Yang Teramat Mulia Tuanku Dato' Undang Luak Rembau, Negeri Sembilan
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Kosong sejak 15 Mei 2024
Butiran
Raja pertama
Duli Yang Maha Mulia Dato' Lela Maharaja Seri Rama bin Dato Lela Balang
Pembentukan
1540
Yang Teramat Mulia Tuanku Dato' Undang Luak Rembau merupakan pemerintah atau Raja sebagaimana perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan berkenaan takrif "Raja" bagi Negeri Sembilan Darul Khusus dan Luak Rembau. Luak (Negeri) Rembau merupakan salah satu daripada luak yang membentuk Negeri Sembilan. YTM Tuanku Dato' Undang Rembau dilakukan mengikut adat perpatih dan bukannya dari sebarang tatacara yang tiada sebarang sumber rujukan serta cop mohor dari Dato' Undang yang sebelumnya
Pelantikan Undang
Pelantikan Tuanku Dato' Undang Rembau adalah dipilih daripada calon-calon dalam suku Biduanda. Di Rembau ada dua suku Biduanda yang menjadi waris pelantikan Undang iaitu Waris Jakun dan Waris Jawa. Waris Jakun adalah keturunan daripada Dato' Lela Balang yang bergelar Dato' Lela Maharaja. Manakala Waris Jawa pula adalah keturunan daripada Dato' Laut Dalam yang bergelar Dato' Sedia Raja. Pemilihan Undang Rembau adalah mengikut giliran kepada dua suku waris ini.
Senarai penyandang
Senarai Dato' Undang Luak Rembau
No
Nama
Waris
Tempoh Takhta
Kampung
1
Dato' Lela Maharaja Seri Haji Rama bin Dato Lela Haji Balang
Jakun
1540 - 1555
Kg Kota
2
Dato' Sedia Raja Haji Ombo bin Dato' Lela Maharaja Seri Haji Rama
Jawa
1555 - 1605
Kg Tengah
3
Dato' Lela Maharaja Lenggang Genggang
Jakun
1605 - 1620
Kg Kota
4
Dato' Sedia Raja Pandak
Jawa
1620 - 1645
Kg Tengah
5
Dato' Lela Maharaja Uban
Jakun
1645 - 1660
Kg Chengkau
6
Dato' Sedia Raja Sagah
Jawa
1660 - 1690
Kg Tengah
7
Dato' Sedia Raja Kurup
Jawa
1690 - 1725
Kg Tengah
8
Dato' Sedia Raja Sabat [Sobok]
Jawa
1725 - 1750
Kg Tengah
9
Dato' Lela Maharaja Lulinsoh
Jakun
1750 - 1790
Kg Chengkau
10
Dato' Sedia Raja Pekak
Jawa
1790 - 1795
Kg Tengah
11
Dato' Lela Maharaja Haji Kusil bin Dato' Lela Maharaja Haji Uban