Tambunan merupakan sebuah pekan yang terletak di Daerah Tambunan, Bahagian Pedalaman, Sabah, timur Malaysia di kepulauan Borneo. Pekan Tambunan merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Tambunan. Ia terletak 81 km dari Kota Kinabalu, pada ketinggian 1000 m di Banjaran Crocker. Dianggarkan terdapat 1,347 orang penduduk di Pekan Tambunan pada tahun 2010. Kebanyakan daripada penduduk ini adalah daripada Kaum Dusun.
Demografi
Etnik
Jumlah penduduk sekitar Tambunan
Menurut sumber banci pada tahun 2010, jumlah populasi penduduk di kawasan Tambunan mempunyai penduduk seramai 2,553 dan majoriti daripada etnik Kadazan-Dusun. Maklumat banci ini akan dikemaskini pada hari banci pada 7 Julai 2020 untuk mendapatkan data bilangan statistik penduduk terkini.[1]
Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Tambunan pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;
Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[2]
Tahun
Melayu
Kadazan/Dusun
Bajau
Murut
Bumiputera Lain
Cina
India
Lain-lain
Bukan Warganegara Malaysia
Jumlah Keseluruhan
2010
121
1,516
114
71
235
96
-
9
391
2,553
2020 (Akan Datang)
Jantina
Berikut merupakan jumlah penduduk daerah Tambunan pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;
Dari segi geografi ,Tambunan ialah sebuah kawasan tanah tinggi terletak di bahagian Pendalaman Sabah. Jarak 80km dari kota kinabalu (Ibu Negeri), jarak di sebelah barat 48km, jarak dari Ranau di sebelah utara,dan jarak 48km dari keningau di selatan.
Lembah ini dikelilingi oleh oleh banjaran gunung. Gunung Kinabalu (4018M) yang agung menjadi satu pemendangan di bahagian utara. Dari segi Budaya, berbagai-bagai mitos dan legenda terutamanya yang berhubung dengan tradisi tradisi lama, adat resam dan asal usul puak-puak dan nama nama tempat di bahagian ini masih ada hingga sekarang. Kisah asal-usul Tambunan adalah satu cerita yang menarik yang diceritakan dari mulut ke mulut daripada satu generasi ke generasi yang lain di kalangan orang Kadazan/Dusun di Tambunan.
Tamu mingguan pekan Tambunan diadakan pada malam hari rabu dan siang hari khamis.[4][5] Pusat jualan tamu pekan Tambunan daripada hasil-hasil masyarakat kampung.[4]
Rujukan
^"Apa itu Banci". www.mycensus.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2018. Dicapai pada 14 Februari 2020.