Kijang merupakan sebuah bahagian pilihan raya negeri di Kelantan, Malaysia yang mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dengan kod N.05.[5] Kawasan pilihan raya ini mula dipertandingkan pada 1995 dan memberi mandat kepada seorang ahli Dewan Undangan Negeri di DUN Kelantan mengikut sistem undian terbanyak. Kijang merupakan satu daripada tiga kawasan pilihan raya negeri yang terletak di dalam kawasan parlimen Pengkalan Chepa (P.020).[2][4]
Kedudukan
DUN Kijang merupakan satu daripada 45 buah kerusi yang diwakilkan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Ia terletak di bahagian utara negeri Kelantan berhadapan dengan Laut China Selatan. Kawasan ini berjiran dengan Chempaka di bahagian timur, Tanjong Mas di bahagian selatan, Pasir Pekan di bahagian barat daya, dan Kelaboran di bahagian barat.[6] DUN Kijang secara pentadbirannya terletak dalam Jajahan Kota Bharu, dan mempunyai sebanyak sembilan buah daerah mengundi.[7] Ketinggian bentuk muka bumi maksimum di DUN Kijang ialah 20 meter (66 ka) dari paras laut.[1]
Berdasarkan data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, kawasan pilihan raya Kijang mempunyai jumlah penduduk seramai 34,503 orang. Daripada jumlah keseluruhan, ia mempunyai 50.1 peratus penduduk yang berjantina lelaki manakala 49.9 peratus penduduk pula merupakan berjantina perempuan. Majoriti penduduk di kawasan DUN Kijang merupakan kaum Bumiputera (seperti Melayu dan orang Asli), membentuk sebanyak 97.7 peratus penduduk. Diikuti dengan 1.6 peratus penduduk di kawasan DUN Kijang yang merupakan masyarakat Cina manakala masyarakat India pula membentuk 0.6 peratus. Kebanyakan penduduk di DUN Kijang merupakan warganegara Malaysia dengan jumlah sebanyak 96.7 peratus manakala selebihnya iaitu 3.3 peratus merupakan penduduk berwarganegara asing.[1][2] Keluasan kawasan negeri ini ialah 24 kilometer persegi (2,400 he) dengan mempunyai jumlah kepadatan penduduk seramai 1,438 orang perkilometer persegi.[1][2]
^"Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.