Amal Seyam (Arab: أمل صيامcode: ar is deprecated ) ialah seorang ahli politik wanita di Palestin. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Hal Ehwal Wanita Palestin dalam kabinet kedua pimpinan Ismail Haniyeh pada Mac 2007 sehingga dibubarkan oleh Presiden Mahmud Abbas.[1]
Walau bagaimanapun, Amal dikekalkan jawatan dalam pemerintahan Hamas di Gaza sebagai Menteri Hal Ehwal Wanita pada 2007 hingga 2012.
Latar belakang
Amal dilahirkan di Gaza pada 1962. Beliau menetap di bandar Bethlehem melebihi 25 tahun bersama suaminya, Syeikh Dr. Ghassan Hirmas, seorang pemimpin Hamas di Bethlehem dan dikurniakan 4 orang anak. Beliau memperoleh sarjana pengajian Islam dari Universiti Al-Quds dan mengajar di Universiti Terbuka Al-Quds.[1]