Klappertaart

Klappertaart di Jakarta

Klappertaart atau klapertat dikenal sebagai kuih khas Manado dengan bahan dasar kelapa, tepung gandum, susu, mentega dan telur. Resipi adunan tersebut merupakan pengaruh semasa zaman pendudukan Belanda di Manado. Terdapat beberapa macam cara memasak klappertaart. Apabila dibakar dan menggunakan roti, ia akan menghasilkan klappertaart dalam bentuk yang padat dan boleh dipotong. Tetapi terdapat juga cara memasak yang tidak dibakar. Ini akan menghasilkan tekstur yang begitu lembut, seperti kastard yang meleleh apabila masuk ke mulut. Kuih ini paling sedap apabila dimakan dalam keadaan sejuk.

Klappertaart termasuk kuih yang mengandung kalori yang cukup tinggi. Terdapat usahawan klappertaart yang mencari campuran adunan yang lebih rendah jumlah kandungan kalorinya. Beberapa jenis klappertaart menggunakan lemak rendah kalori, susu kalsium tinggi dan pemanis rendah kalori sebagai campuran adunannya bagi menggantikan susu dan gula yang pada umumnya digunakan, sehingga menjadikan kuih ini berkurang jumlah kalorinya. Klappertaart Rendah Kalori memang sengaja dibuat agar orang yang sedang menjaga diet boleh menikmati kuih lazat ini.

Klappertaart ialah ikon daerah Sulawesi Utara (Manado) juga telah masuk dalam Makanan Khas Nusantara bersama dengan 30 jenis makanan lain dari pelbagai daerah. Kini, klappertaart sudah dikembangkan dengan pelbagai rasa seperti durian, coklat, keju, rum, kismis, beri biru, dan tentunya rasa asal. Di Manado sendiri, klappertaart sangat mudah didapati.

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!