Sukan Olimpik Musim Panas 1988 (bahasa Inggeris: 1988 Summer Olympicscode: en is deprecated , (Hangul: 1988년 하계 올림픽code: ko is deprecated ; RR: 1988nyeon Hagye Ollimpig) atau secara rasminya Sukan Olimpik XXIV (bahasa Inggeris: Games of the XXIV Olympiadcode: en is deprecated ) dan juga dikenali sebagai Seoul 1988 merupakan acara pelbagai sukan yang telah dianjurkan di Seoul, Korea Selatan dari 17 September hingga 2 Oktober 1988.[3] Sebanyak 8,391 atlet dari 159 negara telah bertanding dalam 237 acara. Penyediaan edisi Sukan Olimpik ini dibantu oleh 27,221 orang sukarelawan.
Temasya ini merupakan kali pertama Sukan Olimpik diadakan di negara tersebut, dan Sukan Olimpik Musim Panas kedua yang dianjurkan di benua Asia. Tuan rumah Korea Selatan telah mendapat tempat keempat dari segi pungutan pingat keseluruhan, dengan 33 pingat (12 pingat emas). Kesatuan Soviet pula mendapat tempat pertama dengan 132 buah pingat (55 pingat emas), sebuah rekod yang terdekat dengan keputusan yang diperolehi oleh negara China (48 pingat emas) pada tahun 2008 dan USA (121 pingat emas) pada tahun 2016.
Seoul 1988 merupakan Sukan Olimpik terakhir yang diadakan semasa Perang Dingin. Berbanding dengan edisi Sukan Olimpik yang sebelumnya, di mana berlakunya pemboikotan oleh negara blok Komunis dan blok Kapitalis, hanya beberapa negara yang memboikot edisi ini, antaranya termasuklah Korea Utara dan negara sahabat Korea Utara termasuklah Cuba. Walaupun dijemput, Albania, Ethiopia dan Seychelles juga tidak menyertai edisi Sukan Olimpik ini.[4]Nicaragua tidak menyertai disebabkan oleh masalah kewangan,.[5] dan Madagascar juga menarik diri disebabkan oleh kekangan kewangan.[6]
Pembidaan
Keputusan Pembidaan Sukan Olimpik Musim Panas 1988[7]
Sebelum bermula temasya, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah berusaha untuk memastikan pemboikotan yang besar-besaran seperti apa yang berlaku pada Sukan Olimpik 1980 dan Sukan Olimpik 1984 tidak berlaku pada edisi ini. Ekoran daripada itu, Deklarasi Mexico [1] telah diadaptasikan pada November 1984. Deklarasi ini memberi bantuan kepada semua ahli IOC agar mereka menyertai Sukan Olimpik. Selepas Sukan Olimpik 1984, Jerman Timur sudah bersetuju untuk menyertai Sukan Olimpik 1988, dan IOC turut menghantar jemputan kepada peserta, sebuah tugasan yang asalnya berada di bawah Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik edisi tersebut.
Korea Utara telah memboikot temasya ini setelah usulnya untuk menganjurkan Sukan Olimpik 1988 bersama Korea Selatan ditolak.[8] Korea Utara turut disertai oleh negara-negara sahabatnya, Cuba. Walaupun dijemput, Albania, Ethiopia dan Seychelles juga tidak menyertai edisi Sukan Olimpik ini.[4]Nicaragua tidak menyertai disebabkan oleh masalah kewangan,.[5] dan Madagascar juga menarik diri disebabkan oleh kekangan kewangan.[6]
^Note: Brunei telah menyertai Upacara Perasmian dan Penutupan, menandakan penyertaan pertama negara tersebut di Sukan Olimpik namun kontigennya hanya terdiri daripada seorang pegawai renang.