Tandek merupakan sebuah pekan yang terletak di daerah Kota Marudu, Sabah, Malaysia. Pekan Tandek juga adalah pekan penghubung kepada pekan-pekan besar di Sabah seperti Kudat, Kota Marudu, Pitas dan lain-lain. Jarak pekan Tandek ke bandar Kota Kinabalu adalah 180 Kilometer.
Pentadbiran
Majlis daerah Kota Marudu
Kawasan Tandek adalah dibawah naungan pentadbiran Majlis daerah Kota Marudu. Namun, Mantan Ketua Bahagian Parti Warisan Kawasan Tandek, Dato’ Baintin Adun telah menyuarakan kawasan Tandek perlu dinaiktaraf menjadi daerah penuh di masa akan datang.[1]
Demografi penduduk
Etnik
Jumlah penduduk sekitar Tandek
Menurut sumber statistik tahun 2010, jumlah populasi penduduk di sekitar Tandek hanya mempunyai penduduk seramai 221. Pembancian akan dilakukan pada hari banci pada 7 Julai 2020 untuk mengumpul dan mengetahui maklumat bilangan statistik penduduk terkini.[2]
Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Tandek pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;
Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[3]
|
Tahun
|
Melayu
|
Kadazan/Dusun
|
Bajau
|
Murut
|
Bumiputera Lain
|
Cina
|
India
|
Lain-lain
|
Bukan Warganegara Malaysia
|
Jumlah Keseluruhan
|
2010
|
2
|
33
|
140
|
-
|
36
|
5
|
-
|
1
|
4
|
221
|
2020 (Akan Datang)
|
Jantina
Berikut merupakan jumlah penduduk sekitar Tandek pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;
Jantina[3]
|
Tahun
|
Lelaki
|
Perempuan
|
Jumlah
|
2010
|
109
|
112
|
221
|
Rujukan
Pautan luar
- Kategori berkenaan Tandek di Wikimedia Commons