Gemas merupakan persimpangan bagi landasan kereta api ke pantai timur dan pantai barat Malaysia kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad. Disebabkan ini, Gemas merupakan sebuah bandar yang sibuk berbanding bandar lain yang sama saiz dengannya. Stesen kereta api Gemas didirikan pada 1922 dan telah tamat beroperasi selepas sebuah stesen kereta api yang baru telah dibina pada tahun 2013. Kini, stesen kereta api lama Gemas telah diubahsuai menjadi sebuah muzium.
Di sebelah barat daya tersergam Gunung Ledang dengan ketinggian 1,276 m dari paras laut.
Sejarah Gemas
Nama asal Gemas adalah Ayer Terap sempena nama anak sungai yang mengalir berhampiran dengan Rumah Rehat Gemas. Nama Gemas bermula apabila orang Inggeris berhujah dengan orang tempatan [perlu rujukan] mengenai nama logam iaitu "Gold" dan "Omeh" (emas dalam loghat tempatan), yang lama-kelamaannya bercantum menjadi "Gomeh" dan akhirnya dipiawaikan ejaannya sebagai Gemas.
Penduduk asal adalah keturunan orang Melayu Asli dan ditadbir oleh seorang ketua yang bernama Datok Sabun yang berasal dari
Minangkabau yang berhijrah bersama dengan pengikutnya dari Seri Menanti dan membuka kampung di Kampung Ladang.
Pada 14 Januari 1942, Kompeni "B" dari Batalion ke-2/30, melancarkan serangan hendap terhadap pasukan Jepun dengan harapan menghalang mereka dari terus maju ke selatan. Ketika tentera Jepun yang mara melepasi kawasan serangan hendap, jambatan itu diletupkan. Pertempuran selepas serangan hendap, dan pertempuran selanjutnya berhampiran Gemas, berlangsung selama dua hari. Ia berakhir dengan pasukan Australia berundur melalui Gemas ke Estet Fort Rose.
Empat hari kemudian, satu lagi pertembungan antara tentera Jepun dan Berikat berlaku berhampiran Parit Sulong semasa pertempuran Pertempuran Malaya. Pasukan Berikat, termasuk Batalion Australia 2/19th dan 2/29th, telah dikepong dan dikalahkan di situ.
Sebuah tugu peringatan bagi mengingati tentera Australia yang gugur telah didirikan berhampiran Jambatan Gemencheh yang telah dimusnahkan berhampiran dengan Laluan Persekutuan Malaysia 1.
Ladang Sungai Gemas, No. 952, Ladang Sungai Gemas, 73400 Gemas
Ladang Ternakan Putihekar, No. 559, 73400 Gemas
TH P ladang pasir besar box 30 gemas
TH P kilang sawit lad pasir besar
Lembaga urusan tabung haJI gemas
Getah
Chin Lian Rubber Estate Sdn Bhd, Ladang Gemas Baru, 73400 Gemas
Ecotherm Sdn Bhd, Felda Rubber Ind Sdn Bhd, Felda Palong 15, 73470 Gemas
Gemas Bahru Estate Sdn Bhd, seorang tauke cina yang beralamat di Gemas..
ENC Maju Trading, Syarikat pemilik seorang anak penoroka yang mempunyai lesen membeli getah iaitu Rahmah binti Mhd Noor semasa kecil tinggal di pondok Polis pasir besar...seorang wanita yang berjaya, Gemas.
Perkayuan
Ever Prime Timber Industry Products Sdn Bhd, No. 878, Jalan Tampin Batu 2 1/2, 73400 Gemas
Kemplus Timber Sdn Bhd, No. 885, Jalan Tampin Batu 2 1/2, 73400 Gemas
King Timber Trading, 869/ 1, Jalan Tampin Batu 1 3/4, 73400 Gemas
Perkayuan Bersatu Jaya, No. 1738, Jalan Tampin Batu 1 1/2, 73400 Gemas
Syarikat Kilang Papan Gemas Sdn Bhd, No. 1180, Jalan Tampin Batu 2, 73400 Gemas
Syarikat Kilang Papan Kim Mah Sdn Bhd, No. 1496, Jalan Tampin Batu 3 1/2, 73400 Gemas
Team Timber Product Trading, No. 10, Taman Golden Hill, 73400 Gemas