Tambisan

Tambisan
Negara Malaysia
Negeri Sabah
DaerahLahad Datu
MukimTambisan
Zon waktuMalaysian Standard Time

Tambisan merupakan sebuah Kawasan yang terletak Paling timur di Malaysia dari segi Geografinya, ia juga adalah salah sebuah Mukim yang terdapat di Daerah Lahad Datu, Sabah , Malaysia.

Asal usul nama Tambisan

Menurut penduduk Tambisan, nama Tambisan diperoleh daripada dua cerita atau versi yang saling berkaitan. Versi pertama adalah, semasa Panglima Tumikbi (Adalah Peneroka terawal) membersihkan pulau Tambisan, mereka menemui pohon yang lebat buahnya. Orang Melayu mengelar pohon tersebut sebagai Jambu Air Mawar dan orang Suluk mengelar Tambis. Manakala bagi versi kedua. pula, nama Tambisan ini adalah berasal daripada seorang lelaki bernama Tambi dan seorang wanita bernama San. Apabila mereka berkahwin, maka muncul la nama Tambisan. Namun Imam Mansor versi yang diceritakan oleh beliau sedikit berbeza dengan Encik Hassan. Menurut beliau, ada seorang bangsa Tambi (India) datang menjual kain di Tambisan.

Semasa Panglima Tumikbi memohon tanah di pejabat daerah di Lahad Datu, Rasdin Muji selaku Ketua Pejabat Daerah ketika bertanyakan nama pulau tersebut. Panglima Tumikbi meletakkan nama pulau tersebut sebagai Tambisan dengan mengabungkan dua versi cerita tersebut.

Sejarah

Sejarah pembukaan Tambisan Sekitar tahun 1818, Tumikbi bersama dua orang saudaranya iaitu Imam Laja dan Mandaing yang berasal dari Pulau Libaran telah datang ke kawasan pulau Tambisan untuk mencari tanah baru untuk bercucuk tanam. Hal ini kerana, ketika itu pulau Libaran telah mempunyai penduduk yang ramai dan tanah untuk bercucuk tanam semakin kurang. Kemudiannya mereka menemui sebuah pulau yang tidak berpenghuni, sangat cantik dan mempunyai dua jenis tanah iaitu tanah merah dan tanah pasir. Selepas menemui pulau tersebut, Tumikbi pulang semula ke pulau Libaran dan terus mengadakan mesyuarat untuk membawa penduduk kampung ke pulau itu semula. Keputusan mesyuarat itu, seramai 12 orang telah bersetuju untuk mengikuti Tumikbi selaku ketua rombongan bagi ke pulau Tersebut.

Apabila mereka tiba di Tambisan Pulau, mereka terus membahagi-bahagi tanah di Tambisan Pulau dan sekali gus membersihkan tanah yang mereka peroleh. Mereka kembali semula ke Libaran untuk mengambil benih kelapa, pisang dan ubi kayu, seterusnya benih tersebut ditanam di Tambisan Pulau. Tanaman mereka menjadi subur dan membekalkan makanan harian kepada mereka. Dalam beberapa tahun kemudian, kebanyakan mereka yang berpindah ke Tambisan Pulau telah mengalami sakit yang berpanjangan. Oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk kembali ke Libaran serta meninggalkan kebun mereka. Beberapa tahun kemudian, bapa tiri Imam Mansor iaitu Mandaring bersama birasnya iaitu Imam Laja (salah seorang daripada 12 orang yang membuka kampung Tambisan pada tahun 1818) mahu ke kepulauan Suluk (Filipina) untuk membeli beras. Mereka singgah di Tambisan untuk melihat tanaman mereka. Setelah berfikir panjang, mereka mengambil keputusan untuk kembali ke Tambisan dan melantik ketua kampung Tambisan yang pertama iaitu Panglima Tumikbi, oleh itu bermulanya petempatan suku kaum Suluk di Tambisan.

Sistem Pentadbiran Kampung Tambisan Selepas perlantikan Panglima Tumikbi sebagai ketua kampung, beliau telah ke Lahad Datu untuk memohon tanah yang telah mereka bahagikan di District Office. Rasdin Muji berbangsa British yang bertugas pada ketika itu, telah meluluskan permohonan tersebut. Selepas Panglima Tumikbi meninggal dunia, beliau telah diganti oleh Said bin Tahir.

Sejak pemerintahan British, pusat pentadbiran Tambisan sering kali berubah-ubah. Pada asalnya, Tambisan Pulau di letak di bawah pentadbiran daerah Lahad Datu.Kemudiannya, pentadbiran Tambisan diambil alih oleh Kinabatangan. Apabila Kinabatangan di landa banjir, pentadbirannya diambil alih oleh Bukit Garam semasa pentadbiran Arwah Pangeran Galpam. Kemudian, pentadbiran Tambisan ini beralih arah ke Sandakan kerana di ambil oleh YB Haji Ampong Puyon. Namun apabila BERJAYA menang dalam pilihan raya, YB Kulna mengambil alih Tambisan dan di letak di bawah Bukit Garam. Selang beberapa tahun, pentadbiran Tambisan Pulau diambil alih oleh Kinabatangan. Akhir sekali, apabila wujudnya daerah Tungku, pentadbiran Tambisan kini terletak di bawah Lahad Datu. Perubahan pusat pentadbiran ini disebabkan oleh suasana politik di Sandakan, Kinabatangan dan Lahad Datu.

Perubahan pusat pentadbiran Tambisan juga memberikan kesan kepada Ketua Anak Negeri (KAN). Semasa Tambisan Pulau di letak di bawah pentadbiran Daerah Lahad Datu, Panglima Nalaja @ Buaya Bin Noh merupakan KAN Tungku yang pertama. Setelah pentadbirannya diambil alih oleh Sandakan, KAN diganti oleh Arjani Bin Abantas. Selang beberapa tahun apabila pentadbiran Tambisan di ambil alih olehKinabatangan, KAN Arjani diganti oleh KAN Nusur. Apabila KAN Nusur meninggal dunia, beliau digantikan oleh Moktar B. Zakaria.

Pada zaman British, ketiadaan polis ketika itu menyebabkan pihak British melantik penduduk tempatan iaitu Alawanga Bin Mantas sebagai kerani dan Polis di Tambisan. Pada ketika itu, bangunan balai polis hanya bertiangkan kayu, beratap dan berdinding nipah serta berlantai nibung. Selepas beberapa tahun bangunan tersebut diganti dengan dinding dan lantai dari papan dan atapnya diperbuat daripada kayu Belian. Kerani pertama yang dilantik di Pejabat Daerah Kecil Tambisan ialah Jata yang berasal dari daerah Lahad Datu. Beliau berpendidikan Darjah 2 dan atas usaha beliau telah membina sebuah sekolah di Tambisan. Beliau telah mengajar seramai 22 orang pelajar dengan menulis di papan batu. Setelah itu, Jata telah diganti dengan Tun Sakaran Dandai (Mantan TYT Sabah). Selepas perkhidmatan Tun Sakaran diganti dengan Sahari bin Tulis. Agta menggantikan Sahari apabila beliau ditukar ke Kinabatangan. Seterusnya, Agta diganti oleh Mohd Jamari dari Lahad Datu apabila Agta ditukar kerja ke Marin Department sebagai Kapten. Apabila Mohd Jamari meninggal dunia, beliau diganti oleh Mudreka bin Agil. Selepas tahun 90-an pejabat daerah kecil di Tambisan telah ditutup tetapi bangunannya masih wujud sehingga ke hari ini.

Sejarah perkembangan agama Islam di Tambisan

Perkembangan agama Islam di Tambisan bermula apabila seorang ulama Yaman bernama Tuan Sheikh Abdul Ghani pergi Terengganu dan telah berkahwin dengan gadis Terengganu bernama Fatimah dan dikurniakan seorang anak bernama Ahmad. Kemudiannya Tuan Sheikh telah berhijrah ke Sandakan dan menetap di Tanah Merah dan mengajar di Masjid. Sarabi B. Sakbani selalu ke sana untuk belajar mengaji. Kemudiannya mereka bertanya kepada Tuan Sheikh, sama ada beliau mahu memiliki tanah dan kebun. Tuan Sheikh mengatakan mahu dan bertanya di mana kawasan tersebut. Mereka mempelawa Tuan Sheikh mengajar di Tambisan dan Tuan Sheikh diberikan sebidang tanah. Tanah tersebut mereka yang akan usahakan tanpa sebarang bayaran, asalkan Tuan Sheikh mahu mengajar agama Islam di Tambisan.

Tuan Sheikh kemudiannya datang dan melihat tanah tersebut, beliau sangat berpuas hati kerana subur dan mengatakan untuk menetap di Pulau Tambisan. Sepanjang tuan guru berada di Tambisan, beliau telah membantu dan memperkembangkan ajaran Islam dan mengajar orang-orang kampung mengaji Al-Quran, solat, Fardu Ain dan Fardu Kifayah. Sebagai balasan atas kesudian Tuan Sheikh mengajar agama, anak murid Tuan Sheikh akan bergilir-gilir dalam mengusahakan tanah Tuan Sheikh dan belajar agama. Sejak kedatangan Tuan Sheikh ke Tambisan, agama Islam terus berkembang pesat.

Demografi

Penduduk Mukim Tambisan terdiri daripada Suku Kaum seperti Suluk, Bajau, Bugis dan sebagainya.

Agama Islam merupakan satu-satunya agama yang dianuti oleh keseluruhan penduduk Mukim Tambisan, Lahad Datu.

Infrastruktur

Tambisan juga memiliki beberapa infrastruktur yang disediakan untuk kemudahan penduduknya. Pada peringkat permulaan, Tambisan Pulau mempunyai pejabat daerah kecil sebelum dimansuhkan pada tahun 90an. Selain itu Tambisan Pulau juga mempunyai sekolah rendah yang paling tua bagi daerah Kinabatangan. Penambahan bangunan balai polis, surau dan dewan serba guna memberikan pelbagai manfaat kepada penduduk di sekitarnya.

Manakala Tambisan Darat pula menerima pelbagai kemudahan seperti bangunan KO-Nelayan bagi tujuan perikanan, surau, padang futsal,jeti, klinik dan lain-lain. Kemudahan ini dapat memberikan kemudahan kepada penduduk tanpa perlu ke tempat lain untuk mendapatkan perkhidmatan.

Pada tahun 2012, sebuah jalan raya bertar yang menghubungkan Tambisan dengan Bandar Hamparan Badai (Petempatan FELDA). Pembinaan jalan raya sekali gus memudahkan Tambisan untuk dihubungi dari luar. Selain itu, projek pemasangan tenaga solar yang bermula pada tahun 2008 bertujuan membekalkan bekalan elektrik di Tambisan telah berfungsi sepenuhnya pada tahun 2012. Keadaan ini telah banyak memberikan manfaat besar kepada penduduk di Tambisan.

Sekolah di kawasan Tambisan

Tempat Menarik

  • Pantai Dent Heaven (Permulaan Pulau Borneo)
  • Pulau Tambisan
  • Sungai Kapor


Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!