Datuk Haji Abdul Halim bin Abdul Rahman (10 November 1939 – 22 Ogos 2022) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Kelantan selama tujuh penggal (1986-2018), mantan Timbalan Menteri Besar Kelantan (1990-2004) dan mantan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa selama dua penggal (2004-2013).
Sebelum bertanding di peringkat persekutuan, beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Besar Kelantan[1] sejak PAS mentadbir semula Kelantan pada 1990. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan sejak 1986 hingga 2004.
Beliau meninggal dunia pada 22 Ogos 2022 di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.[1]