Berikut ialah senarai Kolej Tingkatan Enam dan Pusat Tingkatan Enam di Malaysia.
Pelajar lepasan SPM ditawarkan tempat ke Pusat Tingkatan Enam secara automatik bagi melanjutkan pengajian prauniversiti di Malaysia. Pelajar lepasan STPM adalah lepasan pengajian Pra-Universiti paling ramai berbanding dengan yang lain (Matrikulasi KPM, Asasi Universiti Awam, Diploma Universiti Awam/Politeknik Premier dan lain-lain) dalam menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) di Malaysia. Seramai 48,605 lepasan STPM layak masuk 20 UA bagi Ijazah Sarjana Muda sesi akademik 2020/2021 [1]
Semua sekali, terdapat 23 buah Kolej Tingkatan Enam melibatkan semua jabatan pendidikan di Malaysia kecuali Perlis, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Labuan. Selangor mempunyai bilangan Kolej Tingkatan Enam tertinggi iaitu sebanyak 7 buah, diikuti dengan Sabah dan Perak masing-masing mempunyai 3 buah Kolej Tingkatan Enam. Pusat Tingkatan Enam pula terdapat 600 pusat tingkatan enam di seluruh Malaysia.
Sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas yang menempatkan hanya pelajar-pelajar tingkatan enam sahaja dan diajar oleh guru-guru yang dilantik untuk mengajar pelajar tingkatan enam.
Sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas, beroperasi di bawah sekolah arus perdana tetapi di blok atau bangunan yang berasingan. Walau bagaimanapun, pusat Mod 2 ditadbir oleh Pengetua arus perdana dengan kerjasama Penolong Kanan Tingkatan Enam.
Sekolah yang mempunyai kurang daripada 12 kelas jauh daripada Bandar, tiada kemudahan asrama atau pengangkutan awam dan beroperasi di bawah sekolah arus perdana dibantu oleh Pengetua arus perdana dan Penolong Kanan Tingkatan Enam. Senarai Pusat Tingkatan Enam
Pelajar STPM wajib mengambil mata pelajaran Pengajian Am tidak kira sama ada calon sekolah kerajaan, swasta atau persendirian. Mata pelajaran lain bergantung kepada Pusat Tingkatan Enam masing-masing. Setiap pelajar STPM wajib mengambil peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) yang merupakan salah satu syarat permohonan kemasukan ke program prasiswazah. Setiap calon STPM diwajibkan mengambil 4 mata pelajaran dan maksimum 5 mata pelajaran. Namun demikian, hanya 4 mata pelajaran terbaik sahaja yang dikira dalam Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK). Berikut merupakan senarai mata pelajaran Tingkatan Enam:
Ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
Kategori:Kolej Tingkatan Enam dan Pusat Tingkatan Enam Malaysia