Stesen MRT Semantan (atau sebelumnya Stesen MRT Manulife-Semantan atas sebab penajaan)[1][2] ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Damansara Heights, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena pusat perniagaan Semantan yang terletak berhampiran stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 2016 di bawah pembukaan Fasa 1 laluan ini.[3]
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di sepanjang Lebuhraya SprintLebuhraya Sprint atau Jalan Semantan berhampiran Persimpangan Semantan di Kuala Lumpur, Malaysia. Terdapat banyak pejabat di sekitar stesen seperti Wisma HRDF, Menara Manulife Insurans, Plaza Zurich, Wisma Chase Perdana, Wisma UOA Damansara, Wisma HELP, Menara Yayasan ECM Libra, bangunan MRT Corp dan bangunan Indah Water Konsortium. Juga terletak berhampiran stesen adalah Taman Damansara Endah, Semantan Villas, Idamansara dan Gereja Pentecostal Calvary.
Pelan stesen
L2 Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1
Aras legar
Kedai serbaguna, mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
G
Aras tanah
Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[4]