Pada zaman Jepun, ramai orang Cina telah dibunuh oleh tentera Jepun yang berdendam dengan orang Cina. Sebuah tugu peringatan telah dibina di kawasan perkuburan Cina di Titi. Antaranya ialah keluarga kepada Chan Kian Seng, seorang pemandu teksi.
Zaman Darurat 1945-1952
Pekan Titi mempunyai ramai penduduk Cina dan berbahasa dialek Hakka. Semasa zaman darurat, ramai pengganas komunis berkubu di sini dan dipercayai masih ada kubu bawah tanah bagi pengganas komunis untuk bersembunyi dan menyimpan makanan. Di sinilah pemimpin kanan komunis mengadakan perbincangan dan memberikan arahan seperti Cheung Kuo. Cheung Kuo merupakan pemimpin komunis ke-2 penting selepas Chin Peng dan pemimpin utama komunis di Selangor- Negeri Sembilan.
Pekan Titi merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negara Negeri Sembilan, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Jelebu.