Stesen LRT Puchong Prima ialah stesen LRT di Puchong, Selangor dimana Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini terletak dan dinamakan sempena kawasan perumahan Puchong Prima di selatan Puchong, Selangor. Stesen ini dibuka pada 30 Jun 2016 sebahagian daripada projek Penyamburan Jajaran LRT yang meluaskan jajaran Laluan Sri Petaling daripada Stesen LRT Sri Petaling ke Stesen LRT Putra Heights melalui stesen ini.[1]
Stesen ini terletak diatas Persiaran Puchong Permai di Taman Puchong Prima, Puchong. Terletak berhampiran stesen adalah pangsapuri Desa Idaman Residences dan SMK Puchong Permai.
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[2]
Bas RapidKL laluan T601 dan T603 berkhidmat di stesen ini.
Rencana berkenaan kereta api atau tren ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.