Tauhu, tahu atau taufu (masing-masing pinjaman Hokkien dan Kantonis aksara Cina 豆腐, Pe̍h-ōe-jī: tāu-hū Jyutping: dau6fu6 "kacang soya yang ditapaikan") ialah makanan yang diperbuat daripada kacang soya yang ditapaikan dan diambil patinya. Berbeza dengan tempe yang asli dari Indonesia, tauhu berasal dari China sepertimana juga bahan-bahan yang sama keluarga dengannya seperti kicap, taucu (pes kacang bertapai), pau, dan bakso.
Tauhu pertama kali muncul di China sejak zaman Dinasti Han pada sekitar 2,200 tahun yang lalu. Penemunya Liu An (Hanzi: 劉安) merupakan seorang bangsawan, cucunda Maharaja Liu Bang, penguasa pertama dan pengasas Dinasti Han. Dibawa oleh para perantau China, makanan ini tersebar ke Asia Timur dan Asia Tenggara, lalu juga akhirnya ke seluruh dunia.
Sebagaimana dengan tempe, tauhu dikenali sebagai makanan rakyat. Berbagai-bagai jenis tauhu yang ada di Indonesia umumnya dikenali dengan tempat pembuatannya, misalnya tauhu Sumedang dan tauhu Kediri.
Cara membuat tauhu
Selepas kacang soyaditampi untuk mengasingkan biji-biji yang rosak, ia dicuci lalu direndam di dalam air selama enam jam. Selepas dicuci sekali lagi, ia dikisar sehingga halus, dan pesnya dialirkan ke dalam tong penampung.
Pes kacang soya direbus selama 15-20 minit di dalam kuali besar. Jarak waktu antara siap pengisaran dan pemasakan tidak boleh melebihi 5-10 minit untuk menjaga kualiti tauhu yang dihasilkan. Pes tersebut kemudian dipindahkan dari kuali ke tong untuk disaring dengan kain belacu atau kain mori kasar yang telah diletakkan pada dulang buluh. Agar semua pati dalam pes kacang soya tersaring semua, pada kain itu diletakkan sebuah papan kayu dan seorang akan naik ke atas untuk menggoncang-goncangnya. Baki penyaringan, yang disebut kek tauhu diperas lagi dengan menyiram air panas sehingga ia tidak mengandungi sebarang pati lagi. Penyaringan dilakukan berkali-kali sehingga pes kacang soya habis.
Air saringan yang tertampung dalam tong dicampur dengan asam cuka agar menggumpal. Selain daripada asam air kelapa, atau cairan "dadih susu" (air pati tauhu apabila tahu telah menggumpal) yang telah dieramkan, ataupun serbuk kapur tauhu (kalsium sulfat) juga akan ditambahkan.
Air asam dipisahkan daripada gumpalan putih dan disimpan, kerana masih boleh digunakan lagi. Gumpalan tauhu yang mula mengendap dituangkan ke dalam kotak berukuran lebih kurang 50 x 60 sentimeter persegi dan dialasi kain belacu. Adunan tauhu kotak dikempa selama seminit sehingga air yang masih tercampur dalam adunan tauhu itu terperas habis. Adunan tauhu berbentuk kotak yang sudah padat dipotong-potong pada ukuran 6 x 4 sentimeter persegi dan siap dijual.
Jenis
Di Korea
Dubu atau tauhu Korea (豆腐, 두부) adalah produk tauhu dari Korea. Tekniknya dibawa dari China purba dan tersebar di Korea. Sekarang dubu memainkan peranan penting dalam masakan Korea.[1]Orang Korea menggunakan tauhu dalam pelbagai cara untuk penggunaan harian mereka.
sundubu atau tauhu lembut: jenis tauhu lembut yang tidak diproses seperti tauhu biasa.[3] Sundubu paling terkenal adalah tauhu dari Desa Chodang di Gangneung. Ia dikenali sebagai Chodang Dubu (Tauhu Chodang). Ia diproses dengan air laut dan mewujudkan rasa yang luar biasa.[4]
^(Korea)두부 부침(필독), musoenara. Accessed on May 14, 2010.
^(Inggeris)Donghae Sundubu, visitkorea. Accessed on May 1st, 2010.
^Kim Joo-young (Summer 1997). "Ch'odang Village in Kangnung"(PDF). Koreana. 11 (2). Diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada 2016-03-04. Dicapai pada May 1, 2010. Cite has empty unknown parameters: |trans_title=, |laydate=, |laysummary=, dan |laysource= (bantuan)
^(Inggeris)Dubu Kimchi, mykoreankitchen. Accessed on May 12, 2010.