Al Allamah Sohibus Samahah Tuan Guru Dato' Seri Utama Diraja Dato' Haji Mohd Ghazali Abdullah (30 Jun 1915 – 13 Jun 1981) adalah merupakan bekas Imam Besar Masjid Negara yang pertama dan dilantik dari tahun 1965 hingga tahun 1970 lalu.[1]
Kehidupan peribadi
Beliau dilahirkan di Kampung Padang Tenggala, Bota Kanan, Perak pada 30 Jun 1915 kepada pasangan Haji Abdullah bin Kanda Rasul dengan Hajah Zubaidah binti Kanda Abdul Rahman. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bota Kanan. Beliau dikurniakan dengan 7 orang anak. Salah seorang daripada anak beliau ialah Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali yang merupakan bekas Ahli Parlimen Titiwangsa dari Parti Islam Se-Malaysia pada tahun 2008 hingga meninggal dunia pada tahun 2011 lalu.[2]
Kerjaya
Beliau telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat Kerajaan Negeri Perak sebelum dilantik sebagai Imam Besar Masjid Negara yang pertama dari tahun 1965 hingga tahun 1970 lalu.[3] Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Mufti Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 1968 hingga tahun 1973 lalu.[4] Selepas itu, pada tahun 1975, beliau telah dilantik sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perak hingga beliau meninggal dunia pada tahun 1983 lalu.[5]