Sekolah Kebangsaan Gua Musang atau nama ringkasnya SK Gua Musang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Pulai.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Gua Musang memiliki 555 pelajar lelaki dan 507 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1062 orang. Ia mempunyai seramai 58 orang guru.2009
SEKOLAH KEBANGSAAN GUA MUSANG
Dalam pertengahan tahun 1952, dari sebuah Sekolah Rakyat yang di tumpang di bangunan SC (kini bangunan Tadika Muhibah) yang diusahakan oleh Dato' Penggawa, En. Kamarulzaman bin Awang dan Tuan Imam, En.Said bin Sulaiman, maka tertubuhlah sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Melayu Gua Musang.
Bangunan sekolah pada masa itu di tempatkan di atas tapak seluas 4 ekar yang berhampiran dengan Balai Polis Gua Musang. Dalam pertengahan tahun 60-an, bangunan yang sedia ada tidak mampu menampung bilangan murid yang kian bertambah. Dengan demikian, sebuah sekolah baru telah didirikan di atas tapak Lot 494, seluas 7.1326 ac. Dalam tahun 70-an, bangunan SRJK(C) pula telah dibina di atas tapak yang sama seluas 3.0 ekar.
Pembukaan SK Gua Musang secara rasminya telah dilakukan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang pada ketika itu merupakan Menteri Kewangan Malaysia pada 11 Ogos 1977 iaitu pada hari Khamis. Berikutnya pada tahun 1983, sebuah lagi bangunan batu siap dibina bagi menampung murid yang ramai mencecah hampir 800 orang.
Seterusnya, pada 1 Januari 1994, Sekolah Kebangsaan Gua Musang telah dipecahkan kepada 2 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Gua Musang (1) dan Sekolah Kebangsaan Gua Musang (2). Kedua-dua sekolah ini telah berkongsi bangunan. sehinggalah Sekolah Kebangsaan Gua Musang (2) mendapat bangunannya sendiri dan menukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Seri Wangi. Kini, Sekolah Kebangsaan Gua Musang mempunyai seramai 10443 orang murid. Jumlah bilangan kelas pada tahun 2006 adalah 29 iaitu dari tahun 1 hingga tahun 6 dan termasuk pra-sekolah. Hingga hari ini, bilangan murid meningkat dari tahun ke tahun.
MISI
Memberi perkhidmatan terbaik untuk menghasilkan insan yang berketerampilan dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara.
Memberi perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dan bertaraf tinggi kepada semua murid tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit berasaskan Falsafah Pendidikan Negara.
VISI
Mendidik dan membimbing semua murid supaya mereka:
MOTO
ILMU PUSAKA JATI
Inilah Sekolah Kami Yang Kami Sanjungi Budi Dan Ajaran Guru Mendidik Sepanjang Waktu
Belajarlah Tugas Kita Supaya Berjaya Setiap Masa Taat Pada Ibu Bapa Itu Kewajipan Kita
Ilmulah Pusaka Jati Lambang Sekolah Kami SK Gua Musang Maju Cemerlang Sepanjang Waktu
PENCAPAIAN AKADEMIK
KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH(UPSR) DARI TAHUN 2008 HINGGA 2013.
TAHUN
BIL.CALON
MENDAPAT 5A
PERATUS
LULUS(%)
2008
155
6
36.77
2009
177
42.37
2010
158
8
47.4
2011
169
11
42.6
2012
171
9
47.36
2013
170
10
40
PENCAPAIAN KOKURIKULUM