Operasi Weserübung adalah nama kod bagi serangan Jerman keatas Denmark dan Norway semasa Perang Dunia Kedua dan pembukaan operasi Kempen Norway. Nama ini berasal daripada bahasa Jerman untuk Operasi Eksesais Weser (Unternehmen Weserübung), iaitu Weser yang merupakan salah sebuah sungai di Jerman.
Pada subuh 9 April 1940 (Wesertag; "Hari Weser"), Jerman menceroboh Denmark dan Norway, berpura-pura sebagai manuver pencegahan terhadap yang dirancang, dan secara terbuka dibincangkan, pendudukan British-Perancis keatas Norway. Selepas pencerobohan itu, duta-duta Jerman memaklumkan kepada kerajaan Denmark dan Norway bahawa Wehrmacht datang untuk melindungi negara-negara berkecuali terhadap pencerobohan Perancis-British. Perbezaan signifikan dari segi geografi, lokasi dan iklim antara dua negara telah menjadikan operasi semasa ketenteraan sangat berlainan.
Waktu pendaratan nominal armada pencerobohan—Weserzeit ("Masa Weser")—telah ditetapkan pada jam 05:15 waktu Jerman, bersamaan dengan jam 04:15 waktu Norway.
Dildy, Douglas C. Denmark and Norway, 1940: Hitler's Boldest Operation; Osprey Campaign Series #183; ISBN 978-1-84603-117-5. Osprey Publishing, 2007
Hooton, E.R (2007). Luftwaffe at War; Blitzkrieg in the West: Volume 2. London: Chervron/Ian Allen. ISBN 978-1-85780-272-6.
Ziemke, Earl F. (2000 (reissue from 1960)). "The German Decision to Invade Norway and Denmark". Dalam Kent Roberts Greenfield (penyunting). Command Decisions. United States Army Center of Military History. CMH Pub 70-7. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan); Check date values in: |year= (bantuan)
Munch, Peter Rocheguene Erindringer: vol. 7(in Danish), Copenhagen 1947
Kommisionsrapport (1951). "Vedrørende 9. April 1940". Beretninger til Folketinget (dalam bahasa Danish). 3A.CS1 maint: unrecognized language (link)
Outze, Børge (1962). Danmark under anden verdenskrig. Copenhagen: Hasselbalch.