Soviet: 3 tentera darat medan British: 2 divisyen dan 3 briged 4 sekoci 1 bot meriam 1 korvet 1 kruiser dagang bersenjata 1 kapal layar bersenjata Bilangan kapal auksiliari yang tidak diketahui
9 divisyen 60 pesawat 2 sekoci 4 bot ronda
Kerugian dan korban
Soviet: 40 KIA 3 pesawat musnah British: 22 KIA[3] 50 WIA[3] 1 kereta kebal musnah
~800 KIA 2 sekoci tenggelam, 2 bot ronda ditawan 6 pesawat musnah
Kasualti orang awam: ~200 orang awam Iran terkorban
Pencerobohan Inggeris-Soviet ke atas Iran atau Pencerobohan Inggeris-Soviet ke atas Parsi adalah penyerbuan bersama terhadap negara berkecualiImperial Iran oleh United Kingdom dan Soviet Union pada Ogos 1941. Pencerobohan itu, dengan nama kod Operasi Countenance, sebahagian besarnya tidak ditentang oleh tentera Iran yang lemah dari segi bilangan anggota dan teknologi. Pencerobohan pelbagai cabang berkoordinasi berlaku disepanjang sempadan Iran dengan Iran moden, Azerbaijan dan Turkmenistan dengan pertempuran bermula pada 25 Ogos dan berakhir pada 31 Ogos apabila kerajaan Iran bersetuju secara formal untuk menyerah dan telahpun bersetuju untuk gencatan senjata pada 30 Ogos.[1]
Pencerobohan tersebut berlaku dua bulan selepas pencerobohan Paksi ke atas Soviet Union dan perikatan Soviet Union yang terkemudian dengan United Kingdom.
Serangan juga berlaku kurang dari dua bulan selepas kemenangan Sekutu ke atas tentera pro-Paksi di negara tetangga Iraq dan Syria dan Lubnan Perancis.
Tujuan strategik pencerobohan itu adalah untuk memastikan keselamatan saluran bekalanPihak Bersekutu ke Soviet Union (lihat Koridor Parsi), melindungi medan minyak Iran, menghadkan pengaruh Jerman di Iran (Reza Shah dianggap mesra dengan Jerman Nazi) dan menghalang sebarang kemaraan tentera Paksi dari Turki melalui Iran menuju medan minyak Baku atau India British. Susulan dari pencerobohan itu, pada 16 September 1941 Reza Shah turun takhta dan telah dibuang negeri oleh penceroboh British. Baginda telah digantikan oleh putera muda Mohammad Reza Pahlavi.[4]
Rujukan
^ abcImmortal : A Military History of Iran and Its Armed Forces, Steven R. Ward, Georgetown University Press, 2009, p. 169
^Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Milani
"No. 37703". The London Gazette (Supplement). 27 August 1946. m/s. 4333–4340. General Sir H. Maitland Wilson's official despatch on the Persia and Iraq Command covering the period 21 August 1942 to 17 February 1943, after the invasion had been completed.