Stesen MRT Serdang Raya Utara

Serdang Raya Utara
Stesen transit aliran massa
LokasiStesen MRT Serdang Raya Utara, Jalan Utama, Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia.
Koordinat3°02′33″N 101°42′19″E / 3.042449°N 101.705226°E / 3.042449; 101.705226Koordinat: 3°02′33″N 101°42′19″E / 3.042449°N 101.705226°E / 3.042449; 101.705226
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan12 Laluan Putrajaya
Platform2 (1 platform tengah)[1]
Trek2
Pengendali kereta apiRapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
SambunganBas dan teksi.
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanAda
Kemudahan basikalYa
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen PY31 
Sejarah
Dibuka16 Mac 2023; 20 bulan yang lalu (2023-03-16)
DielektrikkanYa
Nama lamaSedang Raya North
Perkhidmatan
RapidKL MRT
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan SSP
menghala ke Putrajaya Sentral
Lokasi
Map

Stesen MRT Serdang Raya Utara ialah stesen transit aliran deras (MRT) di Seri Kembangan, Daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Putrajaya, yang sebelum ini dikenali sebagai Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya. Ia terletak di antara Stesen Sungai Besi dan Stesen MRT Serdang Raya Selatan serta mempunyai kod stesen iaitu PY31.[2][3]

Sejarah

Nama

Projek Laluan MRT Putrajaya telah mula dibina secara rasmi pada 15 September 2016. Pada hari yang sama juga, nama stesen "Serdang Jaya North" diumumkan sebagai salah-satu stesen Laluan MRT Putrajaya di dalam video "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" di saluran rasmi MRT Corp di Youtube dengan kod S26.[4][5] Walaupun begitu, nama stesen ini telah diubah dengan diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia; ia menjadi "Serdang Jaya Utara", dan berkodkan SSP31. Disebabkan oleh penukaran nama laluan, kod stesen turut berubah menjadi PY31.

Pembinaan dan pembukaan

Pembinaan tanjakan MRT Laluan Putrajaya dan kerja-kerja berkaitan terbahagi kepada sebelas pakej iaitu, V201 hingga V210, dan bawah tanah. Stesen MRT Serdang Raya Utara adalah sebahagian daripada Pakej V205 dan akan dibina bermula di Kampung Muhibbah hingga Taman Serdang Raya. Pada 10 Mac 2017, Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) telah mengumumkan empat syarikat untuk kontak pembinaan tanjakan. Trans Resources Corporation Sdn Bhd (atau TRC Synergy) dianugerahkan untuk membina Pakej V205 dengan jumlah sebanyak RM 858.18 juta.[6][7] Stesen ini akan dibina bersama-sama dengan satu stesen iaitu, Stesen MRT Sungai Besi dan satu stesen simpanan, Stesen MRT Taman Teknologi. Pembinaan dan persiapan stesen bertingkat ini terletak di bawah naugan pakej S205. Kontak pembinaan stesen-stesen dan kerja-kerja berkaitan di bawah Pakej S205 telah dianugerahkan kepada Apex Communications Sdn Bhd,[8] pada 12 Oktober 2017.[6]

Pembukaan stesen-stesen Laluan Putrajaya terbahagi kepada dua fasa; Fasa 1 dan Fasa 2. Pada asalnya, Stesen MRT Serdang Raya Utara akan dibuka di bawah Fasa 2 pada Julai 2022 bersama-sama dengan stesen lain iaitu dari Stesen MRT Kentonmen hingga ke Stesen MRT Putrajaya Sentral.[9] Walaubagaimanapun, ia telah ditangguhkan ke Januari 2023 akibat pandemik COVID-19 di Malaysia.[10][11] Stesen ini juga merupakan salah satu stesen yang termasuk dalam projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT) dan dikendalikan oleh Rapid Rail yang juga merupakan anak syarikat kepada Prasarana Malaysia.[2]

Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen MRT Serdang Raya Utara terletak di Daerah Hulu Langat, salah satu daerah di Selangor. Ia terletak berhampiran dengan Plaza Tol Sungai Besi Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban Lebuhraya Link Timur–Barat dan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan.[5]

Kemudahan

Pintu A stesen
Pintu B stesen

Berdasarkan, Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang, Stesen MRT Serdang Raya Utara dilengkapi dengan kemudahan parkir atau Park and Ride.[3] Terdapat kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, tandas awam, surau, pusat perkhidmatan pelanggan dan eskalator turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna MRT. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri. Stesen ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan bas pengantara.[1]

Rujukan

  1. ^ a b "Stesen MRT Serdang Raya Utara". MRT Corp. 20 Januari 2022. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  2. ^ a b "Laluan Putrajaya". MRT Corp. Malaysia. Dicapai pada 2021-12-12.
  3. ^ a b "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  4. ^ MRT Malaysia (2016-09-15). "MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP).]. Youtube. Dicapai pada 2021-12-12.
  5. ^ a b "Latest Update: MRT 2 Route Map of all Stations (Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya Line)" [Kemas Kini Terkahir: Peta Semua Stesen Laluan MRT2 (Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya)]. chatpropertymalaysia.com (dalam bahasa Inggeris). Chat Property Malaysia. 14 Mei 2015. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  6. ^ a b "Awarded Contracts" [Penganugerhan Kontrak]. MRT Corp (dalam bahasa Inggeris). Malaysia. Dicapai pada 28 Januari 2022.
  7. ^ Wong Ee Lin (Mei 13, 2017). "TRC Synergy confirms bagging MRT contract worth RM858.18m". The Edge Markert (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Januari 2022.
  8. ^ "MRCB, IJM, Apex among winners of RM4.2b MRT Line 2 jobs". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). 12 Mei 2016. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  9. ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  10. ^ Shahrizan Salian (4 Oktober 2021). "Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya dibuka November". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-18.
  11. ^ "MRT laluan Putrajaya Fasa Dua dijangka beroperasi Januari 2023". Sinar Harian. Kumpulan Karangkraf. 4 Oktober 2021. Dicapai pada 20 Januari 2022.

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!