Rencana ini sedang giat mengalami sebuah suntingan besar buat sementara waktu. Untuk mengelakkan percanggahan suntingan, tolong jangan menyunting laman ini sementara pesanan ini dipaparkan.
Laman ini terakhir disunting pada 11:40, 18 November 2024 (UTC) (31 hari yang lalu). Sila buangkan templat ini jika laman ini belum lagi disunting dalam beberapa jam. Jika anda merupakan penyunting yang menambahkan templat ini, sila memastikan bahawa templat ini dibuangkan atau digantikan dengan {{Sedang dibina}} antara sesi suntingan.
Gerakan Perjuangan Islam (Arab: حركة المقاومة الاسلاميةcode: ar is deprecated , rumi: Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyahcode: ar is deprecated , "Gerakan Perjuangan Islam" disingkatkan kepada Arab: حماس, rumi: Ḥamāscode: ar is deprecated [50][51]) adalah sebuah pertubuhan politik dan ketenteraan Islam beraliran Ahlu al-Sunnah[52] yang mentadbir Genting Gaza terangkum dalam wilayah Palestintaklukan entiti Israel.[53] Ia beribu pejabat di Bandar Gaza dan juga di Tebing Barat. Bahkan, ibu pejabat di Tebing Barat lebih besar tetapi wilayah pengaruh lebih dikuasai pesaingnya, Fatah.
Walaupun secara sejarahnya, mencari sebuah negara Islam Palestin dengan menggabungkan wilayah Tebing Barat dan Genting Gaza,[63][64] Hamas mula menerima cadangan sempadan tahun 1967 dalam persetujuan yang ditandatangani dengan Fatah pada 2005, 2006 dan 2007.[65] Pada 2017, Hamas menerbitkan piagam baharu menyokong negara Palestin dengan mengikut pada sempadan tahun 1967 tanpa mengiktiraf Israel.[66][67][68][69] Tindakan Hamas mengulangi tawaran gencatan senjata mereka (untuk tempoh 10–100 tahun) berdasarkan pada sempadan 1967 dilihat orang lain sebagai sejajar dengan penyelesaian dua negara,[70][71][72][73] manakala dalam keadaan lain, Hamas mengekalkan matlamat jangka panjang untuk menubuhkan satu negara sebagaimana Palestin Bermandat.[74][75] Di bawah prinsip ideologi Islamisme, Hamas menggalakkan semangat kebangsaan Palestin dalam acuan Islam; ia telah menjalankan dasar jihad (perjuangan bersenjata) menentang dasar penjajahan Aparteid Israel.[c] Hamas juga mempunyai sayap ketenteraan yang juga bertindak sebagai pemberi khidmat dan da'wah kepada masyarakat yang dinamakan Briged Izzuddin al-Qassam.[d][e] Sejak pertengahan 1990-an,[54] Hamas memperoleh liputan meluas dalam kalangan masyarakat Palestin dengan pendirian anti-Israel mereka.[79][80]
Genting Gaza kini di bawah sekatan, dikenakan oleh Israel dan Mesir. Israel dan Hamas berlawan dalam siri peperangan yang banyak, termasuk pada 2008–09, 2012, 2014 dan terkini pada 2023.
Penamaan
Hamas ialah sebuah singkatan perkataan Arabحركة المقاومة الإسلاميةcode: ar is deprecated atau Ḥarakah al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah, bermaksud "Gerakan Perjuangan Islam". Kependekannya, HMS, kemudiannya dimeterai dalam Piagam Hamas kepada perkataan Arab ḥamās (حماسcode: ar is deprecated ) yang mana membawa maksud "semangat berkobar-kobar", "kekuatan", atau "keberanian".[81]
Sejarah
Asal usul
Apabila Israel menjajah wilayah Palestin pada 1967, anggota Ikhwan Muslimin di sana tidak mengambil bahagian secara aktif terhadap penentangan, lebih menumpukan kepada pembaharuan sosioagama dan memelihara nilai Islam.[82] Pandangan ini berubah pada awal 1980-an, dan pertubuhan Islam menjadi lebih banyak terlibat dalam politik Palestin.[83] Usaha di sebalik perubahan ini dipacu Syeikh Ahmed Yassin, seorang warga Palestin dari Al-Jura.[83] Dengan latar belakang yang sederhana dan seorang yang lumpuh,[83] beliau menjadi salah seorang pemimpin Ikhwan Muslimin di Gaza. Keyakinan dan karisma beliau telah mewujudkan sebuah kumpulan pengikut yang setia, yang boleh membantu beliau untuk apa jua—daripada kelengkapan diri, pengangkuitan dari satu tempat ke satu tempat, menyebarkan strateginya kepada khalayak.[84] Pada 1973, Ahmad telah mengasaskan sebuah badan kebajikan sosioagama Mujama al-Islami ("Majlis Islam") di Gaza sebagai satu cabang kepada Ikhwan Muslimin.[85][86]
Pihak berkuasa Israel pada 1970-an dan 1980-an menunjukkan sikap acuh tak acuh terhadap Mujama al-Islami. Mereka melihat ia sebagai sebuah kumpulan agama yang kurang ganas menentang Israel lebih daripada Fatah dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), ramai juga percaya bahawa pertembungan antara kumpulan-kumpulan pejuang Islam dan PLO akan membawa kepada kelemahan pertubuhan tersebut.[87][88][89][90][91] Maka, pemerintah Israel tidak campur tangan dalam pergaduhan PLO dan kumpulan pejuang Islam.[87]
Pada 1984 Ahmad Yassin ditahan selepas pihak Israel menemui senjata kumpulannya,[87] tetapi dibebaskan pada Mei 1985 sebagai sebahagian daripada pertukaran tahanan.[92][93] Beliau kemudiannya meluaskan capaian kebajikannya di Gaza.[87] Susulan daripada pembebasan beliau, Ahmad Yassin menubuhkan Majd (singkatan kepada nama Arab: المنظمة الجهاد والدعوة, rumi: Munazamat al-Jihad wa al-Da'wa, lit. 'Pertubuhan Jihad dan Dakwah'code: ar is deprecated ), diterajui oleh bekas pemimpin pelajar, Yahya Sinwar dan Ruhi Musytaha, ditugaskan untuk menangani isu keselamatan dalaman dan memburu individu dikalangan rakyat tempatan yang memberi maklumat kepada perkhidmatan perisikan Israel (Shin Bet).
[94][95]Shin Bet berbeza dengan Mossad. Ini kerana Mossad menjalankan kegiatan risikan diluar negara Israel.
Pada masa yang sama, beliau mengarahkan bekas pemimpin pelajar, Solah Syahadah menubuhkan al-Mujahidun al-Filastiniun (pejuang Palestin), tetapi kumpulan bersenjata ini telah diketahui dengan cepat oleh Israel dan senjata mereka telah dirampas.[96][f]
Idea mengenai Hamas bermula untuk dibentuk pada 10 Disember 1987, apabila beberapa anggota Ikhwan Muslimin[g] bersidang sehari selepas berlaku sebuah peristiwa iaitu trak tentera Israel telah berlanggar dengan sebuah kereta di titik pemeriksaan Gaza yang membunuh empat orang pekerja harian Palestin, mendorong kepada Intifadah Pertama. Kumpulan ini bertemu di rumah Ahmad Yassin untuk menyusun strategi bagaimana untuk memaksimumkan kesan peristiwa tersebut dalam menyebarkan sentimen pembebasan negara dan mencetuskan tunjuk rasa awam.[4] Satu risalah diterbitkan pada pada 14 Disember menyeru kepada penentangan resistance yang boleh dianggap sebagai pendedahan pertama mereka kepada umum, walaupun nama Hamas itu sendiri tidak digunakan sehingga Januari 1988.[4] Ahmad Yassin tidak berhubung secara terus dengan pertubuhan tetapi memberi restu kepada mereka.[97] Hamas secara rasmi diiktiraf oleh Ikhwan Muslimin Jordan selepas sebuah mesyuarat penting diadakan di Amman pada Februari 1988.[98] Kepada kebanyakan orang Palestin, Hamas muncul untuk melibatkan diri dengan lebih telus dengan semangat kebangsaan mereka, memandangkan ia hanya menyediakan versi Islamik terhadap matlamat PLO, perjuangan bersenjata untuk membebaskan keseluruhan Palestin, bukan kawasan yang dikompromi PLO—yang lebih kecil daripada kawasan Palestin Bermandat.[99]
Pada Ogos 1988, Hamas menerbitkan Piagam Hamas, di mana ia menyatakan sendiri Hamas ialah sebahagian daripada Ikhwan Muslimin dan minatnya terhadap penubuhan "sebuah negara Islam seluruh Palestin".[100]
Pada tahun 1987, sewaktu Intifadah Pertama, Sheikh Ahmed Yassin dan enam ahli Mujama al-Islamiya telah menubuhkan gerakan yang dinamakan Hamas, asalnya pertubuhan ini memanggilnya "sayap separa-ketenteraan" bagi Ikhwan Muslimin Palestin , dan Sheikh Ahmed Yassin menjadi tokoh pemimpin agamawan Hamas. Beliau juga telah bertanggungjawab bagi beberapa siri serangan berani mati yang menyasarkan wilayah pendudukan Israel. Ekoran kejadian tersebut, Hamas telah dicatatkan dalam senarai pertubuhan pengganas .[101] Pada waktu tersebut, Mujama al-Islamiya mengawal sekitar 40% anggaran bilangan masjid di Tebing Gaza. Israel juga mengesyaki Pertubuhan gerakan Mujama al-Islamiya mungkin menjadi kepentingan bagi aktiviti pejuang Hamas. Ini diyakini dengan mereka secara terus-menerus memberikan perlindungan dari segi sokongan, penggubahan dan pemindahan dana, memudahkan propaganda Hamas dan usaha perekrutan ,menyediakan pekerjaan bagi pengusahanya, dan berkhidmat sebagai rangkaian bantuan logistik .[102]
Pada 28 September 2000 – 8 Februari 2005 telah berlakunya kebangkitan dalam penentangan rakyat Palestin terhadap pendudukan Israel yang didorong oleh kegagalan Sidang Kemuncak Kem David pada tahun 2000, yang dijangka mencapai persetujuan muktamad mengenai proses damai Israel-Palestin pada bulan Julai tahun 2000.
Ditambah pula dengan rombongan lawatan dari Israel oleh parti politikLikud melibatkan Perdana Menteri Israel Ariel Sharon di Temple Mount yang juga dikenali sebagai Masjid al-Aqsa kawasan suci bagi kedua-dua orang Yahudi dan Islam. Ariel Sharon dengan kenyataan kontroversi menyatakan bahawa :
"Masjid al-Aqsa berada di tangan kita dan akan kekal di tangan kita. Ia adalah tapak paling suci dalam agama Yahudi dan adalah hak setiap orang Yahudi untuk melawat Masjid al-Aqsa."
Lawatan ini dilihat oleh rakyat Palestin sebagai sangat provokatif dan mewujudkan rasa ketidakpuasaan yang mengakibatkan berlakunya penunjuk perasaan dikalangan rakyat Palestin. Kejadian ini membuatkan rakyat Palestin membaling batu ke arah polis dan kemudian dibubarkan oleh tentera Zionis Israel dengan menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah. Rusuhan yang berlaku di kalangan penduduk Palestin dan rejim Zionis Israel, mengakibatkan berlaku insiden pertempuran antara tentera Zionis Israel dan orang ramai yang membantah. Susulan insiden yang terjadi, ramai yang tercedera dalam rusuhan tersebut. Kemudian, bermulalah Intifadah Kedua yang melibatkan antara kumpulan pembebasan Palestin dan tentera rejim Zionis.
Perjanjian Oslo yang ditandatangani oleh Pihak Berkuasa Palestin (PLO) pada 13 September 1993, telah menimbulkan banyak ketidakpuasan hati dan penentangan dikalangan rakyat Palestin sendiri, dan juga kumpulan pembebasan Palestin seperti Hamas, Jihad Islam Palestin dan kumpulan lain yang ada di Palestin.
Pada pilihanraya yang berlangsung pada 25 Januari 2006 dan berakhir pada 29 Januari 2006 bagi pemilihan anggota Majlis Perundangan Palestin (PLC) dan badan perundangan bagi Pihak Berkuasa Palestin. Keputusannya memihak kepada Hamas, yang bertanding di bawah blok "Perubahan dan Pembaharuan", yang mana mereka menerima 44.45% undi keseluruhan dan memenangi 74 daripada 132 kerusi, sedangkan penyandang Fatah menerima 41.43% undi keseluruhan dan hanya memenangi 45 kerusi. Ekoran kemenangan pilihanraya keatas Hamas, perletakan jawatan Ahmed Qurei telah dilaksanakan dimana digantikan dengan Ismail Haniyah . Pada 2007, Hamas telah mengambil alih pentadbiran Gaza.
Pada Februari 2007, sewaktu ketegangan memuncak antara Fatah dan Hamas. Kumpulan bersenjata Fatah telah menggempur Universiti Islam Gaza (IUG). Universiti tersebut didakwa pihak Fatah dimana Hamas menjadikannya sebagai markas menyimpan puluhan pelancar bom tangan roket (RPG), roket-roket dan senapang tempur rifal, serta beribu butir peluru yang berada didalam Universiti tersebut. Tuduhan yang dibuat telah dimuat naik oleh media New York Post di laman webnya.[103]
Pada Desember 2008, Universiti Islam Gaza telah dibom dalam enam siri serangan udara yang dilakukan Tentera Udara Israel sewaktu Konflik Israel-Gaza (2008-2009), dimana pihak Zionis Israel mereka-cerita bahwa fasiliti universiti tersebut digunakan oleh Hamas untuk membangunkan dan menyimpan senjata-senjata termasuk Roket Qassam yang digunakan bagi menyasarkan wilayah pendudukan Israel. Namun, Hamas menafikan dakwaan Israel yang dianggap mereka palsu semata yang bertujuan untuk membenarkan pembunuhan keatas rakyat Palestin. Universiti di Genting Gaza tersebut sekali lagi menjadi sasaran serangan udara rejim Zionis sewaktu Konflik Israel–Gaza 2014. Rejim Zionis Israel membuat dakwaan dengan mengatakan serangan mereka menyasarkan gudang pembuatan senjata oleh Hamas yang berpusat di Universiti tersebut.[104]
Kedudukan dasar
Piagam Hamas
Penyelesaian dua negara
Cadangan Hudna
Dasar agama
Organisasi
Kepimpinan dan struktur
Biro Politik
Kewangan dan pendanaan
Khidmat masyarakat
Ketenteraan
Media
Penerimaan
Penandaan kumpulan pengganas
Amerika Syarikat menandakan Hamas sebagai sebuah pertubuhan pengganas pada 1995, begitu juga Kanada pada November 2002,[105] dan United Kingdom pada November 2021. Kesatuan Eropah menandakan sayap ketenteraan Hamas pada 2001 dan, di bawah tekanan AS,[106] menandakan Hamas pada 2003.[107] Hamas mencabar keputusan tersebut,[108] yang mana kemudiannya membawa ke Mahkamah Keadilan Eropah pada Julai 2017.[109] Jepun[110] dan New Zealand[111] menandakan sayap ketenteraan Hamas sebagai pertubuhan pengganas.[112] Pertubuhan ini juga diharamkan di Jordan.[113]
Hamas tidak ditandakan sebagai pertubuhan pengganas oleh Afghanistan, Algeria, Iran,[114] Rusia,[115] Norway,[h] Turki, China,[117] Mesir, Syria, dan Brazil.[118][119][120]
Hamas sentiasa mengekalkan kepimpinan di luar negara. Gerakan ini sengaja dilakukan Hamas bagi memecah-mecahkannya supaya Israel tidak dapat membunuh pemimpin politik dan pegawai ketenteraan yang tertinggi.[121] Hamas pernah bersekutu kuat dengan Iran dan Syria. Iran memberikan Hamas anggaran $13–15 juta pada 2011 dan juga capaian kepada peluru berpandu jarak jauh. Biro politik Hamas pernah diletakkan di ibu negara Syria, Damsyik sebelum perang saudara Syria meletus. Hubungan antara Hamas, Iran, dan Syria bermula dingin apabila Hamas menarik sokongan kepada pemerintahan Presiden Syria, Bashar al-Assad. Malah, Hamas menyokong pemberontak Sunni berjuang melawan Assad.[122]
Dari 2012 hingga 2013, di bawah kepimpinan Ikhwan Muslimin, Presiden Mohamed Morsi, Hamas mendapat sokongan Mesir. Walau bagaimanapun, selepas Morsi digulingkan, penggantinya Abdul Fattah al-Sisi mengharamkan Ikhwan Muslimin dan memusnahkan terowong Hamas yang dibina ke Mesir. Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi juga memusuhi Hamas. Sebagaimana Mesir, mereka menandakan Ikhwan sebagai pertubuhan pengganas dan Hamas dilihat sama fungsinya di Palestin.
^"Hamas menganggap Palestin sebagai barisan hadapan utama 'jihad', dan melihat pemberontakan sebagai cara Islam memerangi Penjajahan. Pemimpin pertubuhan itu berhujah bahawa Islam memberi rakyat Palestin kuasa untuk berhadapan dengan Israel, dan menyifatkan Intifadah sebagai kembalinya orang ramai kepada Islam. Sejak penubuhannya, Hamas telah cuba mendamaikan nasionalisme dan Islam. [...] Hamas menyatakan dirinya sebagai gerakan nasionalis."[11]
^"Hamas secara utamanya ialah gerakan kegamaan di mana pandangan nasionalis mereka dibentuk oleh tetapan keagamaan mereka."[12]
^"Hamas is a radical Islamic fundamentalist organization that has stated that its highest priority is a Jihad (holy war) for the liberation of Palestine."[76]
^"In politics everything is possible. Iraq, for instance, has the Badr Brigade, which is a military arm of the Supreme Council for the Islamic Revolution in Iraq and has joined the political process in the country. Members of the Badr Brigade have joined the security service in Iraq. In Iraq the USA has been trying to tackle the insurgent issue through negotiations. Hizbullah in Lebanon is a political party, and it also has its militant organisations. The Mujahideen, who were the leading militants in Afghanistan, have joined the political process in their country after more than 20 years of war. Being a militant and joining the political platform is not a sin. If we leave the Middle East and look at Sinn Fein, for example, in Northern Ireland, this group was fighting the British government and then, through engagement and direct negotiation, extremist influence was marginalised, and Sinn Fein found an opportunity to moderate itself."[77]
^"The idea of a militant movement like Hamas possessing both political and military personas simultaneously is not especially new, with the IRA/Sinn Féin and the Lebanese movement Hezbollah being two often cited examples. However, this study argues that given the role that resistance plays in the Palestinian narrative, Hamas's dual resistance is a more comprehensive and integrated strategy than that possessed by other so-called hybrid or dual-status movements. This is because Hamas has managed to synergise its political and armed resistance efforts, and it does this to further its self-determination agendas."[78]
^It is unclear whether these groups were set up in 1985 or 1986.
^Abu Amr states the following people attended: Dr. 'Abd al-'Aziz al-Rantisi (40), a physician residing in Khan Yunis; Dr. Ibrahim al-Yazuri (45), a pharmacist residing in Gaza city; Shaykh Salih Shehada (40), a University instructor from Beit Hanoun; 'Isa al-Nashshar (35), an engineer in Rafah; Muhammad Sham'a (50), a teacher in al-Shati refugee camp and 'Abd al-Fattah Dukhan (50), a school principal at al-Nusayrat refugee camp.[4]
^"In 2006, Norway explicitly distanced itself from the EU proscription regime, claiming that it was causing problems for its role as a 'neutral facilitator.'"[116]
^Lopez, Anthony; Ireland, Carol; Ireland, Jane; Lewis, Michael (2020). The Handbook of Collective Violence: Current Developments and Understanding. Taylor & Francis. m/s. 239. ISBN9780429588952. The most successful radical Sunni Islamist group has been Hamas, which began as a branch of the Muslim Brotherhood in Palestine in the early 1980s. It used terrorist attacks against civilians - particularly suicide bombings – to help build a larger movement, going so far as to emerge as the recognized government of the Gaza Strip in the Palestine Authority.
^ abHiggins, Andrew (January 24, 2009). "Hamas". The Wall Street Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada September 26, 2009. Dicapai pada January 25, 2023. When Israel first encountered Islamists in Gaza in the 1970s and '80s, they seemed focused on studying the Quran, not on confrontation with Israel. The Israeli government officially recognized a precursor to Hamas called Mujama Al-Islamiya, registering the group as a charity. It allowed Mujama members to set up an Islamic university and build mosques, clubs and schools. Crucially, Israel often stood aside when the Islamists and their secular left-wing Palestinian rivals battled, sometimes violently, for influence in both Gaza and the West Bank. "When I look back at the chain of events I think we made a mistake," says David Hacham, who worked in Gaza in the late 1980s and early '90s as an Arab-affairs expert in the Israeli military. "But at the time nobody thought about the possible results." Israeli officials who served in Gaza disagree on how much their own actions may have contributed to the rise of Hamas. They blame the group's recent ascent on outsiders, primarily Iran. This view is shared by the Israeli government. "Hamas in Gaza was built by Iran as a foundation for power, and is backed through funding, through training and through the provision of advanced weapons," Mr. Olmert said last Saturday. Hamas has denied receiving military assistance from Iran.
^"How powerful is Hamas?". The Economist. ISSN0013-0613. Dicapai pada October 17, 2023. In 2006, a year after Israel withdrew from Gaza, Hamas won a majority of seats in a Palestinian election and later formed a new unity government with Fatah, its nationalist rival. In June 2007, after a brief civil war, it assumed sole control of Gaza, leaving Fatah to run the Palestinian Authority (pa) in the West Bank. In response Israel and Egypt imposed a suffocating blockade on the coastal strip in 2007, strangling its economy and in effect confining its people in an open-air prison. There have been no elections since. Hamas has run Gaza as an oppressive one-party state, leaving some Palestinians there disenchanted with its leadership. Nevertheless, Palestinians widely consider it to be more competent than the ailing, corrupt pa.
^Burton, Guy (2012). "Hamas and its Vision of Development". Third World Quarterly. 33 (3): 525–540. doi:10.1080/01436597.2012.657491. ISSN0143-6597. JSTOR41507185. S2CID144037453. The joint Hamas-Fatah government did not last long. Within months the two sides were fighting again, eventually leading to a political split of the occupied territory, with Fatah controlling the West Bank and Hamas establishing a virtual one-party state in Gaza
^"Palestinian". Even Hamas in 2017 said it was ready to accept a Palestinian state with 1967 borders if it is clear this is the consensus of the Palestinians.
^Halim Rane (2009). Reconstructing Jihad Amid Competing International Norms. m/s. 34. Asher Susser, director of the Dayan Centre at Tel Aviv University, conveyed to me in an interview that “Hamas’ ‘hudna' is not significantly different from Sharon’s ‘long-term interim agreement.” Similarly, Daniel Levy, a senior Israeli official for the Geneva Initiative (GI), informed me that certain Hamas officials find the GI acceptable, but due to the concerns about their Islamically oriented constituency and their own Islamic identity, they would “have to express the final result in terms of a “hudna,” or “indefinite" ceasefire,” rather than a formal peace agreement.”
^Baconi 2018, m/s. 108Hamas’s finance minister in Gaza stated that “a long-term ceasefire as understood by Hamas and a two-state settlement are the same. It’s just a question of vocabulary.” sfn error: no target: CITEREFBaconi2018 (help)
^Loren D. Lybarger (2020). Palestinian Chicago. University of California Press. m/s. 199. Hamas too would signal a willingness to accept a long-term "hudna" (cessation of hostilities, truce) along the armistice lines of 1948 (an effective acceptance of the two-state formula).
^Tristan Dunning (2016). Hamas, Jihad and Popular Legitimacy. Routledge. m/s. 179-180.
^Alsoos, Imad (2021). "From jihad to resistance: the evolution of Hamas's discourse in the framework of mobilization". Middle Eastern Studies. 57 (5): 833–856. doi:10.1080/00263206.2021.1897006. S2CID234860010.
^Faeq, Nasir; Jahnata, Diego (2020). "The Historical Antecedents of Hamas". International Journal of Social Science Research and Review. 3 (3): 33. doi:10.47814/ijssrr.v3i3.49. S2CID234607095.
^Cordesman 2002, m/s. 243. sfn error: no target: CITEREFCordesman2002 (help)
^Zweiri 2006, m/s. 681. sfn error: no target: CITEREFZweiri2006 (help)
^Kear 2018, m/s. 7. sfn error: no target: CITEREFKear2018 (help)
^Jefferis 2016, m/s. 50–51. sfn error: no target: CITEREFJefferis2016 (help)
^Abu Amr 1994, m/s. 16. sfn error: no target: CITEREFAbu_Amr1994 (help)
^Singh 2013, m/s. 153. sfn error: no target: CITEREFSingh2013 (help)
^ abcdHiggins, Andrew (January 24, 2009). "How Israel Helped to Spawn Hamas". The Wall Street Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada September 26, 2009. Dicapai pada January 25, 2023. When Israel first encountered Islamists in Gaza in the 1970s and '80s, they seemed focused on studying the Quran, not on confrontation with Israel. The Israeli government officially recognized a precursor to Hamas called Mujama Al-Islamiya, registering the group as a charity. It allowed Mujama members to set up an Islamic university and build mosques, clubs and schools. Crucially, Israel often stood aside when the Islamists and their secular left-wing Palestinian rivals battled, sometimes violently, for influence in both Gaza and the West Bank. "When I look back at the chain of events I think we made a mistake," says David Hacham, who worked in Gaza in the late 1980s and early '90s as an Arab-affairs expert in the Israeli military. "But at the time nobody thought about the possible results." Israeli officials who served in Gaza disagree on how much their own actions may have contributed to the rise of Hamas. They blame the group's recent ascent on outsiders, primarily Iran. This view is shared by the Israeli government. "Hamas in Gaza was built by Iran as a foundation for power, and is backed through funding, through training and through the provision of advanced weapons," Mr. Olmert said last Saturday. Hamas has denied receiving military assistance from Iran.
^Levitt 2006, m/s. 24. sfn error: no target: CITEREFLevitt2006 (help)
^Mattar 2005, m/s. 195. sfn error: no target: CITEREFMattar2005 (help)
^Hassan 2014, m/s. 80. sfn error: no target: CITEREFHassan2014 (help)
^Abu Amr 1994, m/s. 35. sfn error: no target: CITEREFAbu_Amr1994 (help)
^Levitt 2006, m/s. 35. sfn error: no target: CITEREFLevitt2006 (help)
^Mannes 2004, m/s. 114. sfn error: no target: CITEREFMannes2004 (help)
^"IRAN'S GAZA GOONS CAUGHT AT HELM OF BOMB FACTORY," by ANDY SOLTIS with Post Wire Services, New York Post, Feb. 3, 2007 [1]Diarkibkan 2008-12-04 di Wayback Machine
^"EU court keeps Hamas on terrorism list, removes Tamil Tigers". Reuters. July 26, 2017. The lower court had found that the listing was based on media and internet reports rather than decisions by a "competent authority". But the ECJ said such decisions were not required for groups to stay on the list, only for their initial listing.