Galas merupakan sebuah bahagian pilihan raya negeri di Kelantan, Malaysia yang mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dengan kod N.45.[4] Kawasan pilihan raya ini mula dipertandingkan pada pilihan raya 1986 dan memberi mandat kepada seorang ahli Dewan Undangan Negeri di DUN Kelantan mengikut sistem undian terbanyak. Galas merupakan satu daripada tiga kawasan pilihan raya negeri yang terletak di dalam kawasan parlimen Gua Musang (P.032).[3][5]
Berdasarkan data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (myCensus2020), kawasan pilihan raya Galas mempunyai jumlah penduduk seramai 50,230 orang, dengan 52.5 peratus merupakan penduduk berjantina lelaki dan 47.5 peratus penduduk merupakan perempuan. Majoriti penduduk di kawasan DUN Galas merupakan kaum Bumiputera seperti Melayu dan orang Asli dengan jumlah mencecah 87.7 peratus. 9.7 peratus penduduknya merupakan berkaum Cina, diikuti oleh penduduk berkaum India sebanyak 2.2 peratus. Selebihnya, iaitu sebanyak 0.4 peratus penduduk di kawasan ini merupakan berkaum lain-lain.[1] Pada pilihan raya negeri Kelantan 2018, kawasan Galas mempunyai jumlah pemilih yang berdaftar seramai 20,399 orang, dengan luas kawasan sebanyak 2,827 kilometer persegi (282,700.0 he).[2][3]
Kedudukan geografi kawasan pilihan raya Galas terletak di bahagian barat daya Kelantan, berdekatan dengan sempadana anatara dua negeri iaitu Perak di bahagian barat dan Pahang di bahagian selatan. Ia terletak di bahagian barat kawasan parlimen Gua Musang (P.032). Kawasan Galas terletak sepenuhnya dalam Jajahan Gua Musang, iaitu sebuah jajahan di Kelantan. Ia meliputi mukim-mukim dalam Jajahan Kecil Lojing seperti Balar, Blau, Hau, Hendrop, Kuala Betis, Sigar, dan Tuel, sebahagian daripada Mukim Ulu Nenggiri dalam Daerah Bertam, Jajahan Gua Musang. Kawasan Galas juga meliputi mukim-mukim dalam Daerah Galas iaitu, Mukim Ketil, Mukim Gua Musang, Mukim Batu Papan, Mukim Pulai dan Bandar Gua Musang.[7] Ketinggian bentuk muka bumi maksimum di wilayah Galas ialah 2,258 meter (7,408 ka) dari paras laut.[1]
Daerah mengundi
Berdasarkan warta yang diperakui pada tahun 2016, kawasan pilihan raya Galas merangkumi lima belas daerah mengundi iaitu Sungai Betis, Lojing, Sungai Ber, Belatim, Balar, Bihai, Hau, Kampung Pulai, Kampung Bahru, Bandar Lama Gua Musang, Bandar Baru Gua Musang, Kampung Batu Papan, Lepan Tupai, Sungai Terah dan Blau.[3][8]
^ ab"2018第14屆全國大選成績表: 吉蘭丹" [Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 2018: Kelantan] (PDF) (dalam bahasa Cina). Guang Ming Daily. 11 Mei 2018. m/s. G6. Diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada 5 Mei 2018. Dicapai pada 3 Januari 2023.
^"Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.