Khaled Meshal

Khaled Meshal
خالد مشعل
Ketua Hamas Luar Negara
Menyandang jawatan
2021
Didahului olehMaher Salah
Ketua Biro Politik Hamas
Dalam jawatan
1996–2017
Didahului olehMusa Abu Marzuk
Digantikan olehIsmail Haniyeh
Maklumat peribadi
Lahir (1956-05-28) 28 Mei 1956 (umur 68)
Silwad, Tebing Barat
KewarganegaraanPalestin
Parti politik Hamas
KediamanDoha, Qatar
Tempat belajarUniversiti Kuwait
Universiti Stenden

Khaled Meshal (Arab: خالد مشعل, rumi: Khalid Misy'al; lahir pada tahun 1956) ialah salah seorang pemimpin pertubuhan Palestin Hamas—pertubuhan politik, sosial dan organisasi ketenteraan Palestine sejak ketika era pemerintahan Abdul Aziz al Rantisi lagi dalam tahun 2004.[1] Tambahan dari itu, Mashal pernah menjadi ketua cawangan biro politik Hamas di Syria.[2] Dia juga dikenali sebagai "pemimpin politik" Hamas cabang Kuwait[3] dan pada ketika ini tinggal di Doha, Qatar.

Mashal lahir di Silwad, sebuah perkampungan terletak di utara Ramallah dan pindah ke Jordan pada tahun 1967. Beliau pernah melanjutkan pelajarannya ke Universiti Kuwait. Di sana, Mashal pernah menjadi ketua pelajar Islam, beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya Palestin yang ketika itu tampuk pemerintahan didominasi oleh Yasser Arafat dan Pertubuhan Pembebasan Palestin, beliau juga pernah menyertai Islamic Haqq Bloc, dimana ia bersaing dengan gerakan Fatah untuk menyandangi tampuk kepimpinan Kesatuan Umum Pelajar-Pelajar Palestin di Kuwait. Selepas pengasasan Hamas pada tahun 1987, Mashal mula memimpin cawangan pertubuhan Palestin itu di Kuwait.[1] Mashal beredar dari Kuwait dan berpindah ke Jordan dalam tahun 1991. Sejak tragedi pembuangan barisan kepimpinan Hamas dari Jordan pada Ogos 1999, Mashal telah menetap di Qatar sebelum berpindah ke ibu kota Syria iaitu Damsyik pada tahun 2001.

Pada 2010, majalah British New Statesman menyenaraikan Khaled Mashal di kedudukan ke-18 dalam senarai "50 Tokoh Dunia Paling Berpengaruh 2010" (The World's 50 Most Influential Figures 2010).[4]

Pada 2021, Khaled dilantik mengetuai pejabat Hamas di luar negara.[5]

Rujukan

  1. ^ a b Profile: Khaled Meshaal of Hamas
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama JPS
  3. ^ Profile: Khaled Meshaal of Hamas. BBC News (8 Februari 2006). Dicapai 17 Ogos 2011
  4. ^ "18. Khaled Meshal – 50 People Who Matter 2010 |". New Statesman. Dicapai pada 14 Oktober 2011.
  5. ^ Al-Mughrabi, Nidal; Al-Mughrabi, Nidal (2021-04-12). "Hamas elects former chief Meshaal to head diaspora office". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-29.

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!