Mohd Nor Hamzah

Yang Berhormat Dato' Haji
Mohd Nor Hamzah
D.P.M.T., S.M.T.
Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Terengganu
Menyandang jawatan
24 September 2023
Timbalan Khazan Che Mat
Didahului oleh Yahaya Ali
Kawasan pilihan rayaBukit Payung
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu
bagi Bukit Payung
Menyandang jawatan
2008
Didahului oleh Abdul Latiff Awang
Majoriti10,956 (PRU-15)
4,488 (PRU-14)
613 (PRU-13)
115 (PRU-12)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu
Dalam jawatan
2018–2023
TimbalanRidzuan Hashim
Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar
PortfolioPembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan
Digantikan oleh
Kawasan pilihan rayaBukit Payung
Maklumat peribadi
Lahir (1972-02-18) 18 Februari 1972 (umur 52)
Kuala Terengganu, Terengganu
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia Parti Islam Se-Malaysia
PasanganZainun Abd Wahab
PekerjaanAhli Politik

YB Dato' Haji Mohd Nor Hamzah ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu dan ADUN Bukit Payung.

Latar belakang

Mohd Nor Hamzah telah dilantik sebagai EXCO Pembangunan Insan, Dakwah, dan Penerangan di Terengganu sejak tahun 2018 setelah PAS mendapat majoriti dalam DUN Terengganu.

Sebagai seorang ADUN Bukit Payung, beliau telah menjalani tugasnya sejak tahun 2008 hingga kini. [1]

Pada tahun 2004 hingga 2008, Mohd Nor Hamzah telah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah di Kolej Universiti Darul Quraan Islamiyyah (KUDQI). Sebelum itu, beliau juga telah menjadi Mudir Markas Pengajian Islam Wanita di Yayasan Islam Terengganu dari tahun 2002 hingga 2004.

Pengalaman beliau turut meliputi peranan sebagai Penyelia Unit Pembangunan Insan Kerajaan Terengganu dari tahun 2000 hingga 2002.

Dalam bidang pendidikan, Mohd Nor Hamzah telah mengukir pencapaian dengan meraih Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau juga memiliki Diploma Syariah dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) serta Diploma lepasan Ijazah dari Institusi Pengajian Islam Zamalek. Pendidikan menengahnya diperoleh di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek.

Anugerah dan penghargaan

  •  Terengganu
    • Setia Mahkota Terengganu (SMT) (2019)[2]
    • Dato' Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) - Dato' (2023)[3]

Rujukan

  1. ^ Sinar Harian | Mohd Nor Hamzah https://pru.sinarharian.com.my/calon/2718/mohd-nor-hamzah
  2. ^ "MB, YDP DUN Terima Darjah Kebesaran Terengganu". TRDI. 22 Julai 2019. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  3. ^ "HEBAHAN ISTIADAT PENGURNIAAN GELARAN DAN BINTANG-BINTANG DARJAH KEBESARAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE–61 HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU". Pejabat Setiausaha Negeri Terengganu (Khidmat Pengurusan). 19 Jun 2023. Dicapai pada 20 Jun 2023.