Se'i (juga digayakan sebagai, Sei) ialah daging salai yang berasal daripada Kupang, Pulau Timor dalam Provinsi Nusa Tenggara Timur yakni di Indonesia.[1] Se'i terbuat daripada daging babi, daging lembu (se'i sapi) ataupun haiwan buruan seperti rusa (se'i rusa) sebagai persembahan umum. Daging yang paling terkenal untuk membuat se'i ialah daging babi.[2]
Se'i menggunakan potongan daging yang nipis dan dihiris menggunakan campuran garam dan rempah-rempah dan disalai. Hidangan ini mudah dijumpai di restoran dan warung di wilayah Timor. Di Kupang, orang menyajikan se'i dengan nasi panas, disertai dengan sambal lu'at dan ,jagung bose.
Etimologi
Nama Se'i berasal dari bahasa tempatan yang bermaksud "daging asap/salai".[3][4]
Rujukan