Anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria

Anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria
Nama lainBrandlbracke
Vieräugl
Anjing pemburu berbulu licin Austria
Brandlbracke Kärnten
Anjing Kärnten
Anjing pemburu Austria
Negara asalAustria
Trait
Berat 33–49 lb (15–22 kg)
Tinggi Jantan 50–56 cm (20–22 in)
Betina 48–54 cm (19–21 in)
Bulu licin, padat, dan pendek
Warna hitam dengan tanda-tanda perang kekuning-kuningan muda atau sawo matang
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria[a] ialah satu baka anjing pemburu bau bersaiz sederhana yang berasal dari Austria dan digunakan untuk menjejak buruan tercedera, paling lazim kelinci, di altitud tinggi.

Sejarah

Sejarah baka ini dapat dijejak kembali ke zaman purba semasa penghuni Austria membiakbakakan anjing secara terpilih untuk tujuan perburuan. Leluhur anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria berkemungkinan merupakan baka silang daripada pelbagai anjing pemburu Celt, mungkin kacuk dengan anjing pemburu Jura dari Switzerland.[1][2][3]

Semasa abad ke-19, orang Austria mula menyokong perkembangan piawaian baka dan pejabat pendaftaran baka tulen untuk anjing pemburu mereka. Pada 1884, Österreichischen Hundezuchtvereins ("Persatuan Pembiakbakaan Anjing Austria") diasaskan dan anjing pertama yang didaftarkan ialah seekor anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria bernama "Bergmann."[4] Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) mengiktiraf baka ini pada tahun 1954 dan United Kennel Club pada tahun 2006.[5][6]

Perihal

Penampilan

Pewarnaan pada baka ini sangat penting. Anjing ini mempunyai lapis bulu hitam licin, padat, dan pendek dengan tanda-tanda sawo matang atau perang kekuning-kuningan pada tungkai, dada, dan muka. Dua tanda perang kekuning-kuningan di bahagian atas mata mesti ada. Ekor panjangnya sedikit bengkok dan telinga sederhana panjang dan turun dalam keadaan rata dengan hujung membulat.[1][2] Ia merupakan baka bersaiz sederhana dengan tengkorak besar dan mata perang.[7] Jantannya setinggi 50–56 sentimeter (20–22 inci) sementara betinanya pula setinggi 48–54 sentimeter (19–21 inci).[1][2] Anjing ini berukuran seberat 15–22 kilogram (33–49 paun).[8] Lapis bulu gelapnya membantu untuk melindungi anjing daripada keadaan cuaca mencabar, sementara tanda-tanda sawo matang menjadikannya mudah dilihat oleh pemburu dalam tumbuh-tumbuhan tebal.

Perangai

Ia merupakan pelari anggun yang digunakan untuk menjejak bermacam-macam buruan. Ia mempunyai suara indah dan dapat menjadi anjing peliharaan hebat oleh sebab keperibadian penyayang dan baik hatinya. Ia bukan anjing yang berada di kota. Rumah yang sesuai perlu terletak di kawasan luar bandar supaya anjing ini dapat memiliki ruang yang besar untuk berlari tanpa dibatasi oleh cawak. Ia suka bekerja.[8][9]

Kegunaan

Anjing pemburu Austria dari 1915

Anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria mempunyai deria bau tajam yang digunakan untuk menjejak buruan tercedera, paling lazim kelinci, di altitud tinggi.[8] Anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria telah digunakan dalam pengesanan kumbang Agrilus planipennis.[10]

Kesihatan

Tiada penyakit genetik spesisfik baka yang diketahui menjejaskan baka ini yang agak sihat dan hidup sehingga usia 12 hingga 14 tahun.[8]

Etimologi

Anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria

Anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria dikenali dengan banyak nama termasuk anjing pemburu berbulu licin Austria, brandlbracke Austria, brandlbracke Kärnten, vieräugl Austria, vieräugl Kärnten, anjing Kärnten, atau anjing pemburu Austria.[3][1][2][11][9] Brandlbracke ialah kata majmuk, yang berakar daripada Brand ("kebakaran") yang merujuk tanda-tanda perang kekuning-kuningan dan "Bracke", iaitu sejenis anjing pemburu yang terutamanya menjejak melalui bau.[12][perlu rujukan] Vieräugl pula ialah bentuk diminutif Austro-Bavaria bagi Vierauge, yang memaksudkan: sesuatu atau seseorang yang bermata empat; si mata empat. Nama ini merujuk tanda-tanda perang kekuning-kuningannya di bahagian atas mata.[perlu rujukan]

Lihat juga

Catatan

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو هيتم دان ساوو ماتڠ اءوستريا; Jerman: Brandlbracke; Vieräugl, lit.'anjing pemburu kebakaran; empat mata'; bahasa Inggeris: Austrian black and tan hound

Rujukan

  1. ^ a b c d "FCI - Standard Nr. 63 BRANDLBRACKE (VIERÄUGL)" [Piawaian FCI No. 63 Anjing Pemburu Hitam dan Sawo Matang Austria] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 18 Jun 1996. Dicapai pada 20 Disember 2023.
  2. ^ a b c d "FCI-Standard N° 63 BRANDLBRACKE, VIERÄUGL (Austrian Black and Tan Hound)" [Piawaian FCI No. 63 Anjing Pemburu Hitam dan Sawo Matang Austria] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Seidler, Chris. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 18 Jun 1996. Dicapai pada 20 Disember 2023.
  3. ^ a b Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 95–96. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
  4. ^ Thierrichter, Regina. "Leistungsorientierte Rassehundezucht am Beispiel zweier österreichischer Jagdhunderassen Brandlbracke-Steirische Rauhaarbracke" [Pembiakbakaan Anjing Baka Tulen Berorientasikan Prestasi Contoh Dua Baka Anjing Pemburu Austria Brandlbracke-Anjing Pemburu Berbulu Kasar Stiria] (PDF). Universität für Bodenkultur Wien (dalam bahasa Jerman): 17.
  5. ^ "FCI breeds nomenclature: BRANDLBRACKE - (VIERÄUGL) (63)" [Tatanama baka FCI: ANJING PEMBURU HITAM DAN SAWO MATANG AUSTRIA (63)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 14 Mac 2024.
  6. ^ "AUSTRIAN BLACK AND TAN HOUND" [ANJING PEMBURU HITAM DAN SAWO MATANG AUSTRIA] (PDF). United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 2006.
  7. ^ Mason, Walter Esplin (1915). Dogs of All Nations [Anjing dari Semua Bangsa] (dalam bahasa Inggeris). San Francisco, California, Amerika Syarikat: H. Judd. m/s. 81. OCLC 1148609.
  8. ^ a b c d "Hunderasse Brandlbracke (Auch Österreichische glatthaarige Bracke) - Snautz.de" [Baka anjing brandlbracke (juga anjing pemburu berbulu licin Austria)] (dalam bahasa Jerman). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2012. Dicapai pada 20 Disember 2023.
  9. ^ a b Pugnetti, Gino (1980). Schuler, Elizabeth Meriwether (penyunting). Simon & Schuster's Guide to Dogs [Panduan Simon & Schuster untuk Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Simon & Schuster. m/s. 146. ISBN 9780671255268. OCLC 6200215.
  10. ^ Hoyer-Tomiczek, Ute; Hoch, Gernot (5 Mac 2020). "Progress in the use of detection dogs for emerald ash borer monitoring" [Progres dalam penggunaan anjing pengesan untuk pemantauan Agrilus planipennis]. Forestry (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 93 (2): 326–330. doi:10.1093/forestry/cpaa001. ISSN 1464-3626. S2CID 216476022.
  11. ^ Huber, Thomas (2009). "Der Einsatz von Stöberhunden bei der Rot- und Rehwildjagd" [Penggunaan Anjing Pemburu dalam Pemburuan Rusa Merah dan Rusa Roe]. Bericht über die 15. Österreichische Jägertagung 2009 zum Thema Hund & Co Tierische Helfer bei der Jagd [Laporan mengenai Mesyuarat Pemburu Austria Ke-15 2009 tentang Tema Haiwan Pembantu Anjing & Dll. dalam Perburuan] (PDF) (dalam bahasa Jerman). LFZ Raumberg-Gumpenstein. m/s. 38.
  12. ^ von Recum, Andreas F. (30 November 2002). Hunting with Hounds in North America [Perburuan dengan Hound di Amerika Utara] (dalam bahasa Inggeris). Gretna, Louisiana, Amerika Syarikat: Pelican Publishing Company. m/s. 15. ISBN 9781455606146. OCLC 1355865909.

Read other articles:

У Вікіпедії є статті про інші значення цього терміна: Червона Поляна. село Червона Поляна Країна  Україна Область Херсонська область Район Каховський район Громада Костянтинівська сільська громада Основні дані Засноване 1921 Населення 698 Площа 29,453 км² Густота насел...

 

Italian bioethicist and Catholic cardinal (1928–2019) His EminenceElio SgrecciaCardinal-Deacon of Sant'Angelo in PescheriaAppointed20 November 2010PredecessorAugusto Álvaro da SilvaSuccessorLuis Pascual DriOther post(s)President Emeritus of the Pontifical Academy for LifeOrdersOrdination29 June 1952by Vincenzo Del SignoreConsecration6 January 1993by Pope John Paul IICreated cardinal20 November 2010by Benedict XVIRankCardinal-DeaconPersonal detailsBorn(1928-06-06)6 June 1928Arcevi...

 

Die Euromünzen Eurozone Belgien Belgien Deutschland Deutschland Estland Estland Finnland Finnland Frankreich Frankreich Griechenland Griechenland Irland Irland Italien Italien Kroatien Kroatien Lettland Lettland Litauen Litauen Luxemburg Luxemburg Malta Malta Niederlande Niederlande Osterreich Österreich Portugal Portugal Slowakei Slowakei Slowenien Slowenien Spanien Spanien Zypern Republik Z...

Die Schellackplatte ist der Vorläufer der heute noch hergestellten und häufig anzutreffenden Vinylschallplatte. Beide sind nach dem Material benannt, aus dem sie üblicherweise bestehen. Schellackplatte der Deutschen Grammophon-Aktiengesellschaft: Der Harem auf Reisen von Rudolf Nelson mit dem Tanz-Orchester Godwin Schellackplatten hatten meistens einen Durchmesser von zehn Zoll (etwa 25 Zentimeter) oder zwölf Zoll (etwa 30 Zentimeter) und überwiegend in Seitenschrift geschriebene Rillen,...

 

Лисяче джерело Країна  УкраїнаРозташування Україна,Черкаська область, Черкаський районПлоща 5 гаЗасновано 1975 р.Оператор ДП «Канівське ЛГ»Посилання  Лисяче джерело у Вікісховищі Лисяче джерело — гідрологічна пам'ятка природи місцевого значення. Об'єкт розташова

 

زكري بن سعيد زكرياء معلومات شخصية تعديل مصدري - تعديل   هذه المقالة يتيمة إذ تصل إليها مقالات أخرى قليلة جدًا. فضلًا، ساعد بإضافة وصلة إليها في مقالات متعلقة بها. (يناير_2012) اِسمه الكامل زكري بن سعيد بن إسماعيل بن عدُّون زكرياء (1269هـ/ 1852م - 1367هـ / 26 مارس 1948م) و يُعَرف بزكري وسعي

Subsecretaría de Redes Asistenciales de Chile Subsecretaría de Redes Asistenciales Logo. LocalizaciónPaís ChileInformación generalSigla SUBREDESJurisdicción ChileTipo SubsecretaríaSede Enrique Mac Iver 541, SantiagoOrganizaciónSubsecretario Osvaldo Salgado ZepedaDepende de Ministerio de SaludDependencias Servicios de SaludServicio de Salud Metropolitano CentralServicio de Salud Metropolitano NorteServicio de Salud Araucanía NorteServicio de Salud Araucanía SurServicio de Salud Vi

 

This article relies largely or entirely on a single source. Relevant discussion may be found on the talk page. Please help improve this article by introducing citations to additional sources.Find sources: WKSE – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (April 2020) Radio station in Niagara Falls, New YorkWKSENiagara Falls, New YorkBroadcast areaWestern New YorkFrequency98.5 MHz (HD Radio)BrandingKiss 98.5ProgrammingLanguage(s)EnglishFormatTop 40 (CH...

 

Si ce bandeau n'est plus pertinent, retirez-le. Cliquez ici pour en savoir plus. Certaines informations figurant dans cet article ou cette section devraient être mieux reliées aux sources mentionnées dans les sections « Bibliographie », « Sources » ou « Liens externes » (mai 2020). Vous pouvez améliorer la vérifiabilité en associant ces informations à des références à l'aide d'appels de notes. Ne doit pas être confondu avec Famille Van Zuylen. Fa...

2020 studio album by Lil GotitHood Baby 2Studio album by Lil GotitReleasedApril 24, 2020 (2020-04-24)Genre Hip hop trap Length58:47LabelAlamoProducer 10Fifty ATP Beat Dilla Belin CakeBoy Bally David Morse D. Hill DMC Global Dvtchie Fluss Foster Fraxille Hurtboy AG Jonah Abraham Kay9ine KayJay Beatz Kenny Stuntin Kid Hazel Kiecarson Lil Wylo MelodicDesert Nikita3x Q-Haze Beats RokOnTheTrack Star Boy YoungProducersMafia Lil Gotit chronology A-Team(2020) Hood Baby 2(2020) ...

 

Moomin character Fictional character SnufkinMoomins characterSnufkin at Moomin WorldFirst appearanceComet in MoominlandCreated byTove JanssonIn-universe informationSpeciesSnufkin (More commonly known as fan-term Mumrik)GenderMaleRelativesLittle My (half-sister) Mymble (mother)Mymble's Daughter (older half-sister)The Joxter (father)And numerous other half-brothers and -sisters Snufkin (original Swedish: Snusmumrik[en] or Mumrik[en], Finnish: Nuuskamuikkunen) is a character in the Moomin series...

 

American vedette, burlesque dancer, model, and businesswoman Heather Sweet redirects here. For the politician, see Heather Sweet (politician). Dita Von TeeseVon Teese in 2018BornHeather Renée Sweet (1972-09-28) September 28, 1972 (age 51)West Branch, Michigan, U.S.OccupationsBurlesque dancervedettemodelbusinesswomanactressauthorYears active1990–presentSpouse Marilyn Manson ​ ​(m. 2005; div. 2007)​Websitewww.dita.net Heather Renée S...

1998 studio album by Uriah HeepSonic OrigamiStudio album by Uriah HeepReleasedSeptember 1998Recorded3 February – 27 April, 12 – 18 May 1998StudioChipping Norton Recording Studios, Oxfordshire, EnglandGenreHard rock, progressive rock, heavy metalLength75:45LabelEagleSpitfire (US)Victor (Japan)ProducerPip WilliamsUriah Heep chronology Sea of Light(1995) Sonic Origami(1998) Wake the Sleeper(2008) Professional ratingsReview scoresSourceRatingAllMusic[1]Rock Hard7.0/10[2 ...

 

Japanese restaurant in Los Angeles, California, U.S. Shin SushiRestaurant informationOwner(s)Taketoshi Azumi[1]Head chefTaketoshi AzumiFood typeJapaneseRating (Michelin Guide)Street address16573 Ventura BoulevardCityLos Angeles - EncinoStateCaliforniaPostal/ZIP Code91436CountryUnited StatesCoordinates34°9′31.5″N 118°29′39.5″W / 34.158750°N 118.494306°W / 34.158750; -118.494306 Shin Sushi is a Michelin-starred[2] Japanese restaurant in Los An...

 

Festival Film Cannes 2013Poster Festival Film Cannes 2013Film pembukaThe Great GatsbyFilm penutupZuluLokasiCannes, PrancisDidirikan1946PenghargaanPalme d'Or (Blue Is the Warmest Colour)Pembawa acaraAudrey TautouTanggal festival15 – 26 Mei 2013[festival-cannes.com Situs web resmi] Festival Film Cannes ke-66 berlangsung di Cannes, Prancis, pada tanggal 15-26 Mei 2013.[1] Steven Spielberg terpilih sebagai kepala juri untuk kompetisi utama.[2] Sedangkan sutradara Selandia Baru, ...

Gentlemen's club in London, England 74 St James Street The Conservative Club was a London gentlemen's club, now dissolved, which was established in 1840. In 1950 it merged with the Bath Club, and was disbanded in 1981. From 1845 until 1959, the club occupied a building at 74 St James's Street. As the name implies, the club was politically aligned to the Conservatives, but it was formed at the outset for dissident Tories out of favour with the Carlton Club, and its membership contained rebelli...

 

هذه المقالة يتيمة إذ تصل إليها مقالات أخرى قليلة جدًا. فضلًا، ساعد بإضافة وصلة إليها في مقالات متعلقة بها. (يوليو 2019) كيغان سميث معلومات شخصية الميلاد 9 يونيو 1993 (العمر 30 سنة)أوشينسايد  الطول 1.84 م (6 قدم 0 بوصة) مركز اللعب مهاجم الجنسية الولايات المتحدة  المدرسة ال...

 

معالي الشريف  ريتشارد أتينبورو (بالإنجليزية: Richard Attenborough)‏  معلومات شخصية اسم الولادة (بالإنجليزية: Richard Samuel Attenborough)‏  الميلاد 29 أغسطس 1923(1923-08-29)كامبريدج، كامبريدجشير، إنجلترا، المملكة المتحدة الوفاة 24 أغسطس 2014 (90 سنة)لندن الكبرى سبب الوفاة قصور القلب  الجنسية ال...

Artikel ini bukan mengenai Slovenia. Peta lokasi Slavonia Slavonia Slavonia (Kroasia, Bosnia, Serbia: Slavonija, Hungaria: Szlavónia, Latin: Sclavonia) adalah wilayah geografis dan historis di Kroasia timur. Jumlah kasar populasi Slavonia berkisar sekitar 891.259 jiwa. Pranala luar Slavonia - Croatia Tourist Center Diarsipkan 2007-09-28 di Wayback Machine. Artikel bertopik geografi atau tempat Kroasia ini adalah sebuah rintisan. Anda dapat membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.lbs

 

Budolfi Kirke set fra Gammeltorv For alternative betydninger, se Gammeltorv. (Se også artikler, som begynder med Gammeltorv) Gammeltorv er Aalborgs ældste torv. Det vides ikke med sikkerhed, hvornår torvet er anlagt, men det formodes at være omkring 1200-tallet. Torvet er navngivet Gammeltorv i forbindelse med anlæggelsen af Nytorv omkring år 1600.[1] I det nordvestlige hjørne af Gammeltorv var byens Byting placeret under åben himmel, indtil der i 1588 byggedes et skur. Byting...

 

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!