Mahmud Abbas

Mahmud Abbas
محمود عباس
Presiden Negara Palestin
Menyandang jawatan
23 November 2008
Perdana Menteri
Didahului olehdirinya
Jawatan pada nama saja
Dalam jawatan
8 Mei 2005 – Januari 2013
Perdana Menteri
Didahului olehYasser Arafat
Digantikan olehdirinya
Presiden Pihak Berkuasa Palestin ke-2
Menyandang jawatan
15 Januari 2005
Perdana Menteri
Didahului olehYasser Arafat
Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin
Dalam jawatan
19 Mac 2003 – 6 September 2003
PresidenYasser Arafat
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehAhmed Qurei
Maklumat peribadi
Lahir
Mahmud Reda Abbas
محمود رضا عباس

(1935-03-26) 26 Mac 1935 (umur 89)
Palestin Bermandat Safed, Palestin Bermandat
KewarganegaraanPalestin
Parti politikFatah
PasanganAminah Abbas

Mahmud Abbas (Arab: محمود عباس, dikenali sebagai Abu Mazen, ابو مازن; dieja juga dengan Mahmoud Abbas, lahir 26 Mac 1935) ialah presiden Negara Palestin dan Pihak Berkuasa Palestin (PNA).[1] Beliau telah menjadi pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sejak 2004, Presiden PNA sejak Januari 2005, dan presiden Negara Palestin sejak Mei 2005. Abbas juga ialah anggota parti Fatah dan dipilih sebagai pengerusi pada 2009.

Abbas dipilih pada 9 Januari 2005 untuk berkhidmat sebagai Presiden Badan Penguasa Palestin sehingga 15 Januari 2009, tetapi dilanjutkan tempohnya sehingga pilihan raya seterusnya pada 2010, mengikut perlembagaan PLO, dan pada 16 Disember 2009 beliau telah diundi ke jawatan tersebut oleh Majlis Pusat PLO. Akibatnya, saingan utama Fatah, Hamas, pada permulaannya mengumumkan tidak akan mengiktiraf pelanjutan jawatan atau memandang Abbas sebagai presiden yang sah.[2][3][4] Namun begitu, jawatan yang disandang Abbas diiktiraf secara antarabangsa, dan Hamas dan Fatah mengendalikan sejumlah rundingan dalam tahun=tahun berikutnya,[5] membawa kepada sebuah persetujuan pada April 2014 bagi membentuk Kerajaan Perpaduan (yang bertahan hingga Oktober 2016) dan mengiktiraf jawatannya oleh Hamas.[6] Abbas juga dipilih sebagai Presiden Negara Palestin oleh Majlis Pusat PLO pada 23 November 2008, sebuah jawatan yang secara tidak rasmi disandang beliau sejak 8 Mei 2005.[7]

Abbas berkhidmat sebagai Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin pertama dari Mac hingga September 2003.[8] Sebelum dinamakan sebagai Perdana Menteri, Abbas mengetuai Jabatan Hal Ehwal Rundingan PLO. Beliau pernah dituduh memutarbelitkan sejarah Yahudi dan telah dikecam sebagai penafi Holokus disebabkan kenyataannya yang banyak sepanjang tahun.[9]

Dia menjadi pengerusi majlis eksekutif PLO sejak 11 November 2004, selepas Yasser Arafat meninggal dunia. Semasa Pihak Berkuasa Palestin dikuasai oleh Hamas lantaran pilihan raya umum Palestin 2006, Abbas sering dilihat sebagai pihak bersekongkol dengan Israel dan kuasa Barat.

Pada 15 Januari 2006 dia mengistihar bahawa walaupun Gaza tidak aman, dia tidak akan menukar tarikh pilihan raya (25 Januari), kecuali jika Israel memutuskan untuk menghalang rakyat Palestin di Jerusalem Timur dari mengundi [10].Hamas memenangi majoriti undi dalam Majlis Perundangan Palestin dalam pilihan raya ini [11].

Abbas kemudiannya cuba merampas kuasa dengan memaksa Hamas menyerahkan senjata dan menangkap beberapa orang pemimpin Hamas. Hamas kemudiannya membuat kejutan dengan membuat serangan balas. Pada 14 Julai 2007, Abbas telah melucutkan jawatan Perdana Menteri Ismail Haniyeh dan kabinetnya selepas Hamas berjaya menguasai seluruh Genting Gaza melalui serangan bersenjata. Beliau melantik Salam Fayyad (bebas) sebagai Perdana Menteri baru. Berikutan tindakan itu, Amerika Syarikat telah menghentikan sekatan bantuan kepada penduduk Palestin.

Kini Tebing Barat Palestin dikuasai Fatah melalui Pihak Berkuasa Palestin manakala Genting Gaza dipegang oleh Hamas.

Kehidupan awal

Mahmud Ridha Abbas telah dilahirkan pada 1935 di Safed, satu kawasan Palestin yang dikuasai oleh British. Keluarganya menjadi pelarian sejak 1948 ke Syria. Di Syria dia menuntut di Universiti Damsyik sebelum pergi ke Mesir - jurusan undang-undang.

Kemudian ke universiti di Moscow, Rusia dan mendapat Ph.D pada tahun 1982 dalam jurusan sejarah. Disertasi kedoktoran beliau ialah tentang Hubungan Rahsia Di Antara Nazi dan Para Pemimpin Gerakan Zionis.

Pada 1984 buku berdasarkan disertasi Ph.D Abbas telah dicetak dalam bahasa Arab di Jordan. Buku ini mendapat kritikan banyak pihak kerana Mahmoud Abbas mengkritik bilangan mangsa peristiwa Holocaust. Katanya mangsa sebenar hanya ribuan sahaja, tidak sampai 6 juta.

Pada Mei 2003 Mahmoud Abbas ditemubual oleh Haaretz, Abbas menyatakan:

"Saya menulis dengan terperinci mengenai Holocaust dan tidak mahu berbincang tentang bilangan sebenar kerana angka-angka yang diberikan amat berbeza. Ada sejarawan menulis terdapat 12 juta mangsa dan lagi menulis terdapat 800,000. Saya tidak berhasrat untuk berhujah dengan angka-angka. Holocaust adalah satu jenayah dahsyat, tidak dapat dimaafkan dengan pembentukan negara Yahudi, suatu jenayah yang bertentangan dengan kemanusiaan yang tidak boleh diterima oleh manusia. Holocaust adalah satu perkara yang dahsyat dan tidak ada orang boleh menuntut saya menafikan ia."

Rujukan

  1. ^ "Current talks 'last chance' for just peace with Israel, Palestinian leader tells UN". United Nations News Centre. 26 September 2013. Dicapai pada 26 January 2020.
  2. ^ "Hamas: Abbas no longer president". United Press International. 9 January 2009. Dicapai pada 26 January 2020.
  3. ^ Abu Toameh, Khaled (14 December 2008). "Abbas planning to extend his own term". The Jerusalem Post. Dicapai pada 26 January 2020.
  4. ^ Abu Toameh, Khaled (9 January 2009). "Hamas: Abbas no longer heads PA". The Jerusalem Post. Dicapai pada 26 January 2020.
  5. ^ Abu Toameh, Khaled (5 March 2012). "No political differences between Fatah, Hamas". The Jerusalem Post. Dicapai pada 8 December 2017.
  6. ^ Keinon, Herb (10 May 2014). "Politics: Fatah-Hamas unity talks breed Likud harmony". The Jerusalem Post. Dicapai pada 8 December 2017.
  7. ^ "PLO asks Mahmud Abbas to be acting president of "state of Palestine"". Al Jazeera. 8 May 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 December 2013. Dicapai pada 26 January 2020 – melalui NewsLibrary.
  8. ^ "Palestinian prime minister Abbas resigns". CNN. 6 September 2003. Dicapai pada 26 January 2020.
  9. ^ "Outrage over Abbas's antisemitic speech on Jews and Holocaust". BBC News. 7 September 2023.
  10. ^ Abbas: Palestinian polls on schedule (Aljazeera) 15 Januari 2006
  11. ^ Abbas Threatens Hamas With New Elections (INN) 8 Oktober 2006

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!