Dato' Bentara KananUstazDato'HajiAhmad bin Yakob (Jawi: احمد بن يعقوبcode: ms is deprecated , lahir 1 Februari 1950) ialah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Timbalan Mursyidul Am merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Syura Ulamak PAS dan Pesuruhjaya PAS Kelantan. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan Menteri Besar Kelantan bermula 6 Mei 2013 sehingga 15 Ogos 2023.[1][2][3]
Keluarga
Ahmad Yakob dilahirkan di Kampong Berangan, Tumpat pada 1 Februari 1950. Bapanya Haji Yakob bin Ishak ialah tokoh agama dan pejuang PAS di Kampong Berangan. Manakala ibunya Cik Zainab Bt Cik Hussin aktif dalam urusan Muslimah PAS Cawangan Berangan. Bapanya, Tuan Guru Haji Yakob bin Haji Ishak merupakan tokoh PAS Tumpat dan pernah ditahan di bawah ISA bersama-sama Haji Nik Abdullah Arshad, tokoh PAS Kelantan.
Pada 1981, beliau berkahwin dengan Siti Zabidah binti Abd Hamid (lahir 2 Februari 1960), seorang guru dan mereka dikurniakan 12 orang anak dari hasil perkahwinan tersebut.
Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Berangan (1). Kemudian di Sekolah Agama Bustanul Ariffin, Berangan, Tumpat. Seterusnya belajar di Maktab Pengajian Islam, Jalan Bayam , Kota Bharu. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan (PPTIK) Nilam Puri dan di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Syariah dan mendapat Diploma Pendidikan di Universiti 'Ain Syam , Kaherah jurusan Bahasa Arab (1978-1979).[3]
Ahmad Yakob menjadi ahli PAS di cawangan Berangan pada 1986. Beliau pernah menjawat Pengarah Pilihanraya DUN Sungai Pinang (1986), Bendahari PAS Kawasan, Pengerusi Majlis Tindakan DUN Sungai Pinang (1990 -1995) dan Ketua Penerangan PAS Kawasan 1997-1999, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Tumpat, Pengerusi Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan dan Jawatankuasa Bangunan PAS Tumpat serta Ahli Lajnah Politik PAS Negeri Kelantan.
Beliau ditawarkan oleh PAS untuk bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995. Oleh itu beliau meletakkan jawatan dengan notis 24 jam sebagai guru siswazah selama 15 tahun demi berbakti kepada PAS. Beliau bertanding di DUN Pasir Pekan dalam Parlimen Tumpat menentang calon BN Haji Saupi Daud dan menang dengan majoriti 2,734 undi.
Pada 17 Mei 1997, Menteri Besar Kelantan, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat melantik beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Industri, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia Negeri Kelantan, yang kosong selepas penyandangnya Rozali Isohak (Semangat 46) telah digugurkan kerana menyertai semula UMNO.
Selepas memenangi Pilihan raya umum Malaysia 1999, Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Sains Teknologi dan Alam Sekitar Negeri Kelantan.
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004 pada 21 Mac 2004, Ahmad Yakob menewaskan calon BN , Mohd Noor Yaakob (Naib Ketua UMNO Bahagian Tumpat) dengan majoriti 2,271 undi, dan dilantik menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan pada 23 Mac 2004.