Dewan Himpunan Pendukung PAS atau DHPP (Jawi: ديوان همڤونن ڤندوکوڠ ڤاس, Inggeris: PAS Supporter's Assembly) merupakan salah sebuah sayap daripada kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Ia dianggotai oleh ahli parti tersebut yang terdiri daripada bukan Islam. Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat kini adalah N. Balasubramaniam. DHPP dikenali sebagai Kelab Penyokong PAS, sebelum dinaik taraf sebagai Dewan pada 23 Mei 2010.
Cadangan Awal Bukan Islam sebagai Ahli Bersekutu
Isu keahlian bukan Islam dalam PAS telah dibincangkan sejak 3 Oktober 1956 lagi dan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Prof Zulkifli Muhammad pernah mencadangkan pada 3 Disember 1961 supaya PAS menerima bukan Islam sebagai ahli bersekutu. Namun begitu, atas faktor politik Melayu ketika itu, cadangan ini ditangguhkan.
Masyarakat Bukan Islam sebagai sasaran dakwah dan politik
Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-27 pada 17-19 April 1981 memutuskan supaya PAS mendekati bukan Islam sebagai strategi dakwah dan politiknya. Hasilnya, pada 1985, PAS telah menubuhkan Chinese Consultative Council (CCC) sebagai wasilah PAS dengan masyarakat Cina, tetapi selepas Pilihan Raya Umum 1986, CCC telah berakhir.
Mendepani gelombang kebangkitan rakyat
Perubahan politik yang berlaku pada 1998 telah membawa kepada permintaan orang bukan Islam untuk menyertai PAS dan Presiden PAS, Ustaz Dato' Fadzil Mohd Noor berjanji untuk PAS mengkaji semula kedudukan ahli bersekutu. Sebagai langkah awal, mulai 1999 telah ditubuhkan Jabatan Antara Budaya yang kemudiannya diserapkan dalam Lajnah Perpaduan Nasional. Ekoran tindakan DAP meninggalkan Barisan Alternatif (BA) pada 2001, PAS mengambil langkah mewujudkan hubungan yang lebih rapat dengan orang Cina.
Penubuhan Kelab Penyokong PAS
Selepas pelancaran Dokumen Negara Islam (DNI) pada 12 November 2003, PAS telah mengadakan siri-siri penerangan tentang DNI yang turut melibatkan orang bukan Islam di Kelantan (12 Disember 2003), Terengganu (19 Disember 2003), Pahang (21 Disember 2003), Kedah (25 Disember 2003), Selangor (4 Januari 2004), Johor (25 Januari 2004) dan Perak (Februari 2004) sehingga akhirnya tertubuhnya Kelab Penyokong PAS (KPP). Antara program terawal melibatkan KPP ialah Majlis Muhibbah bersama Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di Seremban pada 23 Februari 2004. Menjelang Pilihan Raya Umum 2004, Presiden PAS telah secara rasmi melancarkan KPP di Taman Melewar pada 11 Mac 2004. Ketika KPP dilancarkan ini, kebanyakkan pendukung KPP adalah orang Cina. Kemudian, KPP berjaya diperluaskan kepada bangsa lain apabila KPP India ditubuhkan pada 2005 oleh Yb Gobalakrishnan Nagapan dengan tema dari bumi ke bulan, diikuti oleh KPP Iban (2006) dan KPP Siam (2007).
Pada 11 September 2007, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melancarkan logo KPP dengan Tema "PAS for All".
Konvensyen KPP
KPP melalui Lajnah Perpaduan Nasional telah berjaya mengadakan dua konvensyen, Pertama ialah pada bulan Disember 2007 di mana Pulau Pinang menjadi tuan rumah. Konvensyen yang diadakan di Red Rock Hotel itu telah menarik minat seluruh ahli KPP khususnya dari Kelantan. Bertemakan “Kerajaan berkebajikan untuk Semua”, konvensyen tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden dan menjadi sepak mula pada kehangatan PRU yang bakal diadakan pada awal tahun 2008.
Konvensyen kedua ialah pada bulan Mei tahun 2009 diadakan di Kompleks Pejabat Tanah Kelang dengan tema “Stay United , Brave the Challenges" telah dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS. Hampir 1000 perwakilan hadir dan resolusi telah disepakati oleh semua perwakilan antaranya ialah. Menstrukturkan Semula Kepimpinan KPP, Mengemaskan Data Keahlian dan Memperkukuhkan KPP untuk dipertingkatkan peranannya dalam PAS.
Resolusi Konvensyen telah diadaptasikan dengan bantuan seluruh LPN negeri sehingga usaha-usaha tersebut terus dijalankan bagi membuka ruang kepada proses penyerapan KPP menjadi entiti sebuah Dewan dalam parti.
Perangkaan KPP menjadi Dewan
Melihat kesungguhan orang bukan Islam mendukung perjuangan PAS ini, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 12 Oktober 2008 telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal yang diketuai oleh Ustaz Hassan Shukri untuk menggubal peraturan KPP sebagai sebuah Dewan[1]. Dalam Retreat Pimpinan PAS Pusat di Langkawi pada 7-8 November 2008, sebuah cadangan dari Jawatankuasa Teknikal bertajuk "Keahlian Bukan Islam Dalam Organisasi PAS" telah diterima sebagai panduan, sebelum Jawatankuasa Kerja PAS Pusat meluluskan Aturan dan Peraturan DHPP pada 10 Januari 2010.
Perasmian Dewan Himpunan Penyokong PAS
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah melancarkan secara rasmi penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di Dewan Pejabat Tanah Klang, Klang sebagai sebuah sayap baru PAS yang dianggotai oleh para penyokong yang bukan Islam pada 23 Mei 2010[2].
Konvensyen Nasional DHPP Pertama
DHPP telah mengadakan Konvensyen Nasional DHPP kali pertama bertemakan ‘Memimpin Perpaduan’ sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak. Konvensyen itu dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Dalam majlis itu, Pengerusi DHPP, N. Balasubramaniam turut menyampaikan ucapan dasar sebelum memberi laluan kepada Presiden PAS untuk berucap merasmikan konvensyen tersebut. N. Balasubramaniam juga sempat mengalungkan bunga malai kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad.
Penjenamaan Dewan
DHPP telah dijenamakan semula daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS kepada Dewan Himpunan Pendukung PAS dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke-66 di Kelantan[3]. Ia dirasmikan oleh Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang.
Terdapat beberapa wakil DHPP yang dilantik di beberapa posisi dalam kerajaan dan pentadbiran Malaysia.
Pengerusi MPKK Kampung Cina, Kuala Terengganu
2018-2023
Sejak Pilihan raya umum Malaysia 2008, wakil bukan Islam dari PAS telah bertanding. Disebabkan kekangan perlembagaan parti, PAS membenarkan wakil bertanding di atas tiket Parti Keadilan Rakyat, rakan komponen Barisan Alternatif ketika itu. Sejak Pilihan raya umum Malaysia 2013 hingga kini, anggota DHPP bertanding atas tiket parti mereka sendiri iaitu PAS.
|dead-url=
Dewan Ulamak PAS Pusat Ketua: Ahmad Yahaya Timbalan Ketua: Zulkifli Ismail Naib Ketua: Khirul Muntanazar Ismail
Dewan Pemuda PAS Malaysia Ketua: Afnan Hamimi Taib Azamudden Timbalan Ketua: Mohd Hafez Sabri Naib Ketua: Muhammad Hanif Jamaluddin
Dewan Muslimat PAS Malaysia Ketua: Nuridah Mohd Salleh Timbalan Ketua: Rosni Adam Naib Ketua: Salamiah Mohd Nor
Dewan Himpunan Pendukung PAS Malaysia Ketua: Balasubramaniam Nachiappan Naib Ketua: Deepakaran Karuppiah
Johor Pesuruhjaya: Abdullah Husin Ketua Ulamak: Azlisham Azahar Ketua Pemuda: Ahmad Nawfal Mahfodz Ketua Muslimat: Zakiah Tukirin
Kedah Pesuruhjaya: Ahmad Yahaya Ketua Ulamak: Mohamad Rodi Abdul Rahman Ketua Pemuda: Nasrun Othman Ketua Muslimat: Siti Ashah Ghazali
Kelantan Pesuruhjaya: Ahmad Yakob Ketua Ulamak: Hassan Mohamood Ketua Pemuda: Mohamad Kamal Mohamed Ketua Muslimat: Siti Zailah Mohd Yusoff
Melaka Pesuruhjaya: Zulkifli Ismail Ketua Ulamak: Md Khairi Abdul Aziz Ketua Pemuda: Zulhilmi Suboh Ketua Muslimat: Kintan Man
Negeri Sembilan Pesuruhjaya: Mohd Fairuz Mohd Isa Ketua Ulamak: Mohd Nazri Md Yusof Ketua Pemuda: Mahfuz Roslan Ketua Muslimat: Masita Mohamed Ali
Pahang Pesuruhjaya: Rosli Abdul Jabar Ketua Ulamak: Zuridan Mohd Daud Ketua Pemuda: Mohd Zarimi Abu Zih Ketua Muslimat: Salamiah Mohd Nor
Perak Pesuruhjaya: Razman Zakaria Ketua Ulamak: Ibrahim Zakaria Ketua Pemuda: Mohd Hafez Sabri Ketua Muslimat: Najihatussalehah Ahmad
Perlis Pesuruhjaya: Mohd Shukri Ramli Ketua Ulamak: Idris Yaacob Ketua Pemuda: Haziq Asyraf Dun Ketua Muslimat: Nor Shahirah Mat Salleh
Pulau Pinang Pesuruhjaya: Muhammad Fauzi Yusoff Ketua Ulamak: Ahmad Tajudin Abu Bakar Ketua Pemuda: Zulzalee Ariffin Ketua Muslimat: Maziah Khamis
Sabah Pesuruhjaya: Aliakbar Gulasan Ketua Ulamak: Adsman Jupri Ketua Pemuda: Hendri Hamsah Ketua Muslimat: Norsah Bongsu
Sarawak Pesuruhjaya: Jofri Jaraiee Ketua Ulamak: Abdul Halim Abdul Kadir Ketua Pemuda: Sahrul Khair Osman Ketua Muslimat: Julia Muhammad
Selangor Pesuruhjaya: Ab Halim Tamuri Ketua Ulamak: Mohd Zamri Mohd Zainuldin Ketua Pemuda: Mohamed Sukri Omar Ketua Muslimat: Wan Hasrina Wan Hassan
Terengganu Pesuruhjaya: Husain Awang Ketua Ulamak: Ismail Osman Ketua Pemuda: Mohd Harun Esa Ketua Muslimat: Zarani Othman
Wilayah Persekutuan Pesuruhjaya: Azhar Yahya Ketua Ulamak: Azahar Yaakub Ketua Pemuda: Azmer Syazwan Ahmad Suparmin Ketua Muslimat: Nuridah Mohd Salleh