Menurut catatan buku susunan Datuk Abdul Samad Idris, 'Negeri Sembilan dan Sejarahnya' Labu telah dibuka ketika era pemerintahan Datuk Undang Sungai Ujong Kelapan, Y.A.M Dato' Klana Petra Sri Jaya, Dato' Kelana Leha (1780-1800 masehi). Dato' Kelana Leha telah memberi kebenaran kepada Dato' Mangkun untuk membuka Labu. Beliau telah diberi gelaran "Dato' Bergajah Tunggal".
Di sini juga terdapat peninggalan kampung baru Cina, peninggalan bekas darurat.
Kampung Gadong Jaya
Tanah rancangan di Kampung Gadong Jaya telah diberikan kepada Melayu, Cina dan India. Kampung ini diduduki oleh 65% orang Melayu, 25% orang Cina dan 15% orang India. Majoriti adalah orang Melayu. Pada tahun 1960, di sini tidak ada jalan yang sempurna. Walau bagaimanapun, penduduk-penduduk di Kg Gadong Jaya mengusahakan untuk membina jalan bertanah merah tetapi ada juga sebilangan penduduk melarikan diri kerana tidak menyesuaikan di kawasan ini kerana tiada saluran air, elektrik dan sebagainya.
Pelancongan
Terdapat tempat-tempat menarik yang perlu dilawati oleh orang ramai seperti Homestay Kampung Pelegong yang menyediakan perayaan pesta buah-buahan setahun sekali. Terdapat juga jeram yang begitu sejuk airnya dikenali sebagai Jeram Tebrau. Bagi yang meminati untuk mengkaji kehidupan masyarakat peribumi Orang Asli, boleh menjejaki perkampungan mereka di Kampung Tekir.
Pengangkutan
Labu dihubungi dengan jalan raya melalui Nilai mengikut arah utara dan dari Seremban mengikut arah Selatan. Selain itu, Labu juga boleh dihubungi melalui laluan keretapi.