Pedas merupakan sebuah mukim kira-kira 17 km dari Seremban, Negeri Sembilan. Mukim ini terletak pada kedudukan 2.6 ' Utara dan 102' Timur.
Perhubungan
Dari Seremban, terdapat jalan menuju ke arah Rembau dan Tampin.
Istilah 'pedas' merujuk kepada rasa cili.[perlu rujukan] Kebanyakan makanan di Negeri Sembilan pedas-pedas belaka. Contohnya gulai lemak cili api.
Tarikan
Kolam Air Panas merupakan air yang mendidih akibat dari pemanasan magma di dalam bumi. Banyak mengandungi kalium dan pelbagai bahan organik lain yang baik untuk kesihatan.
Taman Tema Air di Pedas Hot Spring, Water Park dibina pada 10.12.1998 dan mula dibuka kepada orang ramai sejak 1999. Terletak di Lot 603, Mukim Pedas, Rembau , Negeri Sembilan. Bayaran untuk dewasa ( 13 tahun ke atas ) RM10.00 dan kanak-kanak 3-12 tahun RM8.00