Indonesia
Empayar Jepun (dari 1946)
Belanda (dari 1946)
Empayar British / United Kingdom (sehingga 1946)
Revolusi Nasional Indonesia ialah sebuah konflik bersenjata serta pergelutan diplomatik antara Indonesia dan Empayar Belanda. Revolusi ini berlaku antara detik pembacaan suatu "proklamasi" kemerdekaan oleh Indonesia pada tahun 1945 dan pengiktirafan kemerdekaan Indonesia oleh Belanda pada penghujung tahun 1949. Pergerakan kemerdekaan Indonesia bermula dalam tahun 1908, yang sekarang diperingati sebagai Tahun Kebangkitan Bangsa Indonesia.
Perjuangan kemerdekaan berlanjutan selama empat tahun dan melibatkan konflik bersenjata yang berdarah, pergolakan politik dan masyarakat Indonesia, dan campur tangan diplomatik besar sebanyak dua kali. Angkatan Belanda gagal menewaskan orang Indonesia.[5] Kendatipun angkatan Belanda berjaya mengawal bandar-bandar di wilayah yang dipegang pihak Republik di Pulau Jawa dan Sumatera, mereka tidak dapat menguasai kampung-kampung dalam kawasa-kawasan pedalaman. Justeru, Republik Indonesia akhirnya meraih kejayaan melalui usaha diplomatik antarabangsa dan dengan kegigihan orang Indonesia dalam pertempuran bersenjata di Pulau Jawa dan pulau-pulau lain.[5]
Revolusi memusnahkan pentadbiran kolonial Hindia Timur Belanda yang telah memerintah Indonesia dari jauh di Belanda. Ia juga berusaha untuk menghapus sisa-sisa feudalisma yang masih mengakar pada kebanyakan raja-raja tempatan yang semasa kolonialisme sering bekerjasama dengan pihak penjajah Belanda. Revolusi tidak banyak meningkatkan keadaan ekonomi atau politik sebahagian besar penduduk, mahupun sebilangan kecil orang Indonesia dapat meraih peranan yang lebih besar dalam kegiatan komersial.
|coauthors=
|author=
|journal=