YB Dato' Mumtaz Md Nawi (lahir 30 Mac 1972) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Tumpat. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai EXCO Kelantan (2018-2023).
Pendidikan
Dalam Penilaian Sekolah Rendah mendapat 5A, SRP (6 agregat), SMU (9 agregat), SPM (6 agregat). Penerima Anugerah Hadiah Buku bagi pencapaian akademik cemerlang dan berbagai anugerah lain termasuk Pelajar Cemerlang Yayasan Islam Kelantan 1990.
Kerjaya
Mumtaz merupakan seorang peguam bela dan peguam cara sehingga berjaya memiliki firma guaman sendiri atas nama Mumtaz Nawi & Co. Pada 2007, isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak menjadi menyampaikan selempang 'Tokoh Beliawanis 2007' dan wang tunai RM2,000, jam khas dan sijil.
Beliau menjadi pakar rujuk Undang-undang RTM dan juga NGO serta panel pelbagai forum perdana termasuk Debat Perdana yang pernah disiarkan di RTM.
Politik
Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ahli Dewan Negara (Mewakili Kerajaan Negeri Kelantan sejak 2007-sekarang).
Mumtaz mewakili ahli Parlimen Malaysia di BBC untuk International Video Confrerencing, New South Wales, South Africa dan Malaysia.
Sering diberi kepercayaan mengetuai delegasi Ahli Dewan Negara ke persidangan luar negara.
Beliau pernah menyatakan sokongan kepada amalan bai'ah atau sumpah taat setia talak tiga terhadap isteri wakil rakyat parti PAS yang melompat parti. Beliau menyatakan bahawa amalan tersebut menjadikan wakil rakyat Pas lebih menyayangi isteri serta tidak berani memungkiri janji yang mereka ikrar sendiri.[2]