Pandemik COVID-19 di Grenada ialah sebahagian dari pandemik global dari penyakit koronavirus 2019 (COVID-19), yang disahkan mencapai Grenada pada 22 Mac 2020. Disamping kuarantin wilayah dan protokol penjarakan sosial, penyakit itu kelihatan mencapai tahap penyebaran komuniti dalam sebulan.[5] Namun, kes terus menurun sepanjang Mei. Pada 18 Jun, Kementerian Kesihatan mengisytihar kes aktif–mengindikasikan bahawa usaha Grenada telah berjaya dalam penumpasan virus di negara tersebut.[6]