Universiti Nasional Singapura (bahasa Inggeris: National University of Singapore, disingkatkan kepada NUS; Cina Ringkas: 新加坡国立大学; pinyin: Xīnjiāpō Guólì Dàxué; Tamil: சிங்கப்பூர் தேசிய பல்கலைக்கழகம்) ialah universiti yang tertua di Singapura dan masih merupakan universiti yang terbesar di negara itu dari segi bilangan pendaftaran pelajar serta kurikulum yang ditawarkan. Sejak 1 April 2006, universiti ini yang merupakan universiti menyeluruh dan berpenyelidikan intensif telah menjadi sebuah syarikat universiti bukan untung yang berhad dengan jaminan.
Kampus utama Universiti Nasional Singapura ialah kampus Kent Ridge yang terletak di barat daya Singapura di Kent Ridge. Dibatasi oleh Jalan Ekspres Ayer Rajah (AYE), Jalan Clementi, Jalan Buona Vista, dan Taman Kent Ridge, luasnya kampus tersebut di sekitar 150 hektar. Kampus Bukit Timah menampung pusat pengajian undang-undang, manakala Pengajian Pengajian Perubatan Sisawah Duke-NUS terletak di kampus Outram.
NUS merayakan hari jadi ke-100 pada tahun 2005. Sebagai perayaan untuk peristiwa yang penting ini, universiti tersebut mengadakan perayaan seratus tahun selama setahun yang berakhir pada 15 Julai 2006.
Dalam arena sejagat, NUS memainkan peranan yang aktif dalam perkongsian dan perikatan antarabangsa, termasuk:
Universiti ini menyusur-galur asalnya ke pengasasan Sekolah Perubatan Kerajaan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1905, suatu pencapaian Sir Stamford Raffles, pengasas kota Singapura, pada tahun 1823. Namanya ditukar menjadi Sekolah Perubatan Raja Edward VII pada tahun 1912 dan kemudiannya menjadi Kolej Perubatan Raja Edward VII pada tahun 1921.
Pada tahun 1929, Kolej Raffles diasaskan untuk mempromosikan seni dan sains sosial pada peringkat pendidikan tinggi kepada pelajar-pelajar Singapura. Dua dekad kemudian pada 8 Oktober 1949, kolej ini digabungkan dengan Kolej Perubatan Raja Edward VII untuk membentuk Universiti Malaya.
Pada tahun 1959, Universiti Malaya dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Universiti Malaya di Kuala Lumpur dan Universiti Malaya di Singapura. Bahagian universiti di Singapura akhirnya berpisah untuk membentuk Universiti Singapura pada tahun 1962.
Institusi masa kini dibentuk sebagai suatu gabungan antara Universiti Singapura dan Universiti Nanyang pada tahun 1980. Lambang asal Universiti Nanyang yang terdiri daripada tiga cecincin terjalin digabungkan ke dalam jata NUS.
NUS ditempatkan seperti yang berikut:
Alumni daripada zaman Kolej Perubatan Raja Edward VII/Kolej Raffles (1905 - 1949)
Alumni daripada zaman Universiti Malaya (Singapura) (1949 - 1962)
Alumni daripada zaman Universiti Singapura (1962 - 1980)
Zaman Universiti Nasional Singapura (1980 - )
Rencana mengenai universiti, kolej atau institusi pendidikan yang lain ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.