Anjing pemburu Artois atau anjing Artois[a] ialah satu bakaanjing bersaiz sederhana. Sebagai anjing pemburu bau, anjing pemburu Artois dibiakbakakan di Perancis utara sebagai pemburu kawanan. Ia merupakan baka jarang kini tetapi pernah popular di Perancis sebelum abad ke-20. Baka ini dibiakbakakan secara bersilang dengan banyak dan terpaksa dibina semula pada tahun 1970-an untuk lebih menyerupai baka dalam sejarah.
Ciri
Anjing pemburu Artois ialah anjing berotot bersaiz sederhana yang kira-kira setinggi 53–58 sentimeter (21–23 in) pada paras kelasa dan seberat 28–30 kilogram (62–66 lb). Ia mempunyai muncung berbentuk segi empat sama dan telinga panjang tergantung rendah. Ekornya panjang dan terangkat ke arah atas dalam bentuk "sabit". Lapis bulunya pendek dan biasanya triwarna perang kekuning-kuningan gelap, "serupa dengan kelinci atau bejar".[1][2]
Sebagai anjing pemburu bau, anjing pemburu Artois ialah pemburu kawanan kecil dengan naluri kawanan kuat. Ia telah digunakan untuk memburu buruan kecil, serta rusa dan babi hutan. Seperti banyak hound, ia mempunyai salakan merdu lantang.[3][4][5]
Sejarah
Anjing pemburu Artois adalah dari Artois, di Perancis utara. Anjing dengan nama serupa dirujuk seawal tahun 1609, dengan Putera Alexandre de Gray yang menyebut "sekawan anjing kecil Artois" dalam sepucuk surat.[6]
Semasa abad ke-19, anjing pemburu Artois semakin kerap disilangkan dengan baka-baka British.[6] Le Couteulx de Canteleu, dalam Manuel de Vénerie Française (1890), ("Manual Perburuan Perancis"), menulis bahawa anjing pemburu Artois baka tulen semakin sukar ditemukan tetapi baka ini kekal sebagai salah satu baka terbaik untuk pemburuan kelinci.[1][2] Pada tahun 1880-an, Ernest Levair di Picardie telah mencuba pengasasan semula jenis lama anjing pemburu Artois.[6] Seorang lagi pembiak baka terulung yang sezaman dengan Levair, iaitu Mallard, juga membiakbakakan anjing pemburu Artois, tetapi anjing-anjing beliau jauh kurang serupa dengan gambaran bersejarah bagi baka ini.[1][2] Walau bagaimanapun, atas semua usaha mereka, Perang Dunia Kedua sangat kuat menjejaskan baka ini dan, selepas peperangan itu, anjing pemburu Artois dipercayai belum pupus.[6]
Pada tahun 1970-an, segelintir peminat,[3] khususnya Audrechy, membuat keputusan untuk mengasaskan baka ini semula daripada segelintir spesimen tersisa, termasuk yang milik Prince de Condé. Atas jasa mereka, anjing pemburu Artois zaman kini lebih dekat menyerupai yang asli.[6]
Anjing pemburu Artois moden diiktiraf oleh FCI dan United Kennel Club.[4][1][2]
^Jawi: انجيڠ ڤمبورو ارتوا; انجيڠ ارتواcode: ms is deprecated ; Perancis: chien d'Artoiscode: fr is deprecated ; bahasa Inggeris: Artois houndcode: en is deprecated
^ ab"Breed Standards : Chien d'Artois" [Piawaian Baka: Anjing Pemburu Artois]. United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Disember 2023.
^ abcdeWilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (Mac 1990). The Atlas of Dog Breeds of the World [Atlas Baka Anjing di Dunia] (dalam bahasa Inggeris) (ed. semakan ke-2). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 278–279. ISBN9780866228992. OCLC636211094.
Sumber lain
Shaw, Vero Kemball (1881). The Illustrated Book of the Dog [Buku Berilustrasi tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Cassell. m/s. 505–506. OCLC621710.