Stesen LRT Kerinchi
Stesen LRT Kerinchi ialah stesen LRT yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia, sebagai sebahagian Laluan Kelana Jaya. Stesen yang dinamakan sempena Kampung Kerinchi yang terletak berhampiran. Stesen ini dibuka pada 1 September 1998 sebagai sebahagian segmen pertama aliran ini yang melalui 10 stesen bertingkat antara stesen Kelana Jaya dan Pasar Seni.[1] Ciri-ciri stesenLokasiStesen ini terletak dalam Plaza Pantai, sebuah kompleks perniagaan berdekatan Jalan Pantai Baru, di Bangsar, Kuala Lumpur. Stesen ini juga berhampiran dengan Sekolah (Swasta) Sri Dasmesh, SK Bangsar, Balai Polis Pantai, Kuil Sri Muthu Mariamman, Wisma UOA Pantai, Menara Telekom, Masjid ar-Rahah Kampung Kerinchi, Bangsar South dan kompleks Radio Televisyen Malaysia (RTM) Angkasapuri. Pelan Stesen
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Perkhidmatan basBas RapidKL laluan T791 berkhidmat di stesen ini. Rujukan
|