktamadkan perjalanan Perang Dunia Ketua yang akhirnya menyebabkan punca utama kekalahan Jerman. Ia mengakibatkan kekalahan dan kehancuran Reich Ketiga, pembahagian Jerman selama hampir setengah abad dan kebangkitan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar tentera dan industri sehinggalah keruntuhannya pada tahun 1991.
Dua kuasa utama yang berperang adalah Jerman Nazi dan Kesatuan Soviet, bersama dengan sekutu dan negara rakan subahat (seperti Finland sebelum tahun 1944) masing-masing. Walaupun tidak terlibat di Barisan Timur, United Kingdom dan Amerika Syarikat memberi banyak bantuan material kepada Kesatuan Soviet, tapi mereka gagal memenuhi kuota spesifik yang dipersetujui sebelum ini. Perang Soviet-Finland Kedua pula berlaku di rusuk utara Medan Timur. Di tambah lagi, operasi bersama Jerman-Finland yang merentasi sempadan paling utara Finland–Soviet dan di Wilayah Murmansk yang juga dianggap sebahagian daripada Medan Timur.