Teknologi

Teknologi pertengahan abad ke-20: teknologi angkasa lepas.

Teknologi (Jawi: تيكنولوڬي serapan Yunani: τεχνολογία, rumi: technología gabungan τέχνη tékhnē, yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan" dan -λογία -logía yang bermaksud "pembelajaran, kajian") merupakan pembangunan dan penggunakan ilmu pengetahuan alat mesin, bahan serta proses untuk menyelesaikan masalah manusia.

Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.

Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.

Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Teknologi dalam ideologi

Kerap kali, "baru" dianggap "lebih baik" dalam bidang teknologi atau kejuruteraan. Contohnya komputer baru lebih laju dari komputer lama, dan kereta baru lebih menjimatkan petrol dari kereta lama.

Pasti sebuah teknologi yang semakin berkembang akan menjadi lebih baik dan ianya semestinya mesra alamtologi. Supaya pencemaran dan kegagalan manusia untuk menangani kerosakan dapat dikurang serta akhirnya dihindari. Teknologi mesra alamtologi amat penting untuk kemajuan manusia.

Gerakan

Teknologi sesuai (Appropriate technology)

Sesetengah segmen daripada budaya saingan hipi pada tahun 1960-an telah berkembang untuk tidak menyukai kehidupan bandar dan lebih cenderung kepada teknologi desentralisasi, mampan dan berautonomi tempatan yang diistilahkan sebagai teknologi sesuai. Ini kemudiannya telah mempengaruhi budaya penggodam dan teknopaganisme.

Utopianisme teknologi

Utopianisme teknologi merujuk kepada kepercayaan bahawa pembangunan teknologi ialah suatu kebaikan moral, yang boleh dan sepatutnya mendatangkan utopia, iaitu sebuah masyarakat di mana undang-undang, kerajaan, dan keadaan sosial memenuhi keperluan semua warganya.[1] Antara contoh matlamat yang ingin dicapai tekno-utopia termasuklah ekonomi pascakelangkaan, melanjutkan jangka waktu hayat manusia, memuat naik fikiran, krionik dan penciptaan kecerdasan super buatan. Gerakan utama tekno-utopia termasuklah transhumanisme dan singularitarianisme.

Terasasnya gerakan transhumanisme didasarkan atas "evolusi berterusan kehidupan manusia menjangkaui bentuk kehidupannya ketika ini" menerusi sains dan teknologi dengan berlandaskan "prinsip dan nilai yang menggalakkan kehidupan."[2] Populariti gerakan ini semakin tersebar luas pada awal abad ke-21.[3]

Singularitarian percaya bahawa mesin dengan kecerdasan super akan "mempercepatkan kemajuan teknologi" mengikut urutan magnitud dan "mencipta entiti yang lebih cerdas dengan lebih pantas", yang boleh membawa kepada kepesatan perubahan teknologi dan kemasyarakatan yang "tidak dapat difahami" oleh kita. Ruang lingkup peristiwa ini dikenali sebagai singulariti teknologi.

Tokoh utama tekno-utopianisme di antaranya termasuklah Ray Kurzweil dan Nick Bostrom. Tekno-utopianisme telah mengundang banyak pujian dan kritikan daripada para pemikir progresif, agamawan dan konservatif.[4]

Tindak balas anti-teknologi

Peranan penting teknologi dalam kehidupan kita telah menimbulkan kebimbangan dan tindak balas yang hebat. Tindak balas terhadap teknologi bukanlah satu gerakan yang tetap tetapi merangkumi berbagai-bagai jenis ideologi yang berlainan.[5]

Pemberontakan yang paling awal diketahui menentang teknologi ialah kumpulan Luddisme yang menolak automasi awal dalam pengeluaran tekstil. Automasi telah menyebabkan pengurangan penggunaan tenaga buruh iaitu satu proses yang dikenali sebagai pengangguran teknologi.

Antara tahun 1970-an dan 1990-an, pengganas Amerika Ted Kaczynski telah melakukan beberapa siri pengeboman di seluruh Amerika dan menerbitkan Manifesto Unabomber yang mengecam kesan negatif teknologi terhadap alam semula jadi dan juga kebebasan manusia. Tulisan esei itu telah dipersetujui oleh sebahagian besar orang awam Amerika.[6] Sebahagian kandungannya diinspirasikan daripada buku Jacques Ellul bertajuk The Technological Society.[7]

Terdapat beberapa kelompok subbudaya, seperti kumpulan gerakan luar grid yang menggalakkan orang ramai untuk berhenti menggunakan teknologi dan kembali kepada alam semula jadi. Komuniti dari gerakan ekodesa pula berusaha untuk mewujudkan semula keharmonian antara teknologi dan alam.[8]

Kaitan dengan sains dan kejuruteraan

Drawing of Lavoisier conducting an experiment in front of onlookers
Antoine Lavoisier bereksperimen dengan pembakaran yang dihasilkan oleh cahaya matahari dikuatkan

Kejuruteraan ialah proses di mana pembangunan teknologi dilakukan. Seringkali sesuatu penyelesaian masalah perlu dilakukan di bawah kekangan yang ketat.[9] Pembangunan teknologi adalah "berorientasikan tindakan", manakala pengetahuan saintifik pada asasnya bersifat penjelasan.[10]

Spesies haiwan lain

Photo of a gorilla walking hip-deep in a pond, holding a stick
Gorila dewasa ini menggunakan dahan sebagai tongkat untuk mengukur kedalaman air.

Penggunaan teknologi asas juga merupakan sebahagian daripada ciri-ciri spesies haiwan. Menggunakan alat pernah dianggap sebagai antara ciri pentakrifan genus Homo.[11] Pandangan ini telah ditarik balik selepas menemui bukti terdapat juga penggunaan alat di dalam kalangan cimpanzi serta primat lain,[12] ikan lumba-lumba,[13] dan burung gagak.[14][15] Sebagai contoh, penyelidik telah memerhatikan cimpanzi liar menggunakan peralatan asas merambah, alu, tuas, menggunakan daun sebagai span, dan kulit pokok atau pokok anggur sebagai kuar untuk menangkap anai-anai.[16] Cimpanzi Afrika Barat menggunakan tukul batu dan andas untuk memecahkan kacang,[17] dan cara yang sama juga dilakukan oleh monyet kapucin di Boa Vista, Brazil.[18] Penggunaan alat bukanlah satu-satunya bentuk penggunaan teknologi haiwan. Antara contohnya, empangan memerang, dibina dengan batang kayu atau batu besar, ialah sebuah teknologi yang memberi impak "dramatik" kepada habitat dan ekosistem sungai.[19]

Hubungan antara manusia dengan teknologi juga telah diterokai dalam kesusasteraan fiksyen sains, contohnya seperti novel Brave New World, A Clockwork Orange, Nineteen Eighty-Four, penulisan esei Isaac Asimov, dan filem seperti Minority Report, Total Recall, Gattaca, dan Inception. Ini telah mewujudkan genre siberpunk futuristik dan distopia, yang mana teknologi futuristik ditampilkan seiring dengan keruntuhan masyarakat, distopia atau usang.[20] Terdapat beberapa karya siberpunk yang terkenal antaranya seperti novel William Gibson bertajuk Neuromancer serta filem seperti Blade Runner dan The Matrix.

Lihat juga

Tech resources by AFP

Rujukan

Petikan

  1. ^ Segal, H. P. (2005). Technological Utopianism in American Culture: Twentieth Anniversary Edition (dalam bahasa Inggeris). Syracuse University Press. ISBN 978-0-8156-3061-6. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2022. Dicapai pada 11 September 2022.
  2. ^ More, M.; Vita‐More, N., penyunting (29 April 2013). "Roots and Core Themes". The Transhumanist Reader (dalam bahasa Inggeris) (ed. 1). Wiley. m/s. 1–2. doi:10.1002/9781118555927.part1. ISBN 978-1-118-33429-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2022. Dicapai pada 11 September 2022.
  3. ^ Istvan, Zoltan (1 February 2015). "A New Generation of Transhumanists Is Emerging". Interalia Magazine (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2022. Dicapai pada 11 September 2022.
  4. ^ Blackford, R.; Bostrom, N.; Dupuy, J.-P. (2011). H±: Transhumanism and Its Critics (dalam bahasa Inggeris). Metanexus Institute. ISBN 978-1-4568-1565-3. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2022. Dicapai pada 13 September 2022.
  5. ^ Jones, Steven E. (2013). Against Technology: From the Luddites to Neo-Luddism (dalam bahasa Inggeris). Routledge. ISBN 978-1-135-52239-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 October 2022. Dicapai pada 11 September 2022.
  6. ^ Kelman, David (1 June 2020). "Politics in a Small Room: Subterranean Babel in Piglia's El camino de Ida". The Yearbook of Comparative Literature. 63: 179–201. doi:10.3138/ycl.63.005. ISSN 0084-3695. S2CID 220494877. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 March 2022. Dicapai pada 11 September 2022.
  7. ^ Fleming, Sean (7 May 2021). "The Unabomber and the origins of anti-tech radicalism". Journal of Political Ideologies. 27 (2): 207–225. doi:10.1080/13569317.2021.1921940. ISSN 1356-9317.
  8. ^ Vannini, Phillip; Jonathan Taggart (2013). "Voluntary simplicity, involuntary complexities, and the pull of remove: The radical ruralities of off-grid lifestyles". Environment and Planning A. 45 (2): 295–311. doi:10.1068/a4564. S2CID 143970611.
  9. ^ Scranton, Philip (1 May 2006). "Urgency, uncertainty, and innovation: Building jet engines in postwar America". Management & Organizational History. 1 (2): 127–157. doi:10.1177/1744935906064096. ISSN 1744-9359.
  10. ^ Di Nucci Pearce, M. R.; Pearce, David (1989). "Technology vs. Science: The Cognitive Fallacy". Synthese. 81 (3): 405–419. doi:10.1007/BF00869324. ISSN 0039-7857. JSTOR 20116729. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 September 2022. Dicapai pada 12 September 2022.
  11. ^ Oakley, K. P. (1976). Man the Tool-Maker. Nature. 199. m/s. 1042–43. Bibcode:1963Natur.199U1042.. doi:10.1038/1991042e0. ISBN 978-0-226-61270-6. S2CID 4298952.
  12. ^ Sagan, Carl; Druyan, Ann; Leakey, Richard. "Chimpanzee Tool Use". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2006. Dicapai pada 13 February 2007.
  13. ^ Rincon, Paul (7 June 2005). "Sponging dolphins learn from mum". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 December 2016. Dicapai pada 11 November 2016.
  14. ^ Schmid, Randolph E. (4 October 2007). "Crows use tools to find food". NBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 March 2017. Dicapai pada 11 November 2016.
  15. ^ Rutz, C.; Bluff, L.A.; Weir, A.A.S.; Kacelnik, A. (4 October 2007). "Video cameras on wild birds". Science. 318 (5851): 765. Bibcode:2007Sci...318..765R. doi:10.1126/science.1146788. PMID 17916693. S2CID 28785984.
  16. ^ McGrew, W. C (1992). Chimpanzee Material Culture. Cambridge u.a.: Cambridge Univ. Press. ISBN 978-0-521-42371-7.
  17. ^ Boesch, Christophe; Boesch, Hedwige (1984). "Mental map in wild chimpanzees: An analysis of hammer transports for nut cracking". Primates. 25 (2): 160–70. doi:10.1007/BF02382388.
  18. ^ Brahic, Catherine (15 January 2009). "Nut-cracking monkeys find the right tool for the job". New Scientist. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 November 2016. Dicapai pada 11 November 2016.
  19. ^ Müller, G.; Watling, J. (24 June 2016). "The engineering in beaver dams" (dalam bahasa en). River Flow 2016: Eighth International Conference on Fluvial Hydraulics. St. Louis, USA: University of Southampton Institutional Research Repository. https://eprints.soton.ac.uk/400282/. Diperolehi 29 September 2022.
  20. ^ Thomas Michaud (2008). "Science fiction and politics: Cyberpunk science fiction as political philosophy". New Boundaries in Political Science Fiction. Oleh Hassler, Donald M. University of South Carolina Press. m/s. 65–77. ISBN 978-1-57003-736-8. See pp. 75–76.
Jenis-jenis
Bidang-bidang utama Teknologi
Industri Kejuruteraan kewangan | Jentera/Mesin | Pembinaan | Pengilangan | Perlombongan
Kejuruteraan Biokejuruteraan | Kejuruteraan alam sekitar | Kejuruteraan awam | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan bangunan | Kejuruteraan biokimia | Kejuruteraan bioperubatan | | Kejuruteraan elektrik | Kejuruteraan elektronik | Kejuruteraan kimia | Kejuruteraan komputer | Kejuruteraan mekanik | Kejuruteraan nuklear | Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan kaji logam | Kejuruteraan perindustrian | Kejuruteraan perisian | Kejuruteraan pertanian | Kejuruteraan petroleum
Kesihatan dan Keselamatan Bioinformatik | Bioteknologi | Bahan farmaseutik | Kejuruteraan bioperubatan | Kejuruteraan keselamatan | Kimiainformatik | Teknologi kesihatan | Teknologi perlindungan kebakaran
Maklumat dan Komunikasi Grafik | Komunikasi | Pengecaman pertuturan | Teknologi muzik | Teknologi pandangan
Olahraga dan Rekreasi Alatan perkhemahan | Kelengkapan sukan | Sukan | Taman permainan
Pengangkutan Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan samudera | Kenderaan bermotor | Pengangkutan | Ruang angkasa | Teknologi angkasa lepas
Rumah / Kediaman Alat rumah | Hasil and pengeluaran makanan | Teknologi pendidikan | Teknologi rumah tangga
Sains gunaan Elektronik | Fizik kejuruteraan | Kecerdasan buatan | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan optik | Kejuruteraan seramik | Mikroteknologi | Nanoteknologi | Sains bahan | Storan tenaga | Tenaga | Teknologi hijau | Teknologi nuklear | Teknologi perkomputeran
Tentera Bom | Kejuruteraan angkatan laut | Senjata api dan amunisi | Teknologi dan kelengkapan tentera

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!