Presiden Republik Singapura merupakan ketua negara Singapura yang dipilih oleh rakyatnya menerusi pilihan raya presiden sejak Ogos 1993. Sebelum ini, hanya Parlimen Singapura sahaja yang bertanggungjawab melantik Presiden.
Presiden yang terpilih akan memegang jawatan selama enam tahun. Beliau mempunyai kuasa untuk menolak belanjawan negara dan tidak menerima perlantikan seseorang dalam jawatan penting negara. Beliau juga diberi kuasa untuk memeriksa pemerintah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang keharmonian agama dan di dalam penyiasatan kes-kes rasuah. Beliau merupakan institusi bebas yang ditubuhkan untuk memeriksa pemerintahan yang kurang baik.
Sebuah Majlis Penasihat Presiden ditubuhkan untuk memberi nasihat dan saranan untuk membantu Presiden melaksanakan tanggungjawabnya. Presiden mesti meminta pandangan majlis untuk melakukan tugasnya, seperti meluluskan perlantikan pegawai awam dalam jawatan penting.
Pejabat Presiden ditubuhkan apabila Singapurakeluar daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.[2] Ia menggantikan pejabat Yang di-Pertuan Negara yang dicipta apabila Singapura diberi hak untuk memerintah secara sendiri pada tahun 1959. Encik Yusof Ishak, Yang di-Pertuan Negara yang terakhir, sekaligus menjadi Presiden pada 9 Ogos 1965.
Ketika tempoh ini, Ketua Hakim Singapura, Wee Chong Jin telah dilantik oleh Parlimen sebagai pemangku presiden sehingga 29 Mac apabila beliau digantikan oleh Speaker Parlimen Yeoh Ghim Seng hingga 2 September 1985.
^ abcdeFormer Presidents, Istana Singapore: Office of the President of the Republic of Singapore, 28 April 2006, diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-01, dicapai pada 24 January 2009.
^President S R Nathan, Istana Singapore: Office of the President of the Republic of Singapore, 4 May 2006, diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-22, dicapai pada 24 January 2009.