Stesen komuter Kampung Dato Harun (bahasa Inggeris: Kampung Dato Harun Komuter station; singkatan: Stesen Kg Dato Harun) ialah salah satu stesen kereta api komuter di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Stesen ini merupakan salah satu stesen yang terletak di perkhidmatan Laluan Pelabuhan Klang yang telah dibuka pada 14 Ogos 1995.[1] Ia terletak di antara Stesen Komuter Jalan Templer dan Stesen Komuter Seri Setia dan dimiliki sepenuhnya oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad.[2]
Stesen ini terletak di sebelah utara Lebuhraya Baru Pantai Lebuhraya Pantai Baharu. Selain itu, Persimpangan Taman Maju Jaya (Exit 1005), kawasan perumahan Taman Medan Jaya, Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya Selatan (PJS) 51 dan Taman Dato Harun terletak berhampiran dengan stesen ini.
Struktur stesen terletak di atas permukaan tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi dengan dua landasan kereta api.
Bas RapidKL laluan 641 dan Bas PJ City Bus laluan PJ01 berkhidmat di sekitar stesen ini.