Sukan Olimpik 2032 (nama rasmi: Sukan Olimpik XXXV) atau juga dikenali sebagai Brisbane 2032 merupakan temasya sukan yang dijaduakan akan berlangsung di Brisbane, Queensland, Australia dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2032.
Temasya sukan ini merupakan kali ketiga Sukan Olimpik diadakan di negara Australia, selepas Sukan Olimpik 1956 di Melbourne dan Sukan Olimpik 2000 di Sydney. Temasya sukan ini turut merupakan kali kedua temasya sukan tersebut diadakan pada musim sejuk di bahagian Hemisfera Selatan, selepas Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.
Brisbane sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2032 pada 21 Julai 2021, dua hari sebelum Sukan Olimpik 2020 berlangsung.[1] Brisbane telah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pertama yang dipilih dalam sistem pembidaan baharu yang ditentukan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). [2] Kejayaan Brisbane itu sudah dijangka selepas menjadi calon tunggal yang menawarkan diri menjadi tuan rumah 2032 selain mendapat sokongan padu 15 ahli Lembaga Eksekutif IOC, sebulan lalu.[3]
Sistem pembidaan yang baharu telah diluluskan pada mesyuarat IOC sesi ke-134 yang diadakan di Lausanne, Switzerland.[4] Perubahan ini selaras dengan Agenda Olimpik 2020 yang diperkenalkan pada Disember 2014. [5] Sistem pembidaan yang baharu ini telah diperkenalkan untuk mengatasi masalah kekurangan bandar yang membida disebabkan kos penganjuran dan pembidaan yang tinggi serta masalah rasuah dan melobi yang berlaku dalam proses pembidaan tuan rumah sebelum ini.[6]
IOC juga melakukan beberapa pindaan terhadap Piagam Olimpik seperti menghapuskan tempoh masa (tujuh tahun) pemilihan tuan rumah baharu dan membenarkan beberapa bandar, kawasan dan negara untuk menganjur bersama.[4]
Berikut merupakan senarai ahli Suruhanjaya Pemilihan Tuan Rumah bagi Sukan Olimpik Musim Panas(bahasa Inggeris: Future Host Summer Commission) yang berperanan untuk menyelia proses pemilihan calon dan mencadang calon tuan rumah yang sesuai untuk Sukan Olimpik Musim Panas:[6][7]
Proses pemilihan yang baharu ini bermula apabila sesebuah NOC mengadakan pertukaran tidak formal (Informal Exchange) dengan IOC dan meneroka keberangkalian untuk mengajur Sukan Olimpik di negara tersebut.[6] Negara tersebut tidak tertakluk kepada apa-apa jua janji atau kewajipan untuk meneruskan proses pembidaan. NOC tersebut boleh menyertai Pihak Berminat (Interested Party) dan mengadakan Dialog Berterusan (Continuous Dialogue) dengan pihak IOC.[8] Dalam peringkat ini, pihak NOC negara tersebut akan membangunkan konsep dan rangka masa untuk Sukan Olimpik yang tidak tertakluk kepada mana-mana edisi temasya sukan tersebut yang spesifik. Lembaga Eksekutif IOC akan menilai usul ahli-ahli negara Pihak Berminat dan seterusnya mencadangkan satu atau lebih daripada satu Calon Pilihan (Preferred Host).[9] Calon-calon tersebut akan terus memperhaluskan usul mereka dan setelah penilaian dan pengunjungan dilakukan oleh pihak IOC, panel mesyuarat IOC akan memilih tuan rumah Sukan Olimpik untuk edisi tersebut daripada calon-calon yang dicadangkan melalui undian.
Tanpa mengalami persaingan daripada calon yang lain, Brisbane telah diumumkan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2032 pada mesyuarat IOC sesi ke-138 yang berlangsung pada 21 Julai 2021 di Tokyo, Jepun.[1] Seperti yang dinyatakan dalam Agenda Olimpik 2020, undian tuan rumah tersebut diadakan dalam bentuk referendum dalam kalangan 80 wakil IOC. Menurut Perbadanan Penyiaran Australia, 72 orang wakil menyokong, 5 orang membantah dan 3 orang lagi yang tidak mengundi.[10]
Setelah dinobatkan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2032, bandaraya Brisbane mempunyai 11 tahun untuk membuat persediaan sebelum penganjuran temasya sukan tersebut. Menurut IOC, anggaran kos untuk penganjuran temasya sukan tersebut ialah kira-kira 4.45 bilion ASD (RM13.8 bilion, pada 2 Ogos 2021).[11]
Hampir semua bangunan yang akan menganjur acara sukan semasa Sukan Olimpik 2032 merupakan bangunan yang sedia ada atau sedang dinaik taraf. Kebanyakan tempat penganjuran acara sukan terletak di dalam Zon Brisbane, seperti Brisbane Live yang sedang dibina di Jalan Roma akan menganjurkan acara berenang dan polo air. Sebuah stesen kereta api juga akan dibina di kawasan tersebut. Anggaran kos projek-projek pembinaan ini adalah sebanyak $A2 billion dan projek tersebut dijangka akan disiap bina pada tahun 2024.[17]
Stadium Olimpik utama, The Gabba, atau dikenali secara rasminya sebagai Brisbane Cricket Ground, akan dinaik taraf untuk meningkatkan kapasiti tempat duduknya.[18]
Sebanyak 84% lokasi penganjuran sukan terdiri daripada prasarana sukan yang sedia ada ataupun struktur sementara yang dibina khas untuk temasya tersebut.[11] Berikut merupakan tempat penganjuran sukan bagi Sukan Olimpik 2032:[19]
6,500 (Dewan 2)
6,000 (Dewan 4)
Lawan Pedang
Tae Kwon Do
Ping Pong
Ragbi
Ekuestrian (Merentas desa)
5,000 (Pitch 2)
5,000 (Anna Meares Velodrome)
4,300 (Brisbane Aquatics Centre)
2,000 (Brisbane International Shooting Centre)
Lumba Basikal (Balapan dan Lumba BMX)
Aquatik (Terjun, Renang Artistik, Polo Air-Pusingan Awal)
Menembak
Mendayung
5,000 (Dewan 3)
Olaraga (Maraton, Lumba Jalan Kaki)
Melayar (Luncur Lelayang)
Tempat-tempat pertandingan lain yang terletak di serantau Queensland, Melbourne dan Sydney: