Rencana ini mendokumenkan suatu wabak penyakit terkini. Maklumat mengenainya mungkin berubah dengan cepat selepas lebih banyak maklumat diperoleh; laporan berita dan sumber utama lain mungkin tidak boleh dipercayai. Kemas kini terakhir untuk rencana ini mungkin tidak menggambarkan maklumat yang terkini mengenai wabak penyakit ini untuk semua tempat.
^Dari 25 Mac 2020, kes-kes yang sudah sihat secara klinikal tetapi masih diuji positif bagi COVID-19 akan diasingkan dan dirawat di Hospital Antarabangsa Concord, Hospital Mount Elizabeth, Hospital Gleneagles atau kemudahan pengasingan masyarakat di D'Resort NTUC, Singapore Expo dan Pusat Pameran Changi.[3] Dari 23 April 2020, kes-kes yang mengalami gejala ringan juga akan diasingkan dan dirawat di kemudahan masyarakat.[4]
Setakat 8 Disember 2020[kemas kini], terdapat sebanyak 58,285 kes COVID-19 yang disahkan di Singapura, termasuk 58,168 kes yang sudah pulih sepenuhnya dan 29 kes kematian.[1] Seorang lelaki warga India berumur 32 tahun meninggal dunia selepas mengambil ujian swab dan disahkan positif COVID-19 hanya selepas kematiannya. Punca kematiannya disahkan akibat penyakit jantung iskemik dan bukanlah akibat komplikasi dari COVID-19.[7]
Sepanjang wabak COVID-19, terdapat beberapa kelompok jangkitan yang telah dikenalpasti. Antara kelompok-kelompok yang dikenalpasti termasuk gereja The Life Church and Missions Singapore, kedai jualan produk kesihatan Yong Thai Hang, satu mesyuarat perniagaan di Grand Hyatt Singapore,[8] tapak binaan Seletar Aerospace Heights, gereja Grace Assembly of God,[9] Wizlearn Technologies (di Taman Sains Singapura),[10] satu majlis makan malam privet di SAFRA Jurong,[11] sebuah pusat Yayasan Masyarakat PAP di Fengshan, Sekolah Antarabangsa Dover Court,[12]SingPost Centre, The Wedding Brocade di Yishun,[13] asrama pekerja S11 Dormitory @ Punggol, apartmen Wilby Residences, bar Hero's,[14] asrama pekerja Westlite Toh Guan, [15] Rumah Tumpangan Warga Tua Lee Ah Mooi, asrama pekerja di 55 Sungei Kadut Loop,[16]Mustafa Centre, Keppel Shipyard, tapak binaan di stesen MRT Maxwell,[17]Singapore Cricket Club, bar Cé La Vi di Marina Bay Sands, tapak binaan Project Glory,[18] The Orange Ballroom, asrama-asrama pekerja di Sungei Tengah Lodge, Toh Guan Dormitory, Cochrane Lodge II,[19] Tampines Dormitory, dan Cochrane Lodge I, tapak binaan di 6 Battery Road,[20] asrama pekerja Kranji Lodge, prasekolah Little Gems,[21] asrama pekerja Shaw Lodge,[22] bangunan ICA di Kallang, tapak ubah elok di Hospital Universiti Nasional, dan asrama-asrama pekerja di Sungei Kadut,[23] Westlite Woodlands, North Coast Lodge, dan Cassia @ Penjuru.[24]
Statistik
Tunjuk skala linear
Tunjuk skala logaritmik
Garis masa
Januari
Kes pertama di Singapura telah disahkan pada 23 Januari, melibatkan seorang rakyat China dari Wuhan yang berumur 66 tahun.[5] Beliau tiba di Singapura pada malam 20 Januari dari Guangzhou melalui penerbangan China Southern Airlines CZ351 bersama sembilan lagi rakan perjalanan. Sebelum dimasukkan ke Hospital Besar Singapura, beliau tinggal di Hotel Shangri-La's Rasa Sentosa Resort & Spa di Sentosa.
Februari
Pada 4 Februari, Singapura mengesahkan kes-kes pertama yang melibatkan jangkitan tempatan. Yong Thai Hang, sebuah kedai jualan produk kesihatan yang sering dikunjung para pelancong dari China, telah dikenalpasti sebagai sebuah kelompok jangkitan, di mana empat orang wanita tanpa sejarah perjalanan ke China telah menjangkiti virus COVID-19.[25] Pada hari yang sama, Singapura juga mengesahkan penyembuhan pertama dari virus tersebut, di mana seorang lelaki rakyat China berumur 35 tahun dari Wuhan yang merupakan kes nombor 7 telah dibenarkan keluar dari Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) setelah pulih dan secara menyeluruh diuji negatif bagi virus COVID-19.[26]
Pada 25 Februari, kelompok The Life Church and Missions Singapore dan kelompok Grace Assembly of God clusters dapat dikatkan melalui pasangan kes 83 dan 91 menerusi ujian serologi.[30] Pasangan tersebut telah mengunjungi gereja The Life Church and Missions Singapore pada hari yang sama dengan kes 8 dan 9 (warganegara China dari Wuhan yang telah disahkan positif dengan COVID-19) sebelum menghadiri satu perjumpaan Tahun Baru Cina di Mei Hwan Drive yang juga merupakan tempat tinggal kes 66—seorang warganegara Singapura yang bekerja di gereja Grace Assembly of God.
Mac
Pada 10 Mac, kapal pesiaran Itali, Costa Fortuna, dibenarkan berlabuh di Singapura setelah dilarang berlabuh di Malaysia dan Thailand sebelum ini walaupun pengendali kapal pesiaran tersebut telah menegaskan tiada kes COVID-19 yang disyaki di atas kapal itu.[31] Kebanyakan penumpang di atas kapal itu dengan segera dibawa ke Lapangan Terbang Changi untuk penerbangan seterusnya.[32]
Pada 12 Mac, Lee Hsien Loong memberi ucapan keduanya mengenai keadaan COVID-19 di Singapura. Lee mengatakan bahawa keadaan di Singapura kekal di bawah kawalan dan tahap DORSCON akan kekal jingga tanpa perlunya untuk dinaikkan ke tahap merah. Lee juga menyatakan bahawa Singapura tidak akan menutup negaranya dari seluruh dunia pada masa ini. Sebaliknya, ia akan merancang dan cuba dahulu beberapa langkah lebih tegas buat sementara waktu.[33]
Pada 21 Mac, Singapura mengesahkan dua kematian pertama di negara itu melibatkan seorang wanita warga Singapura berusia 75 tahun dan seorang lelaki warga Indonesia berusia 64 tahun.[34]
Terdapat 73 lagi kes yang dilaporkan pada 25 Mac, dengan sebuah kelompok baru dikenalpasti di sebuah prasekolah Sparkletots kendalian Yayasan Masyarakat PAP (PCF) di Fengshan yang melibatkan 18 kes. Akibatnya, semua pusat PCF telah ditutup selama empat hari mulai 26 Mac.[35][36]
Pada 27 Mac, Singapura melaporkan 49 lagi kes baru, 22 daripada itu dikenalpasti sebagai kes import. Tiga kes daripada laporan itu pula dikaitkan dengan sebuah kelompok baru di SingPost Centre di 10 Eunos Road 8.[37] Singpost kemudiannya menjelaskan bahawa para kakitangannya yang disahkan positif itu merupakan dua pekerja sepenuh masa dan satu pekerja kontrak di kemudahan pembungkusannya yang tiada berhubung langsung dengan orang awam dalam tugas mereka.[38]
Pada 29 Mac, Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan kes kematian ketiganya di Singapura, di mana seorang lelaki warga Singapura berusia 70 tahun telah meninggal dunia akibat komplikasi melibatkan COVID-19.[39]
Pada 30 Mac, tiga lagi kelompok baru dilaporkan: asrama pekerja S11 Dormitory @ Punggol (4 kes), apartmen The Wilby Residences (7), dan bar Hero's (5). [14] Menteri Kesihatan Gan Kim Yong sekali lagi menekankan betapa pentingnya untuk mengamalkan jarak sosial. Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong juga menjelaskan mengapa pemerintah masih belum lagi melaksanakan perintah berkurung.[40]
Langkah pencegahan
Kementerian Kesihatan mengeluarkan satu nasihat kesihatan pada 2 Januari, dan melaksanakan pemeriksaan suhu untuk penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Changi dadi Wuhan pada hari yang sama.[41] Pada 20 Januari, pemeriksaan suhu di Lapangan Terbang Changi diperluaskan kepada semua pelancong yang datang dari China. Di samping itu, individu mengalami pneumonia yang telah pergi ke Wuhan dalam masa 14 hari sebelum permulaan simptom akan diasingkan di hospital.[42][43] Pada 22 Januari, langkah kuarantin telah diperluaskan kepada pelancong yang tiba dari China dan telah menunjukkan simptom-simptom.[44]
Selepas tiga kes yang disyaki telah dikesan pada 22 Januari, pasukan petugas pelbagai kementerian telah disediakan untuk menangani virus itu. Kementerian Kesihatan Singapura menasihati untuk menghentikan perjalanan yang tidak penting ke Wuhan[45] dan ke seluruh Hubei.[46] Dengan kes pertama disahkan pada 23 Januari, langkah-langkah kawalan sempadan ditingkatkan dan diperluaskan ke pusat pemeriksaan darat dan laut pada 24 Januari dengan Lembaga Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan dan Lembaga Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura memulakan pemeriksaan suhu pada tengah hari.[47][48] Selain itu, sekolah meminta ibu bapa untuk mengisytiharkan rancangan perjalanan mereka dan memantau kesihatan anak mereka. Langkah-langkah lain juga akan diambil untuk memastikan keselamatan pelajar selepas kes pertama disahkan pada 23 Januari.[49][50] Kementerian Pertahanan Singapura juga telah mengeluarkan nasihat perubatan kepada kakitangan servis awal bulan Januari.[51]
Scoot menghentikan penerbangan ke Wuhan dari 23 hingga 26 Januari berikutan wabak virus, selepas penutupan di Wuhan dikenakan.[52] Penggantungan itu kemudiannya dilanjutkan sehingga 29 Mac.[53]
Pada 24 Januari, beberapa chalet percutian dilaporkan sedang disediakan sebagai pusat kuarantin. Beberapa chalet tersebut telah menjadi pusat kuarantin dalam wabak sebelumnya, seperti wabak SARS 2003 dan pandemik selesema 2009.[54] Langkah pencegahan seperti pemeriksaan suhu dan kemudahan kuarantin ditempatkan di asrama pekerja asing.[55]
Pada 27 Januari, rakyat Singapura dinasihati untuk menghentikan perjalanan tidak penting ke China.[56] Pemeriksaan suhu di Lapangan Terbang Changi juga telah diperluaskan kepada penerbangan yang akan tiba, dengan pengawasan tambahan terhadap penerbangan dari China.[57] 14 hari cuti akan dikenakan kepada pelajar dan guru, bersama dengan pekerja yang bekerja dengan penduduk yang terdedah, seperti pra-sekolah, warga emas dan penjagaan kesihatan yang baru pulang dari tanah besar China.[56] Sebagai tambahan kepada chalet, hostel universiti di Universiti Nasional Singapura, Universiti Teknologi Nanyang, dan Universiti Pengurusan Singapura sedang disediakan sebagai kemudahan kuarantin.[58] Pihak Pemerintah juga mengetepikan kenyataan palsu dan khabar angin,[59] dengan laman forum HardwareZone menerima notis Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Secara Talian (POFMA) atas kenyataan palsu yang mendakwa seorang lelaki telah mati akibat virus itu.[60] Langkah-langkah pencegahan lain termasuk saluran komunikasi yang diperluas, dan protokol pembersihan serta pembasmian kuman di premis selepas insiden.[61]
Pada 28 Januari, peningkatan langkah-langkah kuarantin telah diumumkan.[62]
Setiap rumah akan diedarkan dengan empat pelitup muka gred pembedahan mulai 1 Februari.[64][65] Pelitup ini diberikan bertujuan untuk digunakan oleh seseorang di dalam rumah yang berasa kurang sihat dan perlu membuat temu janji dengan doktor. Pengagihan pelitup tersebut dijalankan selepas rakyat berebut untuk mendapatkan pelitup gred N95, pembersih tangan (hand sanitizer), dan termometer,[66] yang menyebabkan kekurangan barangan dan penjual menaikkan harga barangan tersebut.[67]
Mulai 4 Februari, dengan laporan jangkitan tempatan terhad di mana kes pesakit adalah pemandu pelancong yang mempunyai hubungan berpanjangan dengan pelancong China, sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, individu yang baru-baru ini berhubung dengan orang-orang dengan sejarah perjalanan ke tanah besar China akan terdedah juga kepada virus.[25] Dalam kes di mana pengesanan pesakit yang dijangkiti berlaku di rentas sempadan, pihak berkuasa akan memulakan penyiasatan epidemiologi dan mengenal pasti individu yang mempunyai hubungan rapat pesakit kes apabila menerima pemberitahuan, seperti yang dilihat dalam kes seorang rakyat Malaysia yang telah diuji positif virus di Malaysia dan mungkin telah memperoleh virus itu semasa mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan dari China, termasuk salah seorang dari Wuhan, di Singapura.[68]
Sehingga 9 Februari, semua pemegang Pas Pekerjaan dengan sejarah perjalanan ke tanah besar China dalam tempoh 14 hari yang lalu dikehendaki mendapatkan kelulusan Kementerian Tenaga Manusia sebelum berupaya memasuki Singapura.[69]
Pada 14 Februari, Kementerian Kesihatan mengaktifkan semula Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPCs) dan menasihatkan para doktor untuk memberikan cuti selama lima hari untuk pesakit yang mengalami gejala pernafasan.[70]
Impak
Pengangkutan
Pihak Kementerian Pengangkutan serta Penguasa Pengangkutan Darat mengumumkan pakej dana sebanyak S$77 juta kepada golongan pemandu teksi awam serta swasta pada 13 Februari.[71]
Tindakan ekonomi
Pakej rangsangan pertama – "Belanjawan Perpaduan"
Pada pembentangan Belanjawan 2020 pada 18 Februari, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat mengumumkan satu pakej rangsangan berjumlah sekitar S$6.4 bilion yang telah diketepikan oleh pemerintah.[72] Termasuk dana tambahan sebanyak S$800 juta bagi menyokong agensi-agensi barisan hadapan memerangi dan menangani COVID-19, pakej tersebut merangkumi Pakej Penstabilan dan Bantuan bernilai S$4 bilion bagi membantu para pekerja dan syarikat perusahan tempatan yang terjejas oleh penularan COVID-19,[73] serta Pakej Bantuan Keluarga bernilai S$1.6 bilion untuk membantu menampung perbelanjaan harian rakyat Singapura.[74] Tambahan pula, Cukai Barangan dan Perkhidmatan tidak akan dinaikkan kepada 9% pada 2021 berdasarkan semakan yang telah dilakukan atas pendapatan semasa negara serta ramalan perbelanjaan pemerintah akibat prestasi ekonomi semasa. Pemerintah juga akan memperkenalkan Pakej Jaminan GST bernilai S$6 bilion apabila cukai GST dinaikkan menjelang 2025.[75]
Pakej rangsangan kedua – "Belanjawan Berdaya Tahan"
Kurang sebulan selepas pengumuman pakej bantuan ekonomi yang pertama, ia dilaporkan bahawa pemerintah sedang mengusahakan pakej rangsangan kedua memandangkan situasi global COVID-19 yang kian bertambah buruk.[76] Pakej yang dipanggil "Belanjawan Berdaya Tahan" (bahasa Inggeris: Resilience Budgetcode: en is deprecated ) itu diumumkan oleh DPM Heng dalam satu kenyataan menteri pada 26 Mac.[77]
Demi membantu para pekerja dan perniagaan yang paling teruk terjejas oleh pandemik COVID-19, pemerintah telah memperuntukkan sebanyak S$48 bilion dalam pakej ini. Bagi penampung belanjawan terbaru ini, PresidenHalimah Yacob telah memberi sokongan secara prinsip untuk menggunakan wang rizab. Sebanyak S$17 bilion akan dikeluarkan dari rizab negara. Digabungkan dengan S$6.4 bilion yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan yang lalu, hampir S$55 bilion akan diperuntukkan Singapura bagi memerangi COVID-19. Ini membentuk sekitar 11% Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP).[78]
Pakej kedua ini akan memberi tumpuan kepada 3 bahagian utama: selamatkan pekerjaan, sokong pekerja; membantu perniagaan mengatasi cabaran-cabaran segera; membina daya tahan ekonomi dan masyarakat.
Di antara langkah-langkah yang diambil termasuk menaikkan pendanaan gaji bersama bagi pekerja tempatan dari 8% ke 25% serta sokongan gaji sebanyak 50% bagi khidmat makanan dan 75% bagi industri-industri penerbangan dan pelancongan. Rakyat Singapura yang bekerja sendiri pula layak menerima bantuan tunai S$1,000 sebulan selama 9 bulan menerusi Skim Pelepasan Pendapatan Individu yang Bekerja Sendiri (bahasa Inggeris: Self-employed Person Relief Schemecode: en is deprecated , SIRS). Sebuah pakej bantuan penerbangan bernilai S$350 juta juga akan diperkenalkan bagi membiayai langkah-langkah seperti rebat-rebat kepada bayaran mendarat dan meletakkan kapal terbang serta pelepasan sewa bagi kapal terbang, pengendali dan ejen-ejen kargo.[79]
Pakej rangsangan ketiga – "Belanjawan Kesepakatan"
Pada 5 April, DPM Heng dilaporkan akan mengumumkan pusingan ketiga langkah-langkah sokongan COVID-19 apabila Parlimen kembali bersidang pada 6 April. [80] Semasa pembentengan pakej itu yang dinamakan Belanjawan Kesepakatan (bahasa Inggeris: Solidarity Budgetcode: en is deprecated ), DPM Heng mengumumkan bahawa langkah-langkah ini akan menelan belanja S$5.1 bilion, dengan S$4 bilion diambil daripada rizab negara. Presiden Halimah sudahpun memberi sokongan secara prinsip atas keluaran tambahan daripada rizab negara itu. Dalam pakej baru itu, sebanyak S$4 bilion akan diperuntukkan untuk menolong pekerja dan perniagaan manakala S$1.1 bilion pula akan diperuntukkan kepada Bayaran Kesepakatan, di mana setiap rakyat dewasa Singapura akan menerima agihan tunai sekali sahaja sebanyak S$600.[81]