Pandemik COVID-19 di Korea Utara

Pandemik COVID-19 di Korea Utara
PenyakitCOVID-19
Baka virusSARS-CoV-2
LokasiKorea Utara
Asal wabakWuhan, Hubei, China
Tarikh ketibaanTiada maklumat

Rencana ini mengisahkan mengenai kesan Pandemik COVID-19 yang berasal dari negara jiran China di Korea Utara. Tiada kes COVID-19 yang disahkan di Korea Utara walaupun sumber-sumber dari Korea Selatan menyatakan bahawa penyakit itu sudah menjejaskan negara tersebut. Pendakwaan kemasukan virus itu ke Korea Utara tidak difikirkan berasal dari Korea Selatan yang mempunyai jumlah COVID-19 yang dilaporkan tinggi tetapi dari China di mana virus itu berasal, kerana sekatan sempadan lebih longgar di antara China dan Korea Utara berbanding Korea Utara dan Korea Selatan yang mempunyai sempadan ketenteraan, manakala perdagangan lalu lintas dan pasaran gelap menjadi terkenal di antara sempadan Korea Utara-Korea Selatan. Walau bagaimanapun, suspek COVID-19 di kedua-dua wilayah China (Liaoning dan Jilin) yang bersempadan dengan Korea Utara lebih rendah, dengan anggaran daripada WHO hanya 225 kes. [1]

Latar Belakang

Pada awal Pandemik COVID-19, kerajaan Korea Utara secara rasmi menafikan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia bahawa mereka mempunyai sebarang kes COVID-19 . Walau bagaimanapun, menurut media Korea Selatan Daily NK, seramai 180 askar telah meninggal dunia. Tiada anggaran yang dijangkiti. [2]

Pada awal Februari 2020, Kerajaan Korea Utara dilaporkan mengambil tindakan yang keras untuk menghalang penyebaran wabak COVID-19. Rodong Sinmun, jurucakap Parti Pekerja Korea, melaporkan bahawa pegawai kastam di pelabuhan Nampho melakukan aktiviti pembasmian kuman, termasuk meletakkan barangan yang diimport di dalam kuarantin. [3]

Walaupun media Korea Selatan berkongsi berita yang membayangkan penyebaran wabak COVID-19 ke Korea Utara,pihak WHO menafikan kebenaran tuntutan tersebut. Pada 18 Februari, Rodong Sinmun memetik seorang pegawai kesihatan awam mengulangi negara itu telah "tiada kes disahkan coronavirus baru setakat ini". Bantuan keutamaan WHO untuk Korea Utara, termasuk penghantaran peralatan perlindungan dan bekalan. [4]

Garis masa

Januari 2020

Sejak 23 Januari, Korea Utara mengharamkan pelancong asing . [5]

Pada 23 Januari, kes yang disyaki di Sinuiju telah dikuarantin. [6]

Pada 30 Januari, agensi berita Korea Utara KCNA mengisytiharkan "keadaan darurat" dan melaporkan pertubuhan ibu pejabat anti-wabak di seluruh negara. [7]

Februari 2020

Pada 2 Februari, KCNA melaporkan bahawa semua orang yang memasuki negara ini selepas 13 Januari diletakkan di bawah "pengawasan perubatan." [7]

Pada 7 Februari, berita media Korea Selatan NK Daily mendakwa lima orang warga Korea Utara di Sinuiju dari wilayah Pyongan Utara telah meninggal dunia. [8] Pada hari yang sama, The Korea Times melaporkan bahawa wanita Korea Utara yang tinggal di ibu kota Pyongyang telah dijangkiti. [9] Walaupun tiada pengesahan oleh pihak berkuasa Korea Utara mengenai tuntutan itu, negara itu telah melaksanakan langkah yang ketat untuk memerangi penyebaran virus itu. [10] [11]

Pada 29 Februari, Kim Jong-un meminta langkah lebih ketat untuk diambil bagi mencegah penyebaran wabak COVID-19 ke Korea Utara. [12]

Mac 2020

Pada 14 Mac 2020, media negara Korea Utara melaporkan bahawa tiada kes disahkan di wilayahnya. [13]

Pada 18 Mac 2020, Kim Jong-un mengarahkan pembinaan hospital-hospital baru di Korea Utara sambil terus menafikan sebarang kes COVID-19 di Korea Utara. Media negara Korea Utara juga melaporkan bahawa pecah tanah hospital baru sedang dijalankan sehari sebelum Selasa 17 Mac. Kim Jong-un dilaporkan memberitahu akhbar yang mempunyai kaitan dengan parti pemerintah Parti Pekerja Korea bahawa pembinaan hospital-hospital baru telah dilakukan untuk memperbaiki sistem penjagaan kesihatan negara secara keseluruhan tanpa menyebut COVID-19. [14]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ https://www.bloomberg.com/news/articles/2020-03-16/north-korea-s-official-virus-tally-zero-experts-aren-t-so-sure
  2. ^ "Coronavirus: nearly 200 North Korea soldiers 'die from outbreak government refuses to acknowledge'". South China Morning Post. Dicapai pada 10 March 2020.
  3. ^ "검사검역을 사소한 빈틈도 없게" (dalam bahasa Korea). 2020-03-09. Dicapai pada 2020-03-15.
  4. ^ "World Health Organization says there are 'no indications' of coronavirus cases in North Korea". CNBC. 19 February 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 February 2020. Dicapai pada 19 February 2020.
  5. ^ hermesauto (21 January 2020). "North Korea to temporarily ban tourists over Wuhan virus fears, says tour company". The Straits Times. Dicapai pada 22 January 2020.
  6. ^ "N. Korea quarantines suspected coronavirus cases in Sinuiju". Daily NK. 28 January 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 January 2020. Dicapai pada 30 January 2020.
  7. ^ a b Berlinger, Joshua; Seo, Yoonjung (7 February 2020). "All of its neighbors have it, so why hasn't North Korea reported any coronavirus cases?". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 February 2020. Dicapai pada 7 February 2020.
  8. ^ Jang Seul Gi (7 February 2020). "Sources: Five N. Koreans died from coronavirus infections". Daily NK. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 February 2020. Dicapai pada 8 February 2020.
  9. ^ "Coronavirus spreads to North Korea, woman infected". The Standard. Hong Kong. 7 February 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 February 2020. Dicapai pada 8 February 2020.
  10. ^ "Nation steps up fight against novel CoV". The Pyongyang Times. Dicapai pada 8 February 2020.
  11. ^ "Work to Curb the Inflow of Infectious Disease Pushed ahead with". Rodong Sinmun. Dicapai pada 8 February 2020.
  12. ^ "Kim warns of 'serious consequences' if virus spreads to N Korea". al Jazeera.
  13. ^ Kim, Stella; Hagen, Isobel (March 14, 2020). "North Korea claims it has no coronavirus cases". NBC News. Dicapai pada March 14, 2020.
  14. ^ "Kim Jong Un orders workers to build new hospitals as North Korea continues to claim no coronavirus cases". Fox News. 2020-03-18.

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!