Pandemik COVID-19 di Antartika ialah sebahagian dari pandemik seluruh dunia penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) yang disebabkan oleh koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2).
Kerana terpencil, Antartika menjadi benua terakhir yang memiliki kes COVID-19 yang disahkan dan salah satu wilayah terakhir di dunia yang terjejas secara langsung oleh pandemik itu.[1][2][3] Kes pertama dilaporkan pada Disember 2020, hampir setahun selepas kes pertama COVID-19 dikesan di China.[4] Bahkan sebelum kes pertama di benua tersebut dlaporkan, aktiviti manusia di Antarktika terjejas secara tak langsung.